Sunday, October 21, 2012

Berjimba sebelum Kuarantin..

All gear-up for our first treat of the day.. beakfast at Coffee Bean


Ello all,

First and foremost, tahniah laa sebab malam tadi Kelantan menang 3-2. Ibu bukan suka sangat tengok bola. Tension lebih ada laa. Tambah tension sebab malam tadi ada sorang pemain simpanan team Kelantan yang tak senang duduk dalam rumah ni. Haisshhhh...

Well, hari ni Cik Asben dah mula on-call selama seminggu. So memerap kat rumah sajalah kita orang nanti. Means, Khamis.. Jumaat and Sabtu.. WAJIB duduk di rumah sahaja. Mujur anak-anak dah biasa dengan rotation kerja ayah dia orang. Cuma kebiasaannya, sebelum tempoh berkurung tu.. sakan laa dia orang nak itu ini. So, morning session kita orang terjah Coffee Bean dulu. Bukan best sangat pun tapi dah itu yang dia orang nak. Ikut jer laa.

Then lunch, makan kat Oriental Cuisine pulak. Kat sini lah tempat tom yam bersantan yang Ibu cerita tu. Budak-budak ni memang tak pernah ngelat laa kalau offer makan kat sini. Mintak lagi, ada laa. Tom yam kung pulak, menu wajib. Again, ikut jer laa.

The kaum Adam in my family. 
Perasan tak Cik Asben siap pakai jersi KELANTAN tu babe..

Cik Asben and me still kenyang from our heavy breakfast.. Jarak 1 jam saja. mana sempat nak hadam lagi makanan tu. Tapi at last, Cik Asben tergugat jugak tengok udang yang bergolek-golek dalam magkuk tom yam tu. Tambah pulak kita orang masih mencatu "udang" di rumah. Kolesterol babe..

 

Bujang Sulong kalau dah sampai sini, jangan nak interview macam-macam. The moment masuk jer kereta, dia memang dah siap-siap fikir apa nak makan. Elok jugak tu. Tak adalah kita orang nak ting tong fikir apa nak makan. Then the moment makanan sampai, again jangan tanya macam-macam. Dia akan dengan sepenuh hati mengadap apa yang depan mata saja. Tak pandang kiri kanan dah.



Inilah rupanya paprik udang yang menjadi pilihan Amsyar minggu ni. Pedasnya.. Ya Rasul... Ibu yang kuat pedas ni pun boleh keluar air mata air hidung. Tapi dia selamba rock jer. Itu belum lagi banjir dengan kuah tom yam. Jenuh dah nasihat.. tambah pulak esok tu dah nak sekolah. tapi.. ada dia kisah??



Inilah rupanya tom yam kung yang Ibu cerita tu. Tom yam bersantan. eiii... memang tak masuk ke tekak Ibu laa. Unless dah tak ada pilihan laa. Ntah laa, budak-budak ni siap tonggeng lagi mangkuk tu sebab punya laa suka dengan tom yam ni. Ada masa siap kena order 2 bowls.. tak cukup punya pasal.


Ini memang dah lauk rasmi si Manja Ibu laa. Kalau tak deep fried chicken, dia sure akan mintak deep fried fish fillet pulak. Then kuahnya, tom yam kung tu laa. Cuma sekarang dia dah tambah sikit favorite kat sini ie. shrimp toast. Dulu dia suka mintak popiah udang plain. Suma yang plain. Tapi dah itu yang dia suka.. ikut jer laa.



Inilah rupa shrimp toast and popia udang plain tu. Sebab dek dah immune dengan order yang hampir sama setiap masa, sampaikan waiter pun dah naik hafal menu kami anak-beranak. Nak buat camana kan. Yang makan, dia orang. So.. ikut jer laa.
 

Favorite si Cinonet, cicah shrimp toast dengan kuah tom yam kung. Dia kata, "ini makanan special Arif". As long as dia kenyang, tak kisah laa kan. Hari ni pulak dia tambah satu lagi peil, siap bubuh lemon dalam pepsi (sini sebut BEBSI.. sebab dia orang tak ada P). Eiii.. macam-mcam la dia orang ni.

- Hari ni mood baik, so extra "peace" kekdahnya -



Finally, penutup dapur Ibu malam tadi. Tak tahan la weii. Dua hari asyik makan di luar sahaja. Bukan masalah tak kenyang tapi ntah laa. Macam nak jugak makan di rumah. Tho' lauk campak-campak saja. 

So since Ibu layan blues kat dapur sensorang malam tadi.. dah tu semua mengadap tv layan bola Kelantan -vs- ATM so Ibu masak simple-simple jer laa. Singgang ikan tenggiri yang di dalamnya banyak laa sangat sayur kacang bendi and bunga kobis. Arif and Amsyar kalau masak macam ni memang kacang bendi kena extra. Meratah itu saja pun boleh.

No comments:

Post a Comment