Monday, February 10, 2014

INAI atau TATU??



Never like them.. and bukan budaya or adat orang Melayu pun. Seingat Ibu.. kalau orang Melayu "berinai", biasanya hanya di bahagian kuku sahaja or at least hujung jari. Tapi sekarang ini ramai orang perempuan (pengantin) memakai inai dengan mengukir ala tatu di tangan. Entahlah..

Pada Ibu (my personal opinion) nampak macam serabut la pulak tengok. Kulit cerah or dark.. dah elok-elok bersih.. pi pulak conteng macam tu.

Some might say art.. seni.. cantik.. entahlah.. for me still.. macam comot jer..

Btw.. mari kita sama-sama fikirkan hadis Nabi ini :

Dari Ibnu Umar ra katanya:
“Bahawasanya Rasulullah s.a.w mengutuk orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambungkan. Dan (Rasulullah s.a.w) mengutuk pembuat tatu dan yang meminta ditatu”. (Hadis bil. 2003 : Sahih Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a Nabi s.a.w bersabda :
“Allah mengutuk wanita yang mempergunakan (memberikan) rambutnya untuk (menyambung) rambut wanita lain, wanita yang menyambung rambutnya dengan wanita lain, wanita yang membuat gambar di kulitnya (tubuh) dengan tusukan dan wanita yang meminta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan (alat pengukir)”.(Hadis bil. 1685 : Sahih Bukhari)

While.. Dato’ Abu Hasan Din Al-Hafiz :
“Inai berukir ala tatu tak boleh. Ia dilaknat Allah. Inai berukir bentuk awan larat atau bentuk gambar itu dalam kategori tatu, kalau nak pakai inai, pakailah betul-betul hujung jari”

Sudah terang lagi bersuluh.. wallahu’alam.

12 comments:

  1. Tahler tgk inai style gini mmg nampak ala tattoo sket kan..

    ReplyDelete
  2. Hubby cukup larang inai camni.. biasalah kan.. gegirl kat umah ni teringin jer nak cuba macam2

    ReplyDelete
  3. We are in the same boat kak. Saya pun tak suka benda macam tu. Sebab sebelum ni saya ada terbaca yang inai macam tu menyerupai tattoo walaupun tak permanent. So each time saya tengok orang buat macam tu dalam hati saya kata mungkin depa tak tahu benda tu kurang elok untuk kita.

    Last saya pakai inai masa sekolah rendah. Lepas tu tak de la nak pakai lagi.

    Sama juga macam arc yang di kenduri kawen sekarang ni. Kalau ada tempat lain memang saya tak masuk lalu arc itu. Rasa lain macam.

    ReplyDelete
  4. agree dgn k.sham….mmg dah ala2 tatu. berlebih2 dlm berhias lagi

    ReplyDelete
  5. Ummu,
    Tu la.. mmg nampak macam tattoo.

    ReplyDelete
  6. Mila,
    Biasa jugak tgk anak2 jiran tepek kat betis la.. kat lengan la.. kids.

    ReplyDelete
  7. TATA,
    Kita bersangka baik sajalah..
    Cuma lps bila dah tahu ni.. pandai2 la bawak diri kan.

    ReplyDelete
  8. Ros,
    Boleh saja kalau nak berhias.. tapi yg dah mcm tattoo ni.. tak buat pun tak apa.. kan kan..

    ReplyDelete
  9. ibu, kita guna inai zaman dedulu buh atas kuku kena cekam @ cagu..mujarab..inai daun giling sendiri la...inai la ni adlh mcm serbuk teh buh kaler..pernah la tanya org yg duk lukis inai lagu ni..depa kata..ni trend..ooo pakat duk ikut trend x peksa dah anak2 zaman la..teguq depa kata tu makcik sebuk... huhuhu....ntah la...moga2 kita kuat utk bersama2 perbetulkan keadaan....

    ReplyDelete
  10. Insya'Allah Kuazue,
    Kalau niat kita ikhlas.. insya'Allah Allah akan permudahkan.
    Pakai inai ni.. kalau ikut sunnah.. dapat pahala.. kalau yg melampau tu.. faham2 sendiri sajalah.

    P/s;
    Pernah gak tegur kaum suku sakat.. biasalah.. even the elders pun kata.. IN TREND..

    Wallahu'alam..

    ReplyDelete
  11. Saya pun tak berkenan kak. So far adik beradik kami semua pakai yang dihujung jari jer. Itupun tak bersungguh sangat. Jangan tidak nak membezakan pengantin. Tak ada pun dalam rukun...kalau tak pakai, sah juga nikahnya kan...

    ReplyDelete
  12. Betul tu Aziela,
    Kut x pakai inai pun, nikah nyer tetap sah..

    ReplyDelete