Thursday, January 30, 2014

Nasik lemak 30 sen..



As long as I can remember, Omak dah berniaga nasik lemak since Ibu masih di sekolah rendah lagi. Gaji Ayah yang tak seberapa.. maklum sajalah. Walaupun waktu tu barang masih jauh lebih murah dari sekarang namun dengan gaji yang tak seberapa tu.. and tho kami hanya dua beradik.. alhamdulillah.

My Mom.. is a very ambitious lady.. dia nak itu.. dia nak ini. Tapi tak pernah sekali dibebankan atas gaji Ayah. Thus atas usaha sendiri.. Omak sey berniaga nasik lemak. Dijual di kedai-kedai kopi kepunyaan Ah Seng and Ah Tong di kampong kami. Waktu itu hanya 30 sen sebungkus. Tapi cukup sudah untuk mengalas perut hingga waktu makan tengah hari.

Taste wise.. Ibu rasa sedap la kut. Seingat Ibu tiap kali Omak sey mintak cuti.. gerenti tokey kedai Cina tu akan bergaduh dengan Omak sey. Kisahnya.. dia orang akan lari "income" kalau Omak sey tak berniaga.

Ibu jugak pernah berjual nasik lemak di sekolah tapi banyak kali jugak Ibu kena "sembur" dengan orang kantin. Sebab katanya.. kami tak ada hak berjual di sana. How irony.. rezeki Allah itu untuk semua. And.. memadailah jika Ibu saja yang tahu kisah selanjutnya.

And so, walaupun Ibu selalu kena marah dengan orang kantin (only now I know.. ada spy antara kawan sekelas) tapi cikgu-cikgi di sekolah ada masa tetap jugak mintak Ibu bawak sebungkus dua. Lepas la untuk belanja sekolah Ibu... alahhhh.. mula la nak nangis ni.

Waktu tu.. mana ada orang berjual daun pisang. Kalau ada pun.. maybe kami takkan beli sebab "tak mampu". Thus.. solution.. Ayah akan cari ni di kawasan terbiar yang ada pokok pisang. And ada masa ada jugak orang kampung yang rasa pokok pisangnya perlu "dibersihkan".. well.. mula la "orang-orang yang tertentu" ni akan mencari Ayah. Itu belum lagi cerita pacat yang dah gemok melekat di betis atau takut ada ular sesat masa Ayah mencari daun pisang.. aduhaiiii..

Belum lagi cerita Ayah mencari daun pisang semasa hari hujan atau ketika Ayah tergelincir dari anak bukit hanya semata-mata mencari daun pisang. Banyak sangat kenangan yang mampu membuat Ibu menangis jika diingat semula.

Macam ni sajalah.. keluarga kami bukan seselesa sekarang. Anak-anak perempuan tak ada yang nak berkawan dengan Ibu hanya sebab Ibu tak ada anak patung togel. Adik pun.. mujur saja dia rajin mencari duit poket dengan bermain Cak Lempong di majlis-majlis kenduri kawin. Well.. just tell me about hard life.

Omak sey.. maybe sebab tak ada rantai leher 4-5 lapis or gelang tangan hingga ke siku and my dad.. well.. cukup saja Ibu katakan.. keluarga sendiri pandang sinis..

Tapi semangat Omak sey memang kuat. Dengan berjual nasik lemak and karipap.. Omak mampu menyampaikan "hajat" nya. Ayah.. very simple person. Cukup makan.. cukup pakai.. dia dah biasa "diuruskan" hence.. well he's very happy with his life back then.

And hari ini.. Omak sey masih berniaga nasik lemak. Walaupun kami dah cukup makan pakai tapi maybe sebab berjual nasik lemak dah serasi dengan jiwa kami.. entahlah..
 

Dulu Ibu selalu komplen takmo makan nasik lemak yang sama dengan yang Omak sey jual di kedai so untuk kelainan Omak sey akan tukar dengan telur mata separuh masak and boh goreng kangkung. Aiwahhhh.. heaven on earth.

And pagi ini.. Ibu ulang lagi nostalgia ini tapi untuk hidangan Cik Asben before dia pi kerja pulak.

Cukup la tu ya.. bucu baju dah lencun ni..

Wednesday, January 29, 2014

Nasi goreng ikan sardin.. nasi goreng emergency..

Assalamualaikum all,

Last minute request. Mana sempat nak defrost udang ke.. ayam ke.. siang kangkung ke.. so solution.. kita buat nasi goreng ikan sardin je la ya.

Tumis bawang putih.. bawang merah.. cili api secukup rasa (extra sebenarnya). Then pecahkan telur sebiji.. masuk ikan sardin seketul (lenyek-lenyek sikit).. masukkan nasi then boh garam. Kut tak suka bau ikan sardin tu.. tabur sikit daun sup. Khalass..

Tersandar senyum anak bujang yang sorang tu.

Tapi kan kan.. walaupun ini kira nasi goreng emergency.. tetap tak boleh buat selalu sebab ikan sardin jatuh "barang kawalan" di rumah ni. Angkut dari Tanah Malaya ya.. yang cap Pinoy.. tak aci la..

Dalam gambar.. tu belen makan KFC malam tadi.. goreng je semula dari membazir..

Dosa Fitnah..


Assalamualaikum all,

Terlalu banyak ayat serta hadis yang mengingatkan kita tentang besarnya dosa memfitnah. Terlalu banyak and thus Ibu selitkan few of it di sini. And mengapa memfitnah dikatakan berdosa besar, lebih kejam dari membunuh?

Sebenarnya fitnah merupakan pembunuhan ke atas karakter atau jiwa seseorang. Orang yang kena fitnah biasanya akan merasa terluka, menjadi rendah diri, kecewa dan hidup dalam kemurungan. Walaupun jasadnya hidup, tapi jiwanya mati kerana sakitnya terkena panahan fitnah.


Fitnah dilarang oleh Allah S.W.T, sebagaimana maksud firman-Nya dalam Surah al-Baqarah: 191:

“Dan bunuhlah mereka di mana kamu temui mereka, dan usirlah mereka dari mana mereka telah mengusir kamu. Dan fitnah itu lebih kejam daripada pembunuhan. Dan janganlah kamu perangi mereka di Masjidil Haram, kecuali jika mereka memerangi kamu di tempat itu. Jika mereka memerangi kamu, maka perangilah mereka. Demikianlah balasan bagi orang kafir.”

Firman Allah dalam Surah An Nur : 15 – 16

“Ingatlah ketika kamu menerima (berita bohong) itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit pun, dan kamu menganggapnya remeh, padahal dalam pandangan Allah itu soal besar.” (15)

“Dan mengapakah kamu tidak berkata ketika mendengarnya, “Tidak pantas bagi kita membicarakan ini. Mahasuci Engkau, ini adalah kebohongan yang besar.” (16)

Allah telah memberi peringatan supaya meninggalkan perbuatan memfitnah sesama manusia dalam Surah An Nur ayat 17 yang maksudnya :

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu”. [Al Hujurat : 6].

Perkara itu diingatkan dengan tegas oleh Rasulullah dalam sabda Baginda yang bermaksud: “Akan muncul suatu ketika di mana ilmu Islam dihapuskan, muncul pelbagai fitnah, sifat kedekut dan jenayah berleluasa”. – (Hadis riwayat Muslim).

Rasulullah juga bersabda: “Seseorang hamba yang membicarakan sesuatu yang belum jelas baginya (hakikat dan akibatnya) akan dilempar ke neraka sejauh antara timur dan barat”. – (Hadis riwayat Muslim).

Allah berfirman dalam surah al-Hujurat, ayat 6 yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidiki dulu (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, kerana kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan”.

Dosa fitnah juga menghalang kita masuk syurga. Rasulullah bersabda: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah”. – (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Penyebar fitnah akan diberi malu oleh Allah apabila dibangkitkan pada akhirat kelak. Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang menyebarkan kata-kata yang memalukan seorang Muslim dengan tidak sebenarnya, nescaya dia akan diberi malu oleh Allah dalam neraka pada hari kiamat”. – (Hadis riwayat Ibn Abid Dunya dari Abu Zar).

Mencari dan membocorkan rahsia orang dilarang Allah seperti di dalam firman-Nya bermaksud: “Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain”. – (Surah al-Hujurat, ayat 12).

Allah berfirman: “Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci dan pengeji.” – (Surah al-Humazah, ayat pertama).

Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW pernah bertanya kepada para sahabat, “Tahukah kamu apa itu mengumpat?” “Tidak,” jawab sahabat. Balas Baginda, “Mengumpat adalah kamu menyebut tentang kawan kamu apa yang dibencinya.” Para sahabat bertanya lagi, “Bagaimanakah sekiranya sesuatu yang disebut itu ada padanya?” Jawab Rasulullah SAW, “Itulah maksudnya mengumpat.” Nabi berkata lagi, “Kalau kamu menyebut apa yang tidak ada padanya, itu adalah buhtan (fitnah).” (Hadis Riwayat Tirmizi. 

“Mengapa di waktu kamu mendengar berita bohong itu, orang-orang mu’minin dan mu’minat tidak bersangka baik terhadap diri mereka sendiri, dan (mengapa tidak) berkata:”Ini adalah suatu berita bohong yang nyata.” [An Nur : 12].

Diceritakan dari Abu Ayyub, bahawa isterinya berkata, ”Wahai Abu Ayyub, tidakkah engkau dengar apa yang dikatakan banyak orang tentang Aisyah?” Abu Ayyub menjawab, ”Ya. Itu adalah berita bohong. Apakah engkau melakukan perbuatan itu (zina), hai Ummu Ayyub? Ummu Ayyub menjawab, ”Tidak. Demi Allah, saya tidak melakukan perbuatan itu.” Abu Ayyub berkata, ”Demi Allah, A’isyah itu lebih baik dibanding kamu.. 

Kemudian Allah berfirman.

“Mengapa mereka (yang menuduh itu) tidak mendatangkan empat orang saksi atas berita bohong itu. Oleh karena mereka tidak mendatangkan saksi-saksi, maka mereka itulah pada sisi Allah orang-orang yang dusta”. [An Nur : 13].

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti”. [Al Hujurat : 6].


Begitu banyaknya peringatan tentang betapa besar dan beratnya dosa mengumpat dan memfitnah.. masih jugak kita melakukannya..

Nauzubillah'himinzalik..

Semoga kita semua dijauhkan dari perbuatan ini.

Tuesday, January 28, 2014

Dari FB sambung ke sini..

Assalamualaikum all,

Takda bahan nak share hari ni. Gambar lauk pun takda sebab lauk malam tadi banyak lagi. So.. hari ni sesi "memanas" semula saja.




Ni tadi godek-godek FB kawan-kawan ada share some good info. Sejujurnya Ibu pun tak tahu sejauh mana sahih info ni.. but no harm sharing it. Sekurang-kurangnya untuk diri sendiri.

Have a good day everybody.. sure semua dah mood for holiday kan..

Monday, January 27, 2014

Pembakaran terbuka..

Assalamualaikum all,

Sesi "membakar" juga menambah lemak. Lama dah kami tak membakar di balkoni rumah ni. Sejak jiran atas komplen "asap" masuk ke rumah dia. Tapi malam ni.. kami redha and redah saja. Kut dia komplen.. kami stop la.

Sebenarnya Ibu jemput kawan ni datang ke rumah sebab nak bincang "satu hal" ni. Asyik ada gangguan saja.. and tak pernah yang selesai.. so last effort.. jemput ke rumah sajalah la. Kebetulan anak-anak ada kelas mengaji.. meriah la sikit. Dapat la jugak anak kawan tu tumpang belajar mengaji sekejap tadi.

Ibu.. as biasa prepare la lebih kurang apa yang boleh. And sebenarnya, kalau malam mengaji memang Ibu jamu nasi je untuk Ustaz Ikhwan tu. Entah.. Ibu lagi selesa macam tu.




Lauk biasa yang entah berapa kali dah Ibu ulang tayang. Tapi daging salai memang "mesti" ada. Sebab family ni memang suka sangat daging salai. Then Ibu tambah la sup ekor and sayur campur. Khalass..

Chef yang bertanggung jawab untuk sesi membakar malam ni..
 



Tapi yang paling tak sangka.. kawan Ibu ni pun bawak buah tangan jugak. Memang bertambah-tambah rezeki kami malam ni.

Perghhhh.. memang kenyang yang melampau malam ni..

Alhamdulillah..

Usaha tangga kejayaan..

Assalamualaikum all,

Tak ada apa cerita yang menarik pun. Selama ni pun semua cerita yang biasa-biasa saja. Cuma tak berapa lama dulu ada la jiran rumah sebelah post entri pasal kaki busuk.. hati busuk. Tho' itu bukan ayat sebenar.. lebih kurang la.

Alhamdulillah.. dalam suka suki ada jugak insan yang sudi mengingatkan. Dah lama tak kena jentik kan. Kita ni selalunya bila dah lama sangat duduk dalam "comfort zone" cepat lupa diri. Then lepas tu mula laa benda-benda lain yang berkait datang menyusul.

“Verily, with hardship, there is relief (94:6)”


Sebenarnya ada cerita yang berkait dengan ayat di atas..

Anak-anak dah mula dapat "bekal" untuk next week winter school break. Tempoh 2 minggu.. lama jugak tu hence "bekal" tu boleh tahan la jugak tebal nyer. Thus.. Amsyar pun dah mula kena talu dengan weekly test yang macam-macam. So faham je la tu kan.


Bila tengok takwim ni.. Ibu pun tumpang seriau. Tambah seriau sebab Mat Skima tu dah warning.. "Ibu, tolong jangan buat apa-apa plan sampai abang selesai exam". There you have it.. terbarai segala plan kami.

Kami sebenarnya ada few things in plan. Nak buat itu nak pi sana.. thus bila Amsyar dah sound macam tu.. sila abaikan carta papan kalendar anda.

Si Cinonet pun dah mula jugak dengan pop-quiz nyer. Almost every day la jugak. Memang nampak simple tapi for a kid like him.. what do you expect? Setakat dictation pun dia dah panic..



Ada masa kena jugak gula-gulakan anak-anak ni dengan "hadiah" tapi lepas tu Ibu try to counter back and explain perkara yang sebenar.


For an example.. Si Manja Ibu yang sorang ni. Dulu jenuh jugak nak memujuk. Nak suruh baca Quran 3 pages pun macam nak pi berperang. But eventually.. alhamdulillah. Dia mula faham and hopefully the good deed will continue on his own effort. Insya'Allah..

Can't ask for more.. cuma Ibu selalu pesan pada anak-anak.. nak senang kemudian.. kena susah-susah sikit la sekarang..

Ilal liqa'..

Sunday, January 26, 2014

Manic Sunday..

Assalamualaikum all,









Manic Sunday buat kami di sini tapi selamat berhujung minggu pada orang Tanah Malaya. Ada jugak yang dah mula kerja.. sekolah hari ni kan.. Dulu masa mula-mula kawin ngan Cik Asben blur jugak kejap. Dah biasa cuti hari Ahad sekali sana cuti pulak. Lebih bengong bila hari Khamis ada office yang kerja separuh hari. And ada jugak yang hari Sabtu pun kena kerja. Time tu memang bengong maksimum. But gradually.. lepas tu okey jer..

Kat sekolah Haazem hari ni macam pesta.. semua parents sibuk nak bayar yuran untuk term ke-3 (baru dapat sms kan). Walhal boleh jer bayar awal-awal atau tunggu reda sikit bi makna.. janganlah bayar time budak nak pi sekolah tu. Tapi biasalah.. tak semua have the luxury untuk datang kemudian atau Mak-mak Arab sanggup mengorbankan masa senggang ke mall atau salon or spa untuk bayar yuran. Makanya.. semuanya nak kena buat hari ni jugak.. before masuk kelas jugak.

Sebenarnya kalau setakat nak bayar yuran tu benda biasa tapi yang jadi luar biasa is when ada yang potong queue atau tanya macam-macam soalan yang remeh-temeh. Kut masa first term tu kita faham la.. ni dah third term.

Yang sebetulnya dia orang ni memang jenis yang kuat bergadoh. Kut tak ada hal pun jadi hal. Yang jadi mangsa.. sama ada the clerks ataupun kita ni yang dari bangsa Asian.

Tak tau la Gulf Countries yang lain tapi for us di Kuwait ni.. selalu jer kena "third class" service. Dah lali pun sebenarnya. So to avoid dari kena buli.. kita sendiri kena ada self confidence. Jangan bagi muka dengan dia orang ni. Bukan semua pun yang bangsa Arab tu bagus-bagus. Well.. jangan jadi bias pulak. Itu hanya segelintir. Ramai lagi Kuwaiti and other Arabs yang baik. My neighbours (selain dari bau belacan - rumah sebelah ni jer) they are all very nice to us.

Sampaikan during party anak-anak dia orang mewah kami dapat macam-macam. Selalunya time dia orang party kami jarang ada di rumah. Hence.. nanti the next morning ada la bibik yang ding dong kat pintu hantar cakes and segala manisan.

Unlike us.. susah pulak kami nak offer makanan sebab Ibu prefer all yang pedas-pedas. And dia orang memang kureng sikit bab pedas ni. But dia orang dah faham. Ada masa kut ada yang bertembung dengan our friends kat lobby.. ada pulak yang peramah tunjuk arah ke rumah kami. Actually, we're the only Malaysian staying in this building. Yang lain semua bangsa dia orang jer.

Well.. tu pics kat atas tu saja nak tunjuk sebahagian yang dah selamat masuk perut kami. Minggu ni Cik Asben on call thus semua kena perintah berkurung. Lepas tempoh kurantin nanti legalah sikit budak-budak ni. Seminggu sakan mengadap air tangan Ibu.. faham-faham je la kan.

Okey habis cerita dah. And as I said.. manic Sunday kan.. so faham-faham je la kan..

Ilal liqa'

Thursday, January 23, 2014

15th Anniversary.. to us..

Alhamdulillah..
15 tahun sudah kami bersama.. susah senang.. perit getir.. suka duka.. tawa tangis.. semua ada..
Semoga kasih sayang kami akan tetap utuh hingga ke Jannah..


Insya'Allah..

Tuesday, January 21, 2014

Orang kata tak elok??

Assalamualaikum all,

 
Dari dulu lagi orang dah banyak dok peringat.. makan meggi or any instant noodle tak baik.. tak elok untuk kesihatan. Ibu pun tak la mengkaji sangat tang mana yang "tak eloknya" meggi tu. Whatever it is.. kami pun bukan jenis makan selalu sangat meggi and segala keturunnya itu. Sekali-sekala jer.. yang paling kerap pun seminggu sekali. Itu pun sebab pada anak-anak.. meggi ni macam luxury food la kat sini. Meggi made in Malaysia saja ya. Meggi Arab.. tak aci..

Version of meggi pulak.. ada meggi telur goyang.. ada meggi telur hancur.. ada meggi tumis.. ada meggi plain and yang paling Ibu malas nak masak.. meggi ketam. Anyway.. biasanya Ibu akan modify meggi tu semaksima yang mungkin. Perencah pun setakat guna separuh peket je. Setakat nak bau-bau. Ye la bila dah terjun segala alien.. segala exsesori.. perencah tu ntah ada rasa ke idak lagi.

But.. malam sebelum tu ada game bola between MU -vs- Chelsea.. yang itu memang Ibu masak meriah la sikit. Pada Ibu kira meriah la sebab semua nak kena tumis. Errr.. sikit ari lagi "kakak kembo" nak datang menziarah. So.. biasa la kalau mood malas tu mari kan kan..

Meh kita tayang-tayang..

Asam pedas kepala ikan merah
Daging goreng kunyit
Kangkung goreng pedas


Haazem and Uncle Yunos both are Chelsea supporters. Punya la sehati sejiwa sampaikan meja makan yang cinonet tu pun nak share sama. First class view kunun nyer..

Last but not least.. something to ponder..