Sunday, July 22, 2012

Jom sahur..

Gulai telur dengan pucuk ubi.. favorite Ibu ni.

Alhamdulillah,

Lagi air tangan Omak. Sahur pagi ni memang cukup meriah, kalau ada Cik Asben pagi ni maka complete sudah keluarga Haji Abdul Rahman. Meriah mendengar anak-anak dan anak-anak saudara kelam-kabut dengan mata separuh terbuka minta itu dan minta ini. Perut yang tak berapa lapar, jadi berselera bila makan berebut sini sana. Namun.. insya'Allah 3 hari sebelum Eidul Fitri, Ibu dapat berpuasa dan bersahur bersama suami tercinta pula.

Itu laa indahnya bila berpuasa dan bersahur di kelilingi anggota keluarga. Jika semasa di Kuwait, hanya kami sekeluarga 4 beranak. Arif dah sure tak bangun tidur sebab terlalu awal pula. Cuma kalau ingin sedikit meriah, Ibu akan menjemput rakan-rakan berbuka puasa di rumah. Itu pun cuma sekali sekala kerana masing-masing ada tuntutan peribadi yang perlu dipenuhi dahulu.

Since Ibu akan berada di Tanah Malaya hingga hujung Ogos, bermakna sebulan jugak laa Ibu dan anak-anak berpuasa di Tanah Malaya.. especially Negeri Sembilan. Waktu ini laa Ibu nak "mencukupkan" wishlist makan-makan. Harap-harap by then semuanya akan terlaksana.


No comments:

Post a Comment