Friday, August 3, 2012

Thinking of him, ayam goreng kunyit..



Sebetulnya lauk ayam goreng kunyit ini menjadi kesukaan Cik Asben. Walaupun dihidangkan 2-3 kali seminggu pun, pasti Cik Asben tidak menolak. Tapi hari ini bila Ibu selesai sahaja menggoreng ayam kunyit ini, terasa rinduuuuu sangat laa pulak dengan Cik Asben. Siapa tak saying suami weiiii.. Tambah pulak bila sudah berjauhan begini. Walaupun boleh berhubung dengan skype, viber, tango, sms dan macam-macam lagi, masih tidak dinafikan rasa rindu masih menebal. Namun apakan daya, tugas memisahkan kami. Alahai… aduhai.. jiwang karat laa pulak.

Anyway, waktu sahur jarang Ibu masak yang heavy. Lagi simple lagi bagus. So, inilah hasilnya. Jika ada yang ingin mencuba, resepi ada di bawah.

Bahan-bahan;
Kepingan isi ayam, dipotong mengikut kesesuaian
Cili merah - dipotong serong
Cili hijau- dipotong serong
Bawang besar - dimayang
Serbuk kunyit
Garam
Minyak untuk memasak

Cara-cara;
1- Bersihkan isi ayam dan potong mengikut cara masing-masing.
2- Toskan dan gaulkan dengan serbuk kunyit dan garam.
3- Kemudian terus goreng kosong dalam kuali (untuk mengeringkan air ayam).
4- Setelah air ayam itu kering, boleh laa masukkan sedikit minyak.
5- Masukkan bawang besar yang telah dimayang bersama dengan cili merah dan cili hijau.
6- Perasakan dengan garam (jika perlu).
7- Gaul sebati.
8- Setel dan sedia untuk dihidangkan..


No comments:

Post a Comment