Tuesday, September 18, 2012

BUASIR

BUASIR : Apa Yang Perlu Anda Lakukan?

Buasir adalah sangat biasa dan jarang yang berbahaya, tetapi ia perlu dirawat. Serangan buasir selalunya sangat menyakitkan.

Apakah Buasir?
Buasir atau hemoroid berpunca daripada pembesaran 'segugus' vena yang terletak di bahagian atas saluran dubur.

Buasir Luar.
Ia berlaku di bawah kulit, betul-betul di luar pembukaan dubur. Ia mungkin akan menyebabkan sakit dan rasa gatal, terutamanya semasa pembuangan air besar. Buasir jenis ini agak lembut (jika dipegang dengan tangan). Ia selalunya berbentuk bulat, berwarna purple.

Buasir Dalam.
Buasir jenis ini berlaku di bahagian dalam rektum. Selalunya buasir jenis ini tidak sakit. Penderita buasir jenis ini hanya akan menyedari masalah yang menimpanya bila terdapat darah yang keluar dari duburnya.

Apakah Gejala Buasir?
- Buasir kadangkala menyebabkan pendarahan sewaktu membuang najis.

- Keadaan ini boleh dikaitkan dengan ketidakselsaan setempat, dihubungkan dengan pembengkakan, pergerakan ke bawah, dan tersembul keluar daripada dubur yang diselaputi gugusan vena. Keadaan ini dipanggil prolaps hemoroidal.

- Buasir juga dikaitkan dengan kesakitan, rasa gatal ataupun lelehan.
- Apabila suatu bengkak yang kebiruan dan sangat menyakitkan muncul dalam salah satu daripada vena yang mengelilingi dubur, ini dihubungkan dengan apa yang dipanggil trombosis hemoroid eksternal. Ini adalah tidak berbahaya dan doktor anda dapat melegakan kesakitan anda dengan mudah melalui rawatan.

- Dalam setiap kes, apa-apa gejala pun dan khususnya apabila tanda klinikal hadir, hubungi doktor anda; doktor anda akan menentukan rawatan yang paling sesuai untuk anda.

Mengapakah Hal Ini Berlaku?
Faktor tertentu lain yang diketahui menyebabkan kesakitan mendadak ialah:

1 - Cirit berpanjangan.

2 - Kehamilan.
Mengandung adalah penyebab utama buasir kepada wanita muda. Ia berlaku bila adanya tekanan yang meningkat disebabkan oleh rahim yang membesar. Di samping itu, bekalan darah wanita yang mengandung sememangnya meningkat lebih daripada biasa. Ini dengan sendirinya memberikan sedikit tekanan kepada saluran venus. Hormon yang hadir semasa wanita mengandung pula menyebabkan otot-otot menjadi lebih "relax", dan ini memburukkan lagi keadaan. Ditambah pula dengan fakta bahawa proses mengandung itu sendiri selalunya menyebabkan berlakunya sembelit. Wanita yang mengandung perlu meminum air yang banyak untuk membantu mengurangkan masalah ini.

3 - Makanan yang menyebabkan rangsangan setempat (makanan berempah, alkohol, kopi atau teh yang berlebihan).

4 - Sembelit.
Najis yang besar dan kering memerlukan teranan yang kuat untuk membuangnya. Ini menyebabkan berlakunya peningkatan tekanan pada saluran venus di bahagian dubur, menyebabkannya membengkak dan menjadi buasir. Sekiranya ada buasir dalaman pada masa tersebut, ia mungkin akan ditolak keluar.

5 - Berat badan berlebihan di mana berat badan berlebihan memberikan tekanan yang lebih kepada saluran venus.

Adakah buasir penyakit keturunan ?

Tidak ada bukti yang sahih menyatakan bahawa buasir adalah penyakit yang diwarisi. Bagaimanapun ada keluarga yang nampaknya lebih cenderung menghidap penyakit ini berbanding keluarga lain. Ini berlaku mungkin kerana pemakanan yang diamalkan oleh sesebuah keluarga tersebut.

Adakah buasir akan menyebabkan kanser ?

Buasir tidak menyebabkan kanser atau bertukar menjadi kanser. Haruslah diingat bahawa pendarahan di bahagian dubur mungkin bukan disebabkan oleh buasir sahaja. Pendarahan mungkin adalah sebagai tanda awal penyakit kanser usus. Adalah sangat mustahak untuk anda membuat pemeriksaan lanjut sekiranya berlaku pendarahan di bahagian dubur anda atau bila anda mendapati najis anda menjadi merah atau hitam (darah telah bercampur dengan najis).

Bagaimana buasir dirawat?

Rawatan adalah perlu untuk menghindarkan penyakit dari bertambah teruk.
Ubat yang sesuai boleh memberikan anda kelegaan dengan segera dan berkesan oleh itu dapatkan nasihat daripada doktor anda.
Kadangkala doktor anda akan menggabungkan kaedah lain dengan rawatan menggunakan ubat ini : sklerosis (suntikan pembekun), penyejukbekuan atau koagulasi inframerah (pembekuan) ataupun pembedahan.
Rawatan ini harus digabungkan dengan beberapa makanan ringkas dan aturan gaya hidup untuk membantu anda memulihkan fungsi usus dan melawan sembelit.

Beberapa petua mudah untuk membantu memulihkan penyakit buasir.


Minum air dengan banyak : sekurang-kurangnya 1.5 hingga 2 liter setiap hari.


Elakkan makanan yang boleh menyebabkan rangsangan setempat (makanan berempah, alkohol) atau rangsangan usus (kopi, teh).


Amalkan bersenam seperti berjalan-jalan atau berenang. Senaman yang kerap dan berjadual akan memberikan "tone" yang sihat kepada otot-otot yang berkaitan. Ini mengurangkan lagi risiko menghidap buasir. 


Makan makanan seimbang : makanan kaya serat, bijirin, buah dan sayur-sayuran.


Gunakan tandas pada masa yang tetap, misalnya apabila bangun tidur, selepas minum banyak air.



Pengambilan ubat laxative. Ubat laxative terutamanya bulk laxative bertindak sama seperti pengambilan serat yang tinggi. Ia akan memudahkan pembuangan air besar tanpa perlu melakukan teranan yang kuat.


-Bonus –

Kaedah rawatan dengan herba atau tumbuhan.
Ambil satu perdu (satu pokok termasuk akar, daun dan buah) pokok belimbing tanah atau belimbing bukit (bukan belimbing buluh) selepas bersihkan rebuskannya sehingga mendidih.

Minumlah air tersebut 2 kali sehari. Insya’Allah dalam dua hari akan segera sembuh. Air itu juga boleh mengubati darah tinggi, kencing manis, buah pinggang dan lemah jantung.

No comments:

Post a Comment