Wednesday, August 8, 2012

Tauhu goreng pedas, menyampaikan hajat Ayahanda.


Dalam blog Ibu ni janganlah diharap nak jumpa resepi yang fancy, canggih-manggih atau yang kebaboom. Ibu ni orang kampung je so lauk-lauk yang ada dalam blog ni pun macam tu jugak laa. Macam hari ni, Ayah berhajat nak makan tauhu goreng pedas untuk berbuka puasa. Bukan susah pun nak memasaknya. Modal pun tak banyak mana. Ye laa, sekeping tauhu cuma 40 sen. Ikan bilis sikit, bawang besar, bawang putih dan cili api. Beres. But value of satisfaction, priceless..

Nevertheless, kalau ada yang rasa nak mencuba resepi mudah ini sila lihat di bawah ya.

Bahan-bahan;
Tauhu goreng (kulit kuning) 5 keping
Sebiji bawang besar
4-5 ulas bawang putih
Cili api secukup pedas
Segenggam ikan bilis
Bawang besar dan lada benggala untuk hiasan

Cara-caranya;
1- Bawang besar, bawang putih dan cili api dikisar sedikit.
2- Kemudian tumis sehingga naik bau bersama ikan bilis yang ditumbik sedikit.
3- Setelah itu, masukkan tauhu yang dipotong 6.
4- Masukkan bawang besar dan lada benggala yang telah dipotong kasar.
5- Perasakan dengan garam.
6- Beres.


No comments:

Post a Comment