Tuesday, November 27, 2012

Tak boleh salai.. bakar pun jadilah..


Assalamualaikum all,

Simplified and improvised..
Dah tentulah kat sini tak boleh nak menyalai ikan, ayam atau daging. Mana nak cari sabut dan tempurung kelapa. Setakat tempurung tu mungkin la jumpa kat bakala yang provides "mengukur" kelapa. Tapi sabutnya?? 

Tapi baru-baru ni ada sorang kawan offer diri nak cari "sabut" kelapa. Tambahan pulak sekarang ni dah masuk winter so senanglah nak operasi membakar di luar. Bagi Ibu, syukur sebab depan rumah ada veranda kecik. Sesak-sesak memang di situlah kami operasi ber-bbq dan membakar nanti.

Tapi kalau sungguh bagai dirancang, alhamdulillah. Memang pucuk dicita.. segala hat jenis "salai" yang datang. Dari ikan, daging dan jugak ayam. Tak perlulah kami bercinta mencatu stok barang kawalan. Makan-makan pun tambah mewah la lagi nanti.

Namun selagi semua itu masih dalam tahap perbincangan, dan selagi ia masih belum menjadi kenyataan.. terimalah apa sahaja seadanya. Jadi malam ini Ibu hidangkan gulai ikan tenggiri bakar dengan pucuk ubi.

Pucuk ubi tu pun bukan ada dijual di sini pun. Syukur alhamdulillah sebab Untie Munirah dengan rela hati bawa stok dari Tanah Malaya semasa dia berkunjung ke sini menziarah suaminya, Uncle Bob.

Walaupun bukan sesegar yang dipetik dari kebun atau ditepian pagar, namun bagi kami yang jauh diperantauan ini.. nikmat Allah yang mana lagi hendak dipertikaikan.

Allahumma barik lana.. fima razaktana.. wakina aza bannar..
- Ya Allah, Berkatilah rezeki yang Engkau berikan kepada kami dan peliharakanlah kami dari seksa api neraka.

Bismillah..
Jemput makan..

6 comments:

  1. yes...sekarang dah takde word verification. Kang senang nak kekomen. :-) Tu hari ada tinggalkan komen pasal word verifications tu Sham dapat tak? Macam takdek pulak Mak Piah re-check tu hari.

    :-) anyway glad u removed it.

    ReplyDelete
  2. Wahhh bila lama di tempat orang, ada makanan dari tanah leluhur mesti seronok tidak terkira, an?

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum wbr IS,

    Boleh export pucuk ubi, pucuk paku, all the pucuk-pucuk ni ...

    ... vacuum packed or frozen rebus pucuk ubi he he ...

    :)

    ReplyDelete
  4. MP,
    Tak yah jeles.. setakat ikan bakar dalam "oven".. you pun boleh buat.

    Nak jadi cerita, tu ari Sham terdelete semua komen kwn2. Meraung kejap. Panik bebudak ni tgk Sham. Tu la, org ada blog.. kita pun nak ada blog. Sekali salah godek.. padan muka sendiri. Ni punca nak pi godek word-verification tu la.

    Azie,
    Mmg extra sedap kita org mkn mlm tadi. Amsyar siap pi kutip semua pucuk ubi.

    REAL,
    Mmg biasa angkut bawak hat frozen, cuma tang pucuk ubi je x pernah buat lagi sebab cepat sgt lebam.

    Qies,
    Lauk mlm tadi la..

    ReplyDelete