Tuesday, October 8, 2013

Tanya sama hati..

Alhamdulillah,
Semalam selesai sudah Halaqah week 3 di Masjid Kaber. Kelas yang diadakan percuma dan dibuka kepada umum ini dibuat setiap hari Isnin dari jam 9.30-11.30 pagi.

Tidak seperti minggu-minggu lepas yang membincangkan tentang isteri-isteri Rasulullah saw dan peranan mereka di dalam Islam, minggu ini kelas memberi laluan kepada perkara-perkara tentang Haji dan perkara-perkara yang berkenaan dengannya. Mungkin bersempena dengan Eidul-Adha yang just around the corner.

Antara yang dibincangkan adalah soal niat, ikhlas, ketentuan Allah dan jemputan-Nya.

Tidak seperti kelas yang lepas, hati Ibu sayu sangat dengan kelas yang satu ni. Mungkin sebab ia membincangkan tentang niat dan ikhlas. Perkara yang berkait tentang hati. Perkara yang hanya kita dan Allah yang mengetahui.

Bila di dalam kelas ini, terdetik di hati Ibu.. sudah betul ke niat Ibu? Ikhlas ke Ibu?

Niat untuk datang ke Halaqah.
Ikhlas ke Ibu untuk datang ke Halaqah.

Bayangkan hanya dengan sedikit RIAK sahaja.. segala yang Ibu usahakan ini pasti tidak berguna lagi.

Kemudian penceramah bukak pulak tajuk tentang ketentuan Allah. Ada masa kita selalu mempersoal tentang kenapa jadi macam tu.. kenapa jadi macam ni.. kenapa tak macam tu and so on. Well, hal yang sebegini mungkin tidak akan ditanyakan jika kita percaya dengan qada and qadar. Semuanya as simple as.. "because I said so". Just because Allah said so. End of discussion. Sesungguhnya.. di sebalik sesuatu kejadian.. sudah tentu ada rasionalnya.. ada kebaikan lain yang hanya Allah mengetahui.. wallahu'alam.

Dan akhir sekali tentang "jemputanNya".
Ibu rasa semua orang faham tentang maksud jemputan di sini. Well, Ibu rasa perkara ini tidak perlu diperjelaskan lagi. Tho' kita sudah bersedia kewangan, lengkap dengan ilmu, visa, kesihatan yang baik, mahram dan sebagainya.. jika tidak dengan "jemputanNya" maka tetap kita tidak akan sampai ke "situ".

Kesimpulan dari kelas semalam.. banyak sangat yang perlu Ibu perbetulkan selepas ini. Terutamanya tentang niat.. tentang ikhlas.

Btw, terdapat sunnah dan adab tentang cara-cara untuk menyambut hari raya Aidil-Adha. Jika rajin.. bolehlah baca di sini.

6 comments:

  1. Salam k.sham,
    tumpang lapang dada ngan entri nie..:)

    ReplyDelete
  2. Alaikumsalam wbt Ummu,
    Selama ni byk sgt yg K.Sham dok fikir. Ding dong ding dong. Serba tak kena. Dok memikir apa yg kurang.. apa yg silap. Akhirnya.. semua dah terjawab. Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  3. "because I said so".
    dalam maknanya tu

    ReplyDelete
  4. Kan..
    Siapalah kita hendak mempertikai "urusan" Allah..

    ReplyDelete
  5. semalam dengar Ibrah kat ikim.fm pasal Nabi Ibrahim, banyak sangat hikmah disebalik cerita Nabi Ibrahim, termasuklah keikhlasan hati dan ketulusan keimanan kita kepadaNya...

    ReplyDelete
  6. Mila,
    Kita ni kena rajin "mencari" insya'Allah mcm2 yg kita akan jumpa.. akan dapat..
    Tp ter-skima jugak la semlm.. byk yg nak kena diperbetulkan..

    ReplyDelete