Monday, August 13, 2012

Mode sedeyyy... Asam pedas ikan pari dengan keladi..


Seumur hidup ini la baru sekali Ibu masak asam pedas macam ni. Biasanya cuma guna ikan tenggiri, ikan merah, ikan parang atau ikan terubuk. Hasilnya, memang sangat puas hati. The used of keladi pulak sebenarnya nak menghabiskan stok keladi yang ada sikit berbaki selepas masak gulai siput sedut last few days. Ikan pari ni pun sebenarnya balance dari bakar ikan pari last few days jugak. So dari membazir, lebih baik kita masak something a bit different kan kan kan.

Nak memasaknya, sama saja dengan masak asam pedas yang lain. Beza cuma dari bahan-bahannya saja. Ikannya ditukar ke ikan pari whereas sidekicks pulak ditukar ke keladi.

Cuma sedih sikit laa hari ni. Asam pedas Ibu kurang mendapat sambutan. Dulu kan pernah Ibu cerita, Ayah jenis yang tak suka beralih selera. Dia dah biasa asam pedas cuma guna ikan yang biasa selain dari ikan pari and partner pulak dengan kacang bende atau terung. Penggunaan daun kesum dan bunga kantan adalah dilarang sama sekali sebab Ayah tak suka dengan baunya. So nampaknya hari ni Ibu layan masak asam pedas ni dengan Omak sahajalah. Sob sob.. tengah sedey ni wooo..

Bahan-bahan;
Ikan pari, dipotong mengikut kesesuaian
3 senduk pes cili boh
(adjustable)
* Sebiji bawang besar
* 5-6 ulas bawang putih
* Halia sebesar ibu jari
(semua bahan-bahan bertanda * dikisar halus)
1 sudu makan pes asam jawa
(Ibu guna hat cap Adabi)
Keladi yang dipotong serong
Sedikit daun kari

Cara-caranya;
1- Tumiskan bahan kisar sehingga naik bau.
2- Masukkan pes cili boh dan daun kari lalu dimasak sehingga terbit minyak.
3- Masukkan sedikit air dan pes asam jawa lalu kacau perlahan hingga mendidih.
4- Setelah itu masukkan ikan pari yang telah dicuci.
5-Masukkan keladi.
7- Apabila ikan pari telah masak dan keladi telah lembut perasakan dengan garam.
8- Beres.


No comments:

Post a Comment