Friday, August 3, 2012

Gulai telur itik dengan daun gelugur..



Alhamdulillah.. selesai sudah kami sekeluarga berbuka puasa dengan juadah yang serba sederhana. Sememangnya jika mengikut kebiasaan, kami hanya menghidangkan dua jenis lauk dan sejenis sayuran sahaja. Jarang-jarang sekali kami berbuka dengan juadah yang melebihi dari 3 jenis. Bila sudah terlalu banyak, susah pulak hendak membuat pilihan. Jenis lauk yang hendak dimasak juga kebiasaannya ditentukan sehari lebih awal. Dengan cara ini, Ibu and Omak lebih berhemah ketika keluar berbelanja. As once I said, barang-barang di kampung Ibu ni memang jauh lebih mahal jika dibandingkan yang dijual di pasaraya biasa.

Kebetulannya ada 6 biji telur itik dalam fridge, so untuk tambahannya Omak hanya perlu mencari “partner” bagi melengkapkan masakan. Alhamdulillah, daun gelugur tengah banyak. So, apa lagi.. petang ni menggulai laa kami.

As usual, air tangan Omak tidak pernah menghampakan. Terima kasih Omak. Khatam sudah satu lagi wishlist makan-makan Ibu.

No comments:

Post a Comment