Monday, October 28, 2013

Winter is in the air..

Assalamualaikum all,

Ingatkan selesai sudah mood makan-makan sempena menyambut hari raya kurban yang baru lepas. Rupa-rupanya salah jangkaan Ibu.

Hence, malam minggu lepas selepas kelas karate kami pun bertolak ke rumah yang mana kami dijemput. Dengan cuaca yang secukup rasa. Maghrib pulak dah awal sekarang ni. Hatta, jam 5.08 petang sudah masuk waktu maghrib. Pada yang masih "berhutang", mungkin bolehlah mula mengganti puasa ketika ini.

Memandangkan cuaca yang baik, maka ber-bbq menjadi pilihan. Menu ringkas, tapi itu bukan perkara utama. Paling mustahak.. ikatan silatulrahim yang perlu diutamakan. Dengan jumlah masyarakat Malaysia yang terhad di sini, inilah masa yang paling baik untuk saling bertanya khabar, update status (bukan di fb saja ya) dan mungkin jika ada perkara yang perlu dibincangkan.. mungkin boleh jugak "selit-selit" semasa aktiviti berlangsung.

Tukang bakar.. yang diimport khas.. dari Kuwait City jer..


Permata hati Ibu..

Kids department..

Mukadimah.. more to go selepas ini..



Antara model tak berbayar untuk malam tersebut..

Menumpang kasih pada yang sudi..


Terima kasih Tuan Rumah
Nice ambiance, makanan yang sedap-sedap (siap boleh tapau lagi tu), host yang cukup ramah, jemputan pun meriah mulut.. conclusion.. BEST.

Insya'Allah.. next round pulak..

6 comments:

  1. Assalam k.sham
    bagusnya selalu ade gathering dan aktiviti makan2 gitu..dapatlah mengeratkan silaturrahim komuniti yg kecik kat situ kan..seronok tgk ariff landing gmbar yg last tuh..:)

    ReplyDelete
  2. dah kena pakai sweater bagai ya kat sana ... sini maghrib 5:36pm. kami pun dah start bayar hutang setiap khamis. seksanya la rasa ;-)

    ReplyDelete
  3. Alaikumsalam Ummu,
    Mcm ni la keadaan kami.
    Pd yg senior la tmpt kami menumpang mengadu sakit pening, mintak nasihat mana2 yg perlu dll. Kira mcm ganti saudara di sini la.

    Bab "landing" tu.. Arif ni mmg manja sikit dengan Uncle Yusri ni. Mujur jugak ada yg sudi nak melayan..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Mala,
    Sebenarnya cuaca masih sesedap rasa cuma since bbq ni buat kat roof-top so sebaiknya biarlah "tebal" sikit utk anak2.

    K.Sham pun tgh bayar hutang ni. Ada posa nazar yg masih blom bayar lagi ni.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum K.Sham...

    K.sham sihat? Dah masuk winter ek? Sini pun dh mula masuk tengkujuh ni. Hampir tiap hari hujan. Ada tempat dh banjir pun. Tapi terengganu ni belum banjir lagi.

    Take care!

    ReplyDelete
  6. Alaikumsalam wbt Su,
    T.kasih sudi jugak Su singgah ke blog K.Sham lagi.
    Winter.. seronok pd bebudak.. utk jenis yg tahan sejuk mcm K.Sham ni.. alahaiiii..

    Bila dah hujung tahun ni.. faham2 je la kan. Semoga Su & family di sana baik2 & selamat sahaja hendaknya.

    ReplyDelete