Sunday, September 16, 2012

Makan "hati" weiii..


Selepas hampir 40 minit berperang dengan "letupan" sana sini, akhirnya berjaya jugak operasi hari ini. Dah lama jugak sebenarnya Ibu berhajat nak masak hati goreng kicap with halia ni. Orang kata makan "hati ayam" ni elok untuk ubat tambah darah. Sejauh mana "betul" ke "tidak" fakta tu tak pulak Ibu study. Cuma memang dah Ibu ni memang suka makan hati ayam. Tambah pulak kalau Omak masak buat rendang ayam, gulai ayam or kari ayam.. or apa-apa je laa. 

Cuma memandangkan rumah yang masih tak selesai diservis, maka terpaksalah ditangguhkan dulu hajat tu. Then semalam bila Cik Asben dah "bersuara" tu, harap maklum sajalah kan kan kan. Dah tu, nak goreng hati ni pun kena "siap-siap" bersedia dari kena tembak dek minyak. Pada yang dah biasa goreng hati, sure faham laa kan. Sayang nak tengok dapur yang baru dicuci tu berminyak balik (dasar ayat orang kurang rajin). Haisshhh..


P/s; Ibu jumpa "saranan" ni masa gugel gambar hati ayam..

Hati ayam segar biasanya dijual bersama dengan jantungnya. Dalam bentuk satuan tetapi ada juga yang sudah dibersihkan lemak dan dipisahkan jantungnya.

Pilihlah yang utuh, permukaannya halus dan warnanya rata. Hindari membeli hati ayam yang kehitaman atau berwarna tidak merata dan gelap. Biasanya yang demikian berasal dari ayam yang sakit atau berpenyakit.

2 comments:

  1. Sedapnya hati ayam goreng. My favourite. Tapi tu la suka meletup kalau goreng dlm minyak. Saya masakan yg kurang possibility untuk meletup pun x masak. Ini kan pula hati ayam yg suka meletop top top tu. Hihiiii

    ReplyDelete
  2. salam cik kak Sham yg jauh dimata tuuu,
    hati ayam pon ada yg sakit erk., ingat orang je sakit hati., hehe2

    ReplyDelete