Monday, November 26, 2012

Sambal bilis kering..


Assalamualaikum all,
 
Cili, cili dan cili lagi. Setengah kilo pun dah sampai RM20.00 di sini. Tapi itu dah kira untung banyak dari beli peket-peket kecik yang hanya setakat lebar tapak tangan. Dan kami sesungguhnya tak sanggup "kering" stok cili sebab banyak benda yang boleh dimasak. Yakni, kalau stok "cili" kering.. kering jugaklah idea Ibu nak masak.

Mungkin sebab tekak dan perut dah terbiasa, maka yang pedas jugak yang dicari. Alhamdulillah, dengan Bobby sebagai pembekal utama, jarang peti ais kering dari stok cili. Dalam keadaan yang dah mula sejuk sekarang ni, lauk seringkas ini pun dah memadai membuatkan kami anak-beranak tersandar kekenyangan.
 
Selalunya kalau lauk yang sebegini Ibu partner-kan dengan bubur tapi since bubur lama sangat nak masak, well.. nasi panas pun dah cukup.
 
Ada yang mungkin kurang suka sebab ada petai (busuk) tapi pada kami biarlah busuk sebab dalam busuk itu ada "penawarnya". Dan jangan terperanjat.. Amsyar pun pandai makan petai. Walaupun Ibu tak bagi makan banyak sebab takut nanti kawan-kawan tegur masa di sekolah. Setakat 2-3 biji tu bolehlah.
 
Setakat tandas berbau, cuci sajalah. Bukan selalu pun.. kan.. kan.. kan..
 
 

 
 
 

2 comments: