Friday, April 19, 2013

Nasi goreng telur bungkus ~ menunai hajat Si Bujang Sulong..

Assalamualaikum all,

Hari Jumaat, hari cuti di sini. Ada masa dan jika mampu, Ibu akan cuba tunaikan hajat makan anak-anak pada masa ini. Cik Asben and Ibu biasanya tumpang rezeki apa yang ada sahaja.
 
Biasanya, sessi menunai hajat ni akan "ikut turn". Dah 3 hero, 3 taste yang berlainan. Dulu dia orang demand time lunch or dinner. Tapi sekarang since Ibu dah ada new commitment so Ibu cuba slot-in during cuti. Hence forth, semua tu atas kelapangan la.
 
Ada masa, kalau "terlebih rajin" tu, semua nak buat.
 
 
Ada yang kata Ibu manjakan sangat anak-anak. Sampaikan Haazem ada masa langsung tak boleh compromise kalau tak kena dengan selera dia. Walaupun hati geram.. tapi dalam geram still tak sampai hati jugak. Dalam bersungut dalam membebel Ibu hidangkan jugak.
 
Tapi.. just tell me.. Ibu mana yang sanggup tengok anaknya berlapar?? Tambah jika kita mampu menyediakannya??
 
Sejujurnya.. mungkin atas alasan "Ibu tidak bekerja" so Ibu ada extra masa untuk buat macam ni. Tapi ikhlas dari Ibu, menjadi suri rumah 24/7 bukan bermakna.. boleh goyang kaki sambil layan drama Korea (hanya contoh), bukan boleh layan novel sentiasa (hanya contoh) atau layan diri di salon (juga hanya contoh).
 
Allah beri kita 24 jam sehari. Sama "lama" dengan semua orang. Jadi, terpulanglah nak lebih atau nak kurang dengan cara masing-masing.
 
Kalau ada yang kata Ibu nak meriak, terpulang la. Pada Ibu, ini sahaja yang Ibu mampu untuk membuat anak-anak Ibu "senyum". Ibu cukup suka dengan "situasi" bila mana si anak senyum meleret bila "hajat makan" mereka tertunai.
 
Ermmm.. entah lah.. well that's just me.

6 comments:

  1. assalamualaikum k.sham..
    betul tuh ..can't underestimate surirumah sepenuh masa nie kan...
    suka ngan cari k.sham memuaskan hati anak2 ..tu...:)

    ReplyDelete
  2. Salam Sham.
    Saya sangat sayang mak saya! Tetiba. Betoi la, mak mesti la sayangkan anaknya, tang part makan tu lagi la. Kalau anak tak makan, mak mana yg tak risau? Selagi ada masa & kederat, apa la salahnya. Lagipun masa sat saja berlalu. Sedaq2 nanti anak tu dahpun besaq & menikah pi. Baibai.

    ReplyDelete
  3. assalam sham..salam kenal dari acik..sebagai ibu..kita akan rasa terkilan dihati bila tak dapat menunaikan keinginan anak..terutama makanana kan..acik pun macam..buat ikut kemampuan..dah tua2 ni terasa juga penat..tapi bila nak..hero acik..sukarela membantu..

    ReplyDelete
  4. Alaikumsalam wbt Ummu,

    Selagi sihat tubuh badan, selagi ada masa, ada kederat.. insya'Allah.
    K.Sham cuba buat apa yg termampu saja.
    Yg luar kemampuan.. kena cari kat kedai jugak la jawabnya.

    ReplyDelete
  5. Alaikumsalam wbt Dinas,

    Setakat masak2 lauk kampung yg biasa2 tu boleh la.. mintak bukan2.. memang tak dapek den nak nolong eh dohh..

    Tapi kalau bab makan ni memang Sham fail la. Even kalau tengah malam pun.. dlm marah2 pun.. Sham cuba tunaikan jugak.

    Last resort.. meggi jer la.

    ReplyDelete
  6. Alaikumsalam wbt Acik,

    Terima kasih kerana sudi bertandang.

    Memang betul tu.. kalau ada yg masuk tidur muka x kenyang tu.. mula la kita susah hati.

    Setakat ni, yg Sulong tu ada masa rajin jugak buat sibuk kat dapur. Paling kurang tolong kacau kuah gulai.

    ReplyDelete