Saturday, October 20, 2012

Indah nama dari rasa..



Assalamualaikum all,

Rasanya kalau di Malaysia ada tak sale yang semurah RM1, RM2 atau RM3?? Rasa macam susah nak percaya laa pulak. Tapi di sini memang selalulah nampak signage ni. Pada kaum Kuwaiti memang tak ada masalahlah kan. Tapi pada yang lain tu, kena fikir-fikir jugak laa. Macam kita orang, tho setakat 1KD, kena darab dengan RM11 tu. Dah tu sale kat sini sepanjang tahun pulak tu. Paling kurang selang sebulan mesti ada saja sale. 

Sekarang ni tengah musim sale nak ngabiskan stok summer sebab next month dah nak masuk winter. Tapi kita orang memang jenis bukan kaki shopping pun. So jarang tergugat dengan signage yang sebegini. Memang sejak dulu, polisi kita orang.. beli bila perlu. Lagi pun kalau baju banyak sangat nak pakai masa bila? Dah laa keluar jarang-jarang. Jumaat and Sabtu pun kalau keluar kejap sangat sebab anak-anak ada kelas karate. Lagi pun nak post kemana baju-baju yang dah tak dipakai lagi? Sini bukan ada adik-beradik nak hand-down pun. Unless, macam recently ada bantuan kemanusiaan untuk masyarakat di Syria. Itu pun dia orang dah list down jenis-jenis pakaian yang diperlukan. Dah banyak sangat kekdahnya.

Anyhow, since we're already at the Avenues (kira macam KLCC la tu), cuci-cuci matalah jugak. Saja nak ngabiskan masa. Sebab tujuan asal hanya nak pi beli santan untuk masak hari raya kurban next week. Ibu kena masak untuk group Perwakilan Wanita. Santan kat tempat lain dah mahal 500fils. Kat Carrefour murah sikit, baru 420fils.

Inilah bahana kalau bangun tidur jam 5 pagi. Orang syok jalan-jalan, dia syok buat taik mata.

Argghhhhh... how sweet of them. Ibu layan "beli tingkap" dia orang layan gadgets.

Nevertheless, nak mengukur Avenues yang sangat laa besar ni.. they even in the midst tengah memperbesarkan dan memanjangkan struktur bangunan ni lagi.. memerlukan tenaga yang cukup. Dengan itu, perut perlu diisi sesempurna yang mungkin. Dah laa lepas ni anak-anak nak pi kelas karate pulak. Oleh itu, Sang Ayah dengan cukup senang hati nak belanja kami makan-makan di Noodle Factory. Itu pun selepas puas buat mesyuarat anak-beranak nak lunch kat mana.


Cis, menyesal betul order hat ni. Nama punya la glemer.. alih-alih dapat mi kicap jer. Dah tu, rasa macam Pak Aji tumpah sebotol jer kat dalam kuah tu. Inilah mi kicap yang indah nama dari rasa tu. Nama punya laa glemer plus, panjang pulak tu. Nak ingat balik pun susah. Bila Ibu tanya, "do you have a picture of this dish?". Jawapan dia orang.. "sorry madam, but I can ensure you that the taste is very delicious". Ayat skima orang nak promote masakan dia. Adat laa kan. Tak kan nak kutuk produk sendiri.

Tak ada ayam goreng, ayam pandan pun boleh laa..

Muka budak yang dah tak sabar nak makan ayam pandan.. eii.. scary..

Service mantop babe.. memang berbaloi laa dengan tips pulak..

Punya la study, at last Bujang Sulong boleh mintak nasi goreng jer.. tak berbaloi langsung..

Cik Asben ordered for this.. okey laa jugak.

Tapi sebab Cik Asben sangatttt sayang kat Ibu, dia sanggup spilt. Kesian pun sebab Ibu cuma dapat makan mi kicap jer..

Btw, hari Jumaat.. maknanya hari Ibu tak payah masak. Sebab kalau Ibu masak anak-anak akan komplen "asyik makan kat rumahhhhh jer". Ibu memang tak ada problem langsung. Ibu pun nak jugak tukar-tukar selera. Anyhow, our lunch treat was O.K. Tapi kalau datang lagi ke sini, tobat laa Ibu nak order mi kicap tu lagi.

No comments:

Post a Comment