Tuesday, February 11, 2014

Asam pedas.. stok bunga kantan dah kritikal!!!

Bunga kantan.. ada kata busuk.. ada kata wangi.. ada suka and ada jugak yang tak suka. Selama ni stok yang Ibu bawak ke sini pun cukup-cukup jer. Sebenarnya.. tak banyak mana pun. Sebab macam kurang sambutan.

Tapi kan kan.. off-late ni Amsyar dah pandai pulak appreciate the usage of bunga kantan dalam masak asam pedas or masa buat laksa sardin (version orang malas kan). Dia kata lagi sedap.. lagi wangi.. aduhai anak oiiii.. baru  tau ke??

Makanya.. tahun ni stok bunga kantan kami laju semacam la pulak. Kut dulu cukup penampung sampai cuti summer.. kali ni.. entahlah..


Tapi masak tetap masak.. bunga kantan tetap terjun dalam masak asam pedas Ibu. Selagi ada stok.. kita boh la.. Dah abis nanti.. kita ikhtiar la cara lain pulak.

Sementara tu harap-harap "kawan" yang masih bercuti di Malaysia tu janganlah lupa pulak kiriman Ibu.

Btw.. try jugak kirim ngan Bobby.. tapi dia kata.. market pun takda stok sekarang ni.

P/s;
Pernah dulu Bobby bagi hat yang macam ni.. aci tak??

8 comments:

  1. Sini takda jual bunga kantan TATA.
    Setakat petai, daun kunyit tu ada la sesekali jumpa.

    ReplyDelete
  2. Entah kenapa, kalau asam pedas takder bunga kantan, kurengggg sikit kak kan. Tapi kalau takder, daun limau purut pun ok..daun kariiii pun jalan gak...hehehehehe

    ReplyDelete
  3. Aziela,
    Penah jugak rasa asam pedas guna serai. Sedap jugak. Mcm2 versi ada kann..

    ReplyDelete
  4. cantiknya bunga kantan kembang. baru ni kirim kat kawan dia blk msia. tapi masih tak guna lagi. Duk je dlm fridge.

    ReplyDelete
  5. Farah,
    Simpan jer elok2.. esok lusa tulat bila nak guna.. senang..
    Yg hat bunga tu kalau masak "aroma" nyer mcm kurang sikit. Tp dh sesak2 tu guna saja.. tp mmg cantik laa..

    ReplyDelete
  6. Huhui sedapnya. Td tgk blog kak LG pon masak assam pedas jugak. Kt kg, mak zura berkebun jg tanam pokok kantan. Biasanya jual ke makcik yg meniaga kat pasar pagi je. BTW kakak, terliur nie. Hehehe

    ReplyDelete
  7. Laura..
    Sana senang dpt stok.. yg instant pun byk jual. Menu "tunjuk-tunjuk"..

    ReplyDelete