Monday, February 18, 2013

Nasi impit.. kuah lontong.. rasa nak mencarut jer..

Susah jugak bila sorang nak itu.. sorang nak ini. Arif nak nasi impit dengan kuah lontong. Amsyar pulak nak makan yang pedas-pedas. Haazem, as usual ayam goreng pun dah cukup.


So, as you can see.. ini compilation portion Ibu. Semua ada. Kalau ada yang kata, mana nak masuk lontong dengan ayam goreng.. jawab Ibu.. itu kreativiti kita la.

Btw, nak gossip ni..

Dulu kan kan.. ada la Ibu jemput kaum Ibu (ramai jugak) datang ke rumah ni. Konsep makan-makan sambil sembang-sembang. Dalam invitation, KAUM IBU SAHAJA. Tapi kan ada jugak 3 mak orang ni tetap bawak husband dia orang sekali. Kunun baru balik kerja. Bukanlah Ibu tak sudi menerima.. tapi Minah-minah Arab di building ni sensitif sikit kalau ada KAUM ADAM during day time. Sedangkan driver yang dok tunggu Madam kat saloon pun lepak dalam kereta jer.

Then yang kaum bapa ni lepak la luar rumah Ibu sambil di hidangkan apa-apa juadah yang ada la. So terpaksalah Ibu bukak pintu. Dah macam tu, confirmed la bising dari gelak hilai mak-mak ni terlepas keluar.

Apa lagi.. mengamok la jiran-jiran lain. Siap call Harris (penjaga bangunan) suruh sound ke Ibu. BISING. Tak cukup dengan tu.. Suami Jiran pun keluar. Tegur sebab bising. Ye la, dah tu pintu terbukak. Dengan yang mengilai, yang bercerita.. volume semua pakat MAX.

Then tak cukup dengan kena sound dek Harris dan Suami Jiran, Ibu kena sound dek sorang mak yang bawak husband ni.. 

Tetamu : Sham, mana sambal tumis untuk lontong ni?
Me : Tak ada la kak.. Sham biasa makan dengan serunding je..
Tetamu : Issshhhh.. ko ni kan.. kalau nak masak tu, biarlah cukup sifat, complete.. macam ni macam mana nak makan lontong?
Me : Maaf ya kak.. Sham tak pandai sangat bab-bab masak ni macam akak..

Sentap woooo.. dah la kena sound dek Harris and Suami Jiran.. kena sound dengan tetamu pulak. Ikut hati nak je kata "eh, majlis aku.. aku nyer suka la.. yang ko tu bawak laki sama, ape kes?? dah kata untuk kaum Ibu sahaja".. tapi Ibu hanya mampu lepaskan dalam hati sahaja.

Ever since.. tiap kali Ibu masak kuah lontong, sure ingat balik insiden tu.

P/S;
Kalau korang la.. sentap tak??

12 comments:

  1. eh mau tak sentap..
    dah majlis kita kan, sukahati kitalah kan nak buat lagu mana....
    komplen boleh tapi ada caranya...
    tak ada sambal boleh je makan lontong tu... alaaa small matter laaaa...
    kita yang buat dia kan???? :)

    dah kata kaum IBU, kaum IBU lah...yang pi bawak kaum TAK IBU tu apsal???

    ReplyDelete
  2. I yg membaca ni pun sentap ok! Apa kes nak bawak laki sama? I cukup pantang klau gathering yg mmg kita dah specify for ladies only, tup2 ada yg tak boleh nak berenggang dgn laki. Kita punya kesyok-kan pun dah kena tarik sikit. Ue lah kan, nak sembang mestilah kena cover2 jugak.

    ReplyDelete
  3. Dearest NP & Cik Kiah,

    Lagi best.. Si Tetamu tu sampai tahap angkut kerusi & meja bawak kat luar. Then angkut pulak nasi lauk dalam mangkuk.. kunun laki tak reti makan buffet.. suma kena hidang. Kitaorg yg kat dalam umah ni suma dok tercengang..

    P/s;
    Rupa-rupanya dia mmg jenis skima mcm tu. Suma nak ikut ruling dia jer..

    ReplyDelete
  4. Sib baik balik msia hari tu sempat makan lontong :).

    Kat sini pun kak..kalau buat majlis, bising2 dengan suara budak2..nanti jiran report polis, pastu polis nanti ketuk pintu and kasi warning...lagi haru.

    ReplyDelete
  5. Sensitip benar mek2 arab ni yer....diaorg mmg jnis yg xbuat bising yer?

    ReplyDelete
  6. KA,
    Sampai kena report ke Polis. Kecoh tul. Tapi elok jugak tu. At least masing2 tau boundaries masing2.


    Anis,
    Dia orang biasa buat gathering kat "diwaniya". Kat rumah, tak main la. Tu sebab "bising" sikit pun jadi isu.
    Tapi kalau anak dia orang yg dung dang dung dang.. boleh pulak..


    ReplyDelete
  7. Konpem la sentap. Suka hati kita la nak masak macam mana, ikut cara kita la. Dahla kita jemput dia datang makan, banyak songeh pulak.

    ReplyDelete
  8. Time tu Sham x kenal sgt dgn KAKAK tu.. lps dari tu.. pandai2 la bawak diri..

    ReplyDelete
  9. ngada nye dia ... take care Sham ...

    wassalamualaikum :)





    ReplyDelete
  10. kak rose yg baca pun turut sentap taw! ada gak orang cam ni kan?

    sedapnya lontong tu... mmg pebret sepanjang masa, tp lama dah x buatnya

    ReplyDelete
  11. gila tak sentap?hehe
    agaknya dia mls masak tu yg usung laki dtg majlis org w,pun dah bgtau utk kaum ibu je.

    sedap la pulak nengok gambar tu

    ReplyDelete
  12. Alaikumsalam wbt REAL,

    Makan seminggu jugak Sham "terasa hati". Tapi KAKAK tu mmg jenis sensasi.. ada saja bahan nak buat orang lain "panas". So I guessed.. dah sebati dalam diri kut.


    Kak Rose,
    Memula tu mmg sedih kak. Tapi dah maklum sgt sekarang ni.
    BTW, setakat lontong.. anytime Kak Rose boleh buat.


    Irfa,
    K.Sham pun fikir benda yg sama. Tapi dah tetamu, kita raikan sajalah.

    P/s;
    Pe lagi.. try la cari lontong pulak.

    ReplyDelete