Thursday, September 20, 2012

Nasi minyak.. tapi tak ada pengantin..



Bukan termasuk dalam menu regular sebab biasanya memang lauk kurma kurang mendapat sambutan. Cuma mungkin sebab malam tadi Ustaz Ikhwan ada sama so anak-anak tumpang sama berebut makan. Seronok bila tengok yang si Cinonet pun sama kecoh. Sesekali masak macam ni, bagus jugak. Aiwahhhhh.. sesekali layan perasaan.


Ini kes orang malas nak siang ayam. Guna hat drumstick jer sebab kompom semua suka. Tak payah nak membazir tang hat tulang rangka, leher atau apa-apa yang patut laa. Ayat cliche untuk orang yang saja cari alasan. Tang nak masak lauk kurma ni, biasa laa kan. Kami mana boleh OVER berempah. Karang ada pulak yang tak sudi nak makan. So..

Tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang dah dikisar.
Bila dah naik bau, masukkan serbuk kurma dan segala jenis kayu manis ke, bunga lawang ke..
Tunggu sampai terbit minyak then masukkan santan and air.
Masukkan ayam, perasakan dengan garam.
Settle..


Yang ini pulak memang khas untuk si Manja. Knowing that he loves fried chicken so very much. Tapi yang lain-lain pun sama menempel jugak. Termasuklah jugak dengan Cik Asben. Sampaikan ke daun-daun kari tu pun habis jadi sasaran. Bila goreng garing macam tu, daun kari tu jadi crunchy. Sedap jer kita orang layan.

Resepi memang cukup mudah..
Serbuk kunyit
Serbuk kari
Garam
Gaul semua
Goreng garing
Beres..


Yezzz... berjaya jugak. Tapi Ibu tak guna cuka makan sebab senang kena pedih ulu hati. So, instead of cuka makan Ibu tukar guna jus lemon. Tak rendam dengan air kapur pun. Lepas marinate dengan jus lemon terus masuk fridge dalam 1 jam. Agak-agak carrot tu dah mesra dengan jus lemon, okey la tu. Kalau ada nak berhajat resepi sempoi ni.. Ibu cilok kat sini.


Last but not least. Tak tau la nak panggil nasi apa. Cuma Ibu tumis dengan bawang merah, bawang putih dan halia yang dah dikisar dulu. Tunggu sampai naik bau then masukkan serbuk kurma dalam 2 sudu makan. Kemudian masukkan laa segala jenis spices yang patut. Then bila dah terbit minyak masukkan laa beras dan air macam biasa yang kita masak nasik tu. Cuma since kat sini kami guna beras basmathi so air kena lebih sikit laa. Karang keras kejung tak masak pulak nasik tu.

Conclusion.. as per being voted last night.. boleh buat lagi macam ni..


No comments:

Post a Comment