Sunday, April 7, 2013

Adab menjawab "jemputan"..

Assalamualaikum all,

Terpanggil untuk berkongsi sedikit ilmu di sini. Perkara yang selalu kita rasa remeh dan enteng. Namun hakikatnya amat dituntut di dalam Islam. Dan sememangnya amat perlu kita ambik berat.


Kemudahan teknologi hari ini, hatta hanya semudah di hujung jari. Suatu yang ringan untuk dilakukan tapi selalu menjadi berat dek sikap ego diri masing-masing.

Tapi yang Ibu nak sentuh di sini ialah mengenai perkara nombor dua.

Ada sebab apabila seseorang yang lain menjemput kita menghadiri sesuatu majlis, sesuatu kumpulan atau atas apa pun sebarang alasan. 

Tugas kita, jawablah jemputan atau pertanyaan dengan sesegera yang mungkin kerana mungkin Tuan Rumah memerlukan jawapan kita agar mudah untuknya membuat persediaan yang seterusnya.

Jangan amalkan menjadi "silent reader" kerana mereka tidak mampu membaca apa yang ada di dalam fikiran kita. Be sensible, be wise, be responsible. Jika kita mahu orang melayan kita dengan baik, kita juga perlu berbuat yang sama.

Jika selama ini kita selalu bersikap "sebegini", mungkin inilah masanya untuk kita berubah. Dan sejujurnya.. berubah untuk kebaikan tidak pernah merugikan sesiapa pun.

Just my 2 cent.

Wassalam..

2 comments:

  1. Salam Sham.
    Betoi la. Apa salahnya bagi jawapan & dengan kadar segera. Bukannya apa, tuan rumah takla tertunggu2 & senang pulak nak menyediakan makanan yg cukup untuk semua tetamu. Kalau berlebih takpa, boleh tapau tapi kalau tak cukup, haghu la.

    ReplyDelete
  2. Alaikumsalam Dinas,
    Susah sebenarnya bila nak melentur buluh ni.. cakap banyak karang.. ehem ehemmmm pulak kan..

    P/s;
    Sedangkan bonsai pun makan masa bertahun.. inikan pulak manusia.

    ReplyDelete