Thursday, August 2, 2012

Mi Hailam untuk Ayah..


Mi Hailam ini khas untuk Ayah.

Bukan selalu pun Ayah berhajat and directly mintak Ibu masakkan anything. Selama ni, jika ada yang Ayah berkehendak, biasanya Omak la yang jadi "saluran" atau "orang tengah" nye. Well, let just say that Ayah ni memang jenis berat nak bukak mulut. Even dulu masa Ibu kecil, kalau ada yang tak kena dihatinya atau dia tengah marah.. memadailah dengan "pandangan makrifat". I can guaranty that anak-anak semua terus menyorok belakang Omak. Kalau dulu Ibu selalu "hok hek" dalam hati sebab tak boleh buat itu ini (budak-budak kan), tapi hari ini Ibu sangat bersyukur kerana atas teguran Ayah laa, Ibu boleh berbangga dengan diri Ibu sekarang.

Berbalik pada cerita "mi hailam", Ayah memang suka makan masakan yang berkuah atau sup. Yakni, kalau diperhatikan pada menu moreh Ibu sepanjang bulan Ramadhan ini semuanya "ber-kuah". I'm not trying to bodek Ayah tapi rasanya kecik sangat hassles yang Ibu have to go through untuk menyediakan semua masakan tersebut. Lagi pun bila lagi nak test market kan. All these while, Ayah asyik makan masakan air tangan Omak sahaja. Sesekali biarlah Ibu pulak melayan Ayah.

Okey, jika ada yang ingin berkongsi rasa.. resepi ada di bawah ya. 

P/S; 
Tak sodap.. jangan komplen yo.. 
Chiaw..

Bahan-bahannya;
Sepeket mi kuning, direndam dahulu untuk meleraikannya
(Ibu tak suka mi hancur atau pendek-pendek.. tak cantik)
* Sebiji bawang besar
* 4-5 ulas bawang putih
Sedikit udang, sotong, chicken fillet, crab sticks, fish balls, fish cakes, sotong balls etc. (ikut suka laa)
Kicap pekat (sebarang jenama)
Sos tiram
Sayur-sayuran mengikut kesukaan

Cara-caranya;
1- Kisar atau mayang semua bahan yang bertanda * dan ditumis sehingga naik bau.
2- Masukkan perencah i.e udang, sotong, chicken fillet, crab sticks, fish balls, fish cakes, sotong balls etc yang telah terlebih dahulu dicuci dan dipotong mengikut kesesuaian.
3- Kemudian masukkan sedikit kicap pekat, sos tiram dan sedikit air. Untuk kuah mi hailam ini, terpulanglah banyak/sedikit pada mi kuning yang digunakan.
4- Masak seketika sehingga kuah mendidih.
5- Setelah itu masukkan mi kuning dan masakkan sebentar.
6- Masukkan sayur-sayuran yang disukai dan perasakan dengan garam.
7-Selesai..

Nota kaki;
1- Boleh dimasukkan hirisan cili merah untuk menambah perisa.
2- Jika suka, lada sulah juga boleh ditaburkan sedikit semasa menghidang.
3- Pada yang ingin memasukkan telur, sebaiknya keluarkan segala isi mi hailam dan barulah dipecahkan telur di dalamnya. Ini untuk memastikan telur tidak pecah dan kurang berselerak.



No comments:

Post a Comment