Tuesday, November 27, 2012

Syurga.. Neraka.. bukan urusan kita..

Assalamualaikum all,

Sekadar untuk renungan diri sendiri..
Namun jika ia juga berguna pada diri kalian.. maka sesungguhnya yang baik itu semua datangnya dari Allah. Namun jika ada kekurangan, maka ia adalah disebabkan oleh kekurangan diri Ibu sendiri.

Sesungguhnya selama ini Ibu telah menyalahi hakikat bahawa urusan "syurga" dan "neraka" itu bukanlah hak Ibu lalu dengan begitu ironinya menjadi HAKIM yang tidak bertauliah. Menghakimi saudara sesama Islam walaupun sebenarnya bukanlah hak Ibu untuk berbuat demikian.


Cuba baca di sini. Patutkah kita berlagak seperti seorang hakim untuk menentukan layaknya syurga atau neraka bagi saudara se-Islam kita. Sedangkan kebaikan dan keburukan yang sebesar zahrah pun tetap akan dinilai oleh Allah. 

Ingatlah.. hanya Allah sahaja yang berhak berbuat demikian. Oleh itu, jika selama ini ada di antara kita yang bersifat "sinis" dengan rakan-rakan yang tidak menutup aurat, tidak berpuasa, tidak solat 5 waktu (contoh sahaja), maka ada baiknya jika kita bersihkan hati kita. Adalah lebih baik kiranya kita mendoakan agar mereka kelak suatu hari nanti akan berubah ke arah kebaikan. Mungkin dengan doa kita, akan terbuka hati mereka.

Insya'Allah..


2 comments: