Saturday, February 8, 2014

Last badge.. anak Ibu dah besar..

At last..


Selepas jenuh dok ding-dong-ding-dong.. Arif hari ni officially enroll karate class just like his 2 other brothers. Lega la sikit kita orang. Bukan la "wajib" pun.. tapi at least untuk self-defence.

Anak-anak Arab (mostly) buas-buas belaka. Lagi pun dah anak jantan kan. Tambah pulak.. pada Ibu elok jugak kalau dia orang ni ada exercise sikit. Bukannya ada main yang lain pun (yang lasak-lasak la). Unless hari Khamis lepas kelas KAFA or main badminton (join the adults).

Anyway.. itu anak-anak kita orang la. Anak orang lain.. lain la caranya..





Lepas karate.. kena rush pulak ke sekolah Amsyar. Ada Parents Teacher Meeting. Memang wajib kena attend la. Time ni jer la nak tau progress anak-anak. Unlike Haazem and Arif.. sekolah dia orang cuma walking distance dari rumah.. so Ibu anytime boleh jumpa cikgu dia orang.

Kebetulan.. ada science exhibition kat sekolah Amsyar. Ibu minat sangat la benda-benda macam ni. At the same time.. tengok-tengok apa yang patut. So next time kalau budak-budak ni kena buat projek.. boleh la pinjam idea.



Under sea projects. Projek anak-anak dari kelas 2. 

Sedia maklum.. di sini.. projek anak-anak.. bibik-bibik yang selalu jadi mangsa. Bukan the parents ya.. tapi.. "orang gaji". Most of the orang gaji di sini especially yang "Pinoy" semua ada cert. As in.. degree. Tapi dah kat negara dia orang kan kerja susah.. tu yang merantau sampai ke sini. Tapi bila dah ada cert tu.. range gaji pun lain la sikit. And dia orang ni pun mana-mana yang ada qualification tu.. biasanya akan jadi Nanny pada keluarga yang berada jugak la. Ni cerita bibik kat sebelah rumah Ibu la.


Spring - Class 4


Jungle - Class 1


Winter - Class 3


Tapi yang paling penting.. notice board. Yang ini memang wajib tengok. Time ni jer la nak tau progress sekolah. Kat sini (mana-mana pun sama kut).. sekolah pun kena scan. Dah banyak sangat private school kan.

Pada Ibu.. walaupun ada cakap-cakap sumbang tang bab hantar anak ke sekolah "Pakistan".. but we have our own stand. Anak kami.. biarlah kami yang mencorakkan.

At the same time try jugak risik-risik kut ada peluang nak pindahkan Haazem ke sekolah ni. Dari Class 2 sampai Class 5 semua dah penuh (Haazem next term dah Class 5). Sekolah Amsyar ni memang strict sikit. Nak masukkan adik-beradik pun bukan setakat kena interview saja.. report card pun dia orang nak tengok. Then kut ada recommendation dari other clubs pun dia orang nak tengok. Macam tu sekali susahnya nak daftar masuk.

Antara sebab sekolah ni jadi tumpuan;
1- Ada IGSE - memang almost every year result IGSE maintain top 5 across Kuwait.
2- Cikgu semua ambik berat pasal students. Setakat mak bapak nak cari gaduh ngan cikgu pasal ANAK MANJA.. wrong school la babe.
3- Principal - memang "terbaik". "Wasta" (kabel/bawah meja) tak main haaa.

Kita orang pun try jugak tadi (untuk Haazem).. and jawapan.. 
"Please come at 6.45am on 4th March for early registration. We shall sent you a letter for any appeal cases".

Aiyooooo!!!!

2 comments:

  1. Under the sea.. under the sea.. lalalalalalala..

    ingat lagu cerita mermaid tu. ahahaha.


    jap kak. gambar karate tu, apakah mendenya yang atas lantai tu? sekali tengok macam dumbbell. what was it?

    ReplyDelete