Monday, September 17, 2012

Quality time..

Daging goreng kunyit
Budu + tempoyak
Singgang ikan tenggiri
Bliss..

Saya yang menurut perintah.. 

Cik Asben bagi cadangan.. Ibu pun masak sajalah. Malam ni memang 100% selera dan tekak dia. But to my surprised, Amsyar.. Haazem.. and Arif too tumpang ikut selera ayahnya jugak. Semua makan bertambah-tambah. Lepas tu, mula laa masing-masing bagi muka gabra. Kununnya risau baju tak muat. Dah tu bila makan masing-masing macam dah dua hari tak jumpa nasi. Bila dah tersandar, baru rasa bersalah.

Tapi sebenarnya, Ibu lebih rela jadi macam senario di atas darikan anak-anak and suami tidur dengan perut "bergelora". Memang tak senang tidur pulak Ibu nanti. Pada Ibu, walaupun lauk yang dihidangkan ala kadar sahaja tapi bila tengok anak-anak dan suami makan berebut.. Ibu pun tumpang senyum sama.

Selalunya memang di meja makanlah tempat kami saling bertanya khabar tentang hal-hal di sekolah, update di pejabat and apa-apa yang patut. Sebabnya, selain dari waktu makan, Cik Asben dan anak-anak semua sibuk dengan urusan dan hal masing-masing. Maklum sahajalah, 3 + 1 hero.. Ibu sahaja kaum Hawa dalam rumah ni. Abih tu nak buek camno??
 

No comments:

Post a Comment