Tuesday, February 19, 2013

KARMA pay CASH nowadays..

Peringatan :
Entri ini tidak mewakili semua kaum Indon apatah lagi ada hubungkait dengan tragedi Amah Kurang Waras yang dok lambung baby tu. Yakni, ia hanya mewakili pihak yang terlibat sahaja

P/s;
Ibu tengok ulang kali video Baby kena lambung tu.. memang psiko la Bibik tu. Rasa macam tak cukup je hukuman penjara 15 tahun tu.

Kisah bermula..
My Omak recently ada buat kerja baik pulih kedai yang lama. Bukan banyak pun, pacak 4 tiang tambah zink sikit lagi. Itu pun kayu dan zink tu ada Hamba Allah yang sedekah. Dia buat rumah baru, so dia offer la benda-benda tu ke Omak.

Kedai my Omak ni pun bukanlah kedai yang sempurna. Lebih tepat kata macam "pondok" je la. Ye la, dulu pasang payung. Tapi tiap pagi sure kelam-kabut. Banyak masa customers yang tolong sama. Memang la segan tapi dah kata jam 7.30 pagi baru start berniaga tapi pukul 7.00 dah ada yang dok tunggu. Abih tu camno..

Then Omak pulak memang tak nak bukak restoran. Merajuk sebab susah sangat nak apply lesen is one thing. Then, senang dia nak adhoc PONTENG or PENCEN. Kalau dah terikat dengan restoran, leceh la sikit kan.

Back to my story..
So lepas berkira-kira.. congak-congak Omak pun setujulah buat kerja-kerja me-repair. Maka kadar segera Omak roger-roger ke Dollah Siah untuk mintak tolong baiki mana yang patut. Tapi Dollah Siah pulak sibuk dengan kontrak buat rumah di kawasan setempat. Dollah Siah ni kerjanya bagus, on-time and price wise pun munasabah.

Dah jadi macam tu, kebetulan Dak As (dia ni part time kerja dengan Omak) terdengar cerita Omak so dia offer ayah dia pulak yang tolong Omak. Omak memang tak ada pengalaman dengan Ayah Dak As ni. Omak yang serba-salah dalam rela-paksa hand over la "kerja" tu ke Ayah Dak As.

Setakat pacak tiang kayu 4 batang and tambah zink, kira-kira tak la mahal mana. Omak dah refer ke Dollah Siah dan dia kata it should not be more than RM700. Max pun RM800 je. Sekali bila kerja dah siap.. korang nak tau berapa Ayah Dak As charged to my Omak?? RM1500.00 okey!!!

Tapi nak buat macam mana.. kerja dah siap. Maka dalam keterpaksaan RM1500.00 pun bertukar tuan. Omak terus tembak my number (nak mengadu la tu) then dengan kadar segera Ibu pun skype. Maka mulalah sessi adu-mengadu.

Omak pun dalam hiba dan marah mulalah bukak cerita. Rupa-rupanya Dak As ni selalu pinjam duit Omak. So demi nak melangsaikan hutang, tu sebab dia tak putus kerja dengan Omak. Tu sebab jugak bila Omak berkira-kira cari tukang, cepat je Dak As rekomen kan ayah-nya.

Well.. ini cerita penghujung tahun lepas. Tapi "panas" tu memang tak reda lagi la.

Sekali nak jadi kisah.. semalam Omak tembak lagi my number. Siap sms kata URGENT. Cuak jugak la hati. Dah dok jejauh macam ni.. ntah ada yang sakit.. ntah ada yang meninggal.. macam-macam terfikir time tu.

Rupa-rupanya..
Kisahnya.. Mbak Miss (bibik Omak) dapat tahu selang 3 hari je lepas Omak bayar ke Ayah Dak As RM1500 tu, dia kena rompak. Motor kena tahan tengah jalan. Handset (khabarnya touch screen yang mahal) kena ambik, duit upah kerja kena RAMPOK, tak cukup dengan tu.. siap kena pukul. Tapi Ayah Dak As tak berani nak buat repot. Faham-faham je la kenapa kan.

The morale of the story.. macam ni je la.
Jangan suka pi pedajal orang. Buat kerja biar ikhlas. Biar la berbaloi kederat dengan upah. Insya'Allah.. berkat.

P/s;
Errr.. Ibu nak kata "padan muka" boleh tak??

7 comments:

  1. Allah tu Maha Kaya.

    Tak sanggup nak tengok video bibik lambung baby tu :(

    ReplyDelete
  2. Sham tgk jugak 2-3 kali. Nak puaskan hati. Nak confirmed-kan yg bibik tu mmg sewel. Mmg xda hati perut.

    P/s;
    Dlm hati mmg jantung lari double dari biasa.

    ReplyDelete
  3. Anis xsggup nk tengok....ish risaunya la nk amik maid. Hrp dpt yg ok l a...

    Patutla akak pandai masak, mak tkg masak rupanya....

    ReplyDelete
  4. Memang rasa nak juga sebut padan muka tu. hehehe

    ReplyDelete
  5. Anis,
    Ikut rezeki masing2 la kan. Bukan semua yg dari sana tu tak elok.

    Err, pandai sgt tu takda la Anis. Ada masa masih jugak refer ke Omak nak masak itu ini. Then tahan je la kena bebel.. dah tua2 masih tak reti2 lagi..


    Azie,
    Sebut jer.. padan muka dia..

    ReplyDelete
  6. tak semua indon tu jahat..melayu pun ada gak jahatnya...

    kita kalau niat tak baik dengan orang, suka aniaya orang, suka pedajal orang, tuhan bagi balasan sekejapan sahaja...

    ReplyDelete
  7. NP,
    Betul.. setuju..
    Tak kira la Indon ke, Bangla ke, Melayu ke.. kalau buat jahat tu.. tunggu je la. Atas bumi lagi, Insya'Allah tuhan akan tunjuk.

    ReplyDelete