Friday, April 19, 2013

Halo-halo & Lisa Kleypas.. what a team..


Assalamualaikum all,

Time for anak-anak gunting rambut lagi. So sementara dia orang gunting rambut.. Ibu layan tekak. Cuaca di luar sekarang dah mulai cecah sampai 35C. So bila dapat Halo-halo atau ABC Pinoy ni.. sejukkkkk je masuk ke tekak.

Harga wise, 1KD semangkuk. Kira seringgit je la pada Kuwaiti ni. Tapi pada kita.. ehem ehemmmm.. try la darab 11. And atas sebab itu kami ngeri nak spend bukan-bukan kalau kat luar. Tapi kira berbaloi la. Kalau di Tanah Malaya mana nak dapat ABC macam ni.

Dengan ais kerim 1 skop besar, buah kabung yang pelbagai warna (banyak pulak tu), isi kelapa, kacang merah, jelly.. huishhh. Memang boleh kenyang kalau macam ni.

Then sementara tunggu Cik Asben habis kerja, kami pi ziarah kedai Jacob. Actually, mujur kami kuatkan "rasa" nak ziarah Jacob. Kedai buku Jacob dah nak tutup this coming June. Dah cukup 10 tahun dia beroperasi. And so unfortunate dia terpaksa say goodbye to it.

Lebih sedih lagi, budak-budak ni won't be seeing him anymore or lepak kat kedai dia lagi. Nak buat macam mana.

And petang tadi, dapatlah Arif tambah lagi koleksi dia. Ibu pun merasa jugak. For FREE. Now, if only I could find time to finish all these books. Geram tengok. Tak tau mana nak baca dulu.


6 comments:

  1. Salam Kak Sham..
    Wahhh itu makanan rohani tu..best kan apabila ada banyak bekalan ni..sambil lepak kat rumah sambil bercumbu mesra dengan helaian demi helaian lisa kleypas...saya ada paulo caelho belum habis..ntah bila la nak habis buku tu...

    ReplyDelete
  2. salam kak sham,

    belajar makan halohalo di brunei. mmg suka sangat. kat sini punya belum try. wah! tinggi rate .. sini 1riyal dlm RM8 ..boleh tahan la jugak

    ReplyDelete
  3. huaaaa.. sedappppp extra eskrem kot tu.. tu nampak camtu.. sedapnya.. mmg best makan waktu2 panas gini..

    ReplyDelete
  4. Alaikumsalam LW,
    Berhantu benda ni.. once dah mula, susah nak stop.

    ReplyDelete
  5. Alaikumsalam Mala,
    Dah berjiran dengan Philippines, maka mmg wajib Halo-halo sampai ke Brunei. Dah berjiran kan.

    ReplyDelete
  6. Nani,
    Memang best.. tapi tak blh selalu la. Nnt anak2 upset time makan pulak.
    Sesekali tu, boleh laa..

    ReplyDelete