Thursday, August 2, 2012

Lontong untuk iftar...


Assalamualaikum all,

Mintak ampun, minta maaf laa kalau ada yang kata Ibu ni mencemar resepi. Tapi since this is my blog, so kalau Ibu nak adjust here and there.. terpulanglah kan kan kan...

Sebetulnya Ibu ni bila masuk bab masak-masak, my principle is very simple. Just do what ever you can. Tak perlu nak terikat dengan resepi asal. If you can, then try to improvise.. bukan minimize. As long as ada rasa ada rupa.. alhamdulillah.

Pernah sekali masa Ibu di Kuwait dulu Ibu kena tegur sebab masak lontong but without the "sambal tumis". Memanglah kalau ada lagi bagus, dah memang itu pun cara presentation-nya yang original. But again, my principle I prefer to cook with most response with most liking. Well, in my house..my kids and Cik Asben prefer to have their lontong with serunding. So, sesekali kalau berubah rasa.. apa salahnya kan kan kan.

Hence, kalau ada yang nak mencuba resepi mudah ini.. bolehlah lihat di bawah.

Bahan-bahannya;
Nasi impit instant (Ibu guna cap Nona saiz "mini")
Sedikit udang
* Sebiji bawang besar
* 4-5 ulas bawang putih
500ml santan (bergantang pada kuah lontong sikit/banyak)
Untuk sayur-sayuran - baby corn, bunga kobis, carrot dan kacang buncis
Fuchuk dan so'un (optional)
Serbuk kunyit
Sedikit air

Cara-caranya;
1- Kisar dan tumis bahan yang bertanda * sehingga naik bau.
2- Setelah itu masukkan udang yang telah dipotong dadu.
(Ibu prefer guna udang segar dari menggunakan udang kering)
3- Kemudian masukkan santan dan jika kuah terlalu pekat, campurkan sedikit air.
4- Masukkan juga serbuk kunyit sehingga mendapat "kuning" yang dikehendaki.
5- Apabila kuah telah mendidih, masukkan sayur-sayuran yang telah dipotong mengikut kesesuaian.
6-Masukkan jugak fuchuk dan so'un yang telah direndam terlebih dahulu.
7- Biarkan sebentar sehingga kuah betul-betul masak dan perasakan dengan garam.
8- Selesai.

Nota kaki;
1- Boleh jugak dimakan dengan telur rebus dan "sambal tumis" semasa menghidang. Well, in my case Ibu prefer makan dengan serunding.
2- Jika suka, bolehlah ditumis bersama sedikit belacan. Kali ini Ibu tak guna belacan sebab it can't be found anywhere in my house that particular moment.
3- As per the nasi impit, biasanya untuk mini ketupat tu Ibu rebus dalam jangka masa 30-45 minit sahaja.


No comments:

Post a Comment