Saturday, September 15, 2012

Again and again, daging goreng kunyit.


Walaupun baru sahaja selesai bersarapan dan perut pun masih lagi kenyang tapi the moment Ibu selesai masak daging goreng kunyit, terus sahaja masing-masing mencapai pinggan mencari nasik pulak. Lauk yang cukup ringkas dan mudah pulak untuk disediakan. Berguru dengan Cik Asben ni. Biasalah.. tak semua kita belajar dari kelompok keluarga sendiri atau kaum HAWA. Dan jangan pulak disangka kaum ADAM tak pandai bersilat ketika di dapur. Walaupun dah banyak kali Ibu paste resepi yang sama, tapi kalau ada yang berhajat.. silalah..


Bahan-bahannya ;
Daging (anggaran dalam 500gram)
* Dihiris nipis
Serbuk kunyit
Cili api -hijau dan merah (jika nak pedas)
* Dipotong serong
Sebiji bawang besar
* Dihiris kasar

Cara-caranya;
1- Lumurkan daging dengan serbuk kunyit serta perasakan dengan sedikit garam.
2- Kemudian, digoreng kering tanpa menggunakan minyak untuk mengeringkan airnya.
3- Apabila air daging telah kering, masukkan sedikit minyak.
4- Kacau serata.
5- Setelah itu masukkan cili api dan bawang.
6- Gorengkan sekejap.
7- Jika masih kurang masin, perasakan dengan sedikit garam.
8- Berehhhh…
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment