Sunday, July 22, 2012

Sambal daun kayu dengan tempoyak.


Sambal daun kayu dengan tempoyak. Berbaloi turun pasar seawal 8.00 pagi semata-mata nak mencari daun-daun yang hendak dimasak untuk iftar petang ni. Itu pun pun Omak yang tolong kejutkan. Kalau tidak mungkin terlajak sampai ke tengah hari. Biasa laa kan bila dah tidur semula selepas solat suboh memang tak ada apa nak fikir lagi dah. Tambah pulak bila dalam bulan puasa. Lain laa kalau hari-hari biasa, kena bangun awal untuk siapkan sarapan pagi.

Lauk ni memang Ibu angkat bendera putih. Dari memilih daun sampai laa ke memasak nye. Tolong-tolong tu boleh laa. Nak sebut nama daun pun fail, ini kan pulak nak memilihnya. Kata Omak bukan semua daun yang boleh dicampur. Ada jugak yang perlu dilebih dan dikurangkan. Macam-macam laa pulak. Tapi dah masaknya sebegitu, kena la ikut law. Lain laa macam Ibu, semua main "short-cut".

Mujur jugak hari ni hari Ahad. Ada pasar tani di tempat Ibu. Di sini kami panggil "Pokan Ahad". So tak perlu laa Ibu masuk semak sebab nak mencari daun-daun yang hendak dimasak. Alhamdulillah, mujur ada. So, sampai jugak laa hajat Ibu. Bertuah punya anak kan. Nak makan, tapi malas nak bikin. But again, waktu ni laa Ibu nak mengada-ngada dengan Omak. Bukan selalu. Sekali dalam setahun sahaja.

Pokan Ahad


No comments:

Post a Comment