Sunday, March 30, 2014

Makkah Al-Mukarramah.. kepada Mu kami datang..

Assalamualaikum all,


Buat semua yang mengenali kami..
walaupun hanya di alam maya..

Di sini.. ingin Ibu serta keluarga memohon maaf atas segala salah silap.. terkasar bahasa.. tersinggung perasaan selama pernah kita beramah mesra, berkawan, berbalas komen dan seumpamanya.

Insya'Allah kami akan bertolak ke Makkah untuk menunaikan umrah pada hari ini.

Doakan keselamatan kami.. kesihatan kami semasa kami di sana.

Dengan izinNya.. jika sampai rezeki.. panjang umur.. kita akan berjumpa lagi di sini nanti.

Ilal liqa'

Friday, March 28, 2014

Diam bukan bererti kita tak ingat..

Assalamualaikum all,

Last year Ibu dah buat sekali. Ceritanya..

And tahun ni Ibu buat lagi. Tapi lagi sadis.. Ibu langsung takda bagi indication yang Ibu nak wish adik sorang ni on her birthday. Dalam pada tu.. jari ni gatal jer nak call.. or at least message dia.

Dalam hati rasa bersalah jugak sebab buat peil macam ni. Sure dia dok fikir macam-macam. Well.. as I said.. kami ni tak ramai di sini. And so bila peil-peil pelik macam ni (walaupun setakat wish birthday) akan cepat jadi bahan spekulasi. Tambah pulak kalau ada tut tut tuttttttt..

Anyhow.. selepas 3 hari delayed.. and so malam tadi..


Suka kepalang la adik yang sorang ni. And terjawab la segala benda yang dia dok fikir selama ni. For an example (kata dia laa..)

1- Kak Sham lupa ke?
2- Aku ada buat salah ke?
3- Kak Sham sakit ke?
4- Kak Sham tak nampak ke orang dok wish aku b'day wish?

Morale of the story.. 
1- Kita diam tak bermakna kita tak ambik tahu.
2- Orang keliling jangan jadi batu api pi dok bakar and buat speculation macam-macam.

Nevertheless.. its a good lesson for me too. Jangan buat main dengan hati orang especially on a big day such as "birthday". Orang cepat sentap wooo..

Okey, nak divert sikit. Dari dapur Ibu (hat semalam ni..)

 
Skima nak menghabiskan stok dalam fridge.. aci kan kan..





 

Thursday, March 27, 2014

Life goes on..

Assalamualaikum all,



Plan lain tapi at last masak jadi lain..
Rasa itu benda biasa..

Kebiasaannya Ibu and Cik Asben akan bincang seminggu punya menu yang nak dimasak. Reason - senang nak beli barang dapur.

Kami tak berapa suka pergi shopping barang dapur middle of the week sebab;
1- Tak suka keluar during malam sekolah.
2- Sure nanti terbeli benda yang di luar list asal.
3- Once dah keluar, sure nak makan kat luar jugak.

Minggu ni menu kami lebih ringan.. sebab nak menghabiskan segala stok yang ada dalam fridge. Dan disebabkan dek "extra busy" last week.. ada ikan yang dah umur dua minggu dalam freezer.

Anyhow.. malam tadi terpaksa jugak kami keluar.

And as I said.. once dah keluar sure kena singgah jamu tekak.. and as a result of it..

 

Wednesday, March 26, 2014

Be careful with your word.. be careful with my heart..

Assalamualaikum all,


What would be your first impression??
Especially when you're a Malaysian..
Sure sentap kan..

Likewise..

Cuma selepas beberapa saat (to those yang akalnya panjang) akan pi tanya Cik Gugel or merisik ke Tok Wi or sebarang talian hayat akan kesahihan iklan di atas.

But kepada yang KURANG BERAKAL.. sure akan kata..

- Eewww.. its so freaky
- Scary huh?
- That's so eerie
- LOL
- You have got to be kidding me
- Etc..
- Whatever..

And the list goes on and on..

Meh nak cerita sikit..
This was an example of a post from one of my INSENSITIVE friend on her FB. Mak sentap weii.. to the max..

Then boleh pulak ada follower pi like her post.
Tak cukup dengan tu.. dia selit lagi dengan segala back-link pasal kes China-Malaysia and macam-macam lagi.

Well.. short story.. long story.. minah ni memang rasa dia macam "immune" semacam sebab tiap kali dia post anything ada je yang tukang LIKE or puji or sokong and even komen "may I share this please".

At the same time.. my WA and inbox.. thus whatever medium people can contact me.. mula kena terjah. Semua komen pasal minah sorang ni.

Actually we have this sort of "circle of friends" yang share the same hobby. But.. alhamdulillah.. in that particular group.. once you're a Malaysian.. you're still a MALAYSIAN indeed. And eventually semua mula ngadu the same story to Ibu. SEMUA TAK PUAS HATI DENGAN POST MINAH NI.

Ibu at first memang tak perasan dengan post ni and the moment Ibu pi jer skodeng.. well.. let me tell you this.. only any sickos or bad marketing executive will use this advertisement.

Later bila Ibu pi "study" sikit.. memang the advertisement was a hoax. Hence.. mulalah drama berbalas komen.

Shamsiah Abdul Rahman Dearest all,
I'm, a MALAYSIAN & in NO DOUBT I'm very proud of my very own Malaysian Airline System.. & at this very moment.. I believed.. me.. and more in the world are in great grief due the incident of MH370. I, sincerely think this post is insensitive. For those who believe in GOD, just who are we to QUESTION his judgement. May all the families & the love ones be strong at this moment.

May they find peace in their own way.
While for the muslims.. Al-Fatihah.

To me..
Any responsible.. with brain.. with big heart.. orang yang ada sifat empathy.. and rasa rendah diri.. pendek cerita.. yang SENSITIF.. dan berakal akan mintak maaf and remove the post. Unfortunately.. its still there. Without any apologies.. without any concern.. without any sedikit rasa bersalah pun.

I how do I react?
Okey fine.. your wall.. your right.. your choice.

Me.. maybe its time for me to bukak mata. Bukan semua orang ada perasaan.. sedih.. kesihan.. or whatever yang patut laa bila ada manusia lain dalam dunia ni diturunkan kesusahan.. diberikan dugaan yang sebegini.

Cuma Ibu sedikit "terasa hati" knowing that we've been friends (tho only in Fb with the same hobby) for the past several years.

Sedih tu.. sedih la jugak (knowing that it won't be the same lepas ni). But when you start showing-off you true colors.. maybe its time for me to angkat kaki.

"Tarik diri" from the group.. doesn't mean I've gone nuts or nak tunjuk keras kepala. Cuma its my way telling you.. you're not worth being my friend. Itu saja.

At this very moment.. whatever the consequences.. alahhh.. its only a hobby la babe. Tak kawan dengan ko.. banyak lagi group lain.. Ibu boleh join.

But once ko main-main dengan isu macam ni.. you're so barking at the wrong tree.

Ibu bukan racist.. bukan against other religion.. cuma seorang manusia yang at this very moment tengah rasa sedih dengan "insiden MH370". Belum lagi dengan kisah terbaru di Gaza or di Mesir tu. Kut tak tahu.. pi try buat search sikit. And more important.. ini bukan entri nak mengajak orang "membusuk hati" dengan seorang manusia yang lain.

Uishhhh.. panjang la pulak Ibu membebel kali ni.

Akhir qalam.. macam ni je la.. "to those who believed in GOD".

This is only one of his "dugaan and ujian" yang DIA turunkan untuk kita. Walaupun ko tak kenal anybody on that flight pun.. be sensitive babe. Gunakanlah akal yang Allah bagi tu "a bit wiser" at least. If you're too busy running your life pun.. it won't be a damn harm if you sedekah Al-Fatihah (if you're a Muslim) or express your condolences pada keluarga yang terlibat.

Ini hari dia orang babe.. esok.. lusa.. tulat.. you'll never know.

What comes around.. goes around.

Ilal liqa'..

Tuesday, March 25, 2014

Jika itu sudah ketentuanNya..

Assalamualaikum all,

And life resume as usual.
Begitulah adatnya. Tho' tidak ada cara atau perkataan yang tepat untuk menggambarkan perasaan Ibu pada ketika ini.. namun siapalah kita untuk menolak ketentuanNya.

Semalam.. tak yah cerita la kan. Semua orang dah tau status kapalterbang MH370.

Seperti diriwayatkan oleh Imam An Nasaa’i dari hadis Uqbah bin Amir ra, bahawa Rasulullah SAW bersabda;

“Ada lima perkara, barangsiapa mati kerana lima perkara tersebut, maka ia terhitung mati syahid. Kelima perkara itu adalah : orang yang terbunuh fi'sabilillah, orang yang mati tenggelam, orang yang mati kerana penyakit perut, orang yang mati kerana wabak kolera (taun), dan wanita yang mati kerana melahirkan termasuk syahid fi'sabilillah.

So, sebaiknya sebagai seorang Islam.. kita sedekahkanlah Al-Fatihah untuk para mangsa.

And today.. selepas 2 hari asyik menapau dari Subway and Great Steak.. hari ni Ibu masuk dapur semula. Hence for lunch..
 

 
Alhamdulillah..

Monday, March 24, 2014

Bila larut malam..

Assalamualaikum all,

Korang pernah tak tetiba rasa lapar balik walaupun dah kenyang makan nasik?

Kami ni biasanya makan nasik memang awal la jugak. Biasa dalam jam 7.00 malam la jugak sebab Cik Asben sampai dari offce dalam jam 6.30 petang. Tapi last few nights.. entah apa la pulak.. boleh lapar la balik dalam jam 9.30 tu. At last..

- Khalass -
 
Then malam tadi.. both of us kena stay-up untuk projek kerja masing-masing. Dia buat kerja office and me with "something" la..

Ikhlas.. mabuk dah rasa nak mengedit gambar yang sampai beribu keping tu. Itu mujur Ibu tak kena suruh prepare video.

Anyway.. bila dah berjaga sampai ke pagi tu.. perut mula la berkeroncong mintak diisi.. and hasilnya..
 
- Meggi ayam to the rescue -

Korang pulak macam mane??

Friday, March 21, 2014

Reason not to cook on Friday..

Assalamualaikum all,
 
Tak pernah demand and tak pernah request "cuti" pun. Tapi macam dah terbiasa.. hari Jumaat memang jarang sangat Ibu masak di rumah. Biasanya anak-anak sendiri akan request untuk "tapau" sahaja on the way back from solat di Masjid Ustaz Muhammad. Actually itu bukan nama "masjid" yang sebenar cuma kebetulannya Ustaz Muhammad (rakyat Malaysia) ada masa menjadi imam di sana.. maka terus lekat nama Masjid Ustaz Muhammad.
 
And recently semenjak Bobby makin rajin nak menghantar makanan ke rumah kami.. maka makin rajin jugaklah Ibu menapau dari kedai. Pilihan makanan.. semua home cook by Siamese muslim yang bekerja di sini. Dari nasi goreng udang, nasi goreng Singapore, beef ball noodle soup, lepat pisang, cendol, pulut mangga, wajid (nasik manis) etc.
 
Tapi minggu ni Ibu cuma order lepat pisang, satay ayam, beef ball noodle soup and nasi goreng with shrimp paste (with side-dish - telur goreng, mangga manis, ulam-ulam & sosej). And it all cost me only for 4.600KD. Kira murah la tu.

And biasanya bila Ibu post kat fb.. well.. actually niat Ibu tu nak kongsi info. Kut la ada kawan-kawan yang nak tukar selera kan kan.. tapi ada je mulut sumbang yang kata Ibu dapat komisyen or jadi business partner si Bobby.. ALHAMDULILLAH.

Kut nak tau.. makanan ni semua dimasak oleh those muslim dari keturuan Siam di sini. Ada di antara mereka yang tak semewah "some of us" di sini. Jadi Ibu rasa tak salah kalau Ibu tolong promote business dia orang tu.

The same goes to our fellow Malaysian di sini yang ada buat masak-masak (kecil-kecilan). Ibu selalu jer bagi IKLAN FREE kat fb. Niat Ibu.. at least to those "bujang" or "separa bujang" tau mana nak cari/order Malaysian dishes kut sampai angin "teragak" tu.

Anyway.. pada yang selalu kata Ibu dapat diskaun.. dapat komisyen.. jadi business partner Bobby tu.. alhamdulillah. Ibu "amin"-kan sahaja kata-kata dia orang tu. Tak sikit tercuit or berkudis kat hati Ibu.

Anyway.. meh nak share gambar hasil dari "meng-order" dari kedai Bobby hari ni. Those yang di Tanah Malaya or anywhere else tu maybe payah la sikit nak share the benefit of this info tapi sejak dua menjak ni ada yang sambung cerita kat WA pulak mintak lokasi or info penuh tang hat benda-benda especially bab makan yang Ibu share kat sini.


Thus.. ini skima nak meriak ni.. di sini maybe ada telur itik (baru tau ni).. maybe ada jantung pisang.. tauhu pok (made by Indonesian).. ulam pucuk pegaga.. daun kunyit.. tapi sure KORANG takda belimbing buloh.
 
Mana Ibu dapat.. haaa.. mana lagi kalau tak dari kedai Bobby. But tho' dia order 2kg yang datang cuma 500grams and terus dia reserved untuk Ibu. Knowing that I will appreciate much of these "telimpings" (that's what they call it in Thailand). Ha ha ha.. ko ada??


And during KAFA semalam mulalah ramai kaum Ibu yang mula tanya asal-usul belimbing buloh tu. Ibu jawab.. try order kat kedai Bobby.. khalass..
 

Thursday, March 20, 2014

Mi soto.. the express way..

Assalamualaikum all,

Dah lama jugak tak menggelek mi kuning. Reason - malas.. so Ibu order saja ke kawan tapi bila dah terpaksa.. nak tak nak.. kena gelek sendiri jugak.

Nak beli mi kuning tu boleh jer tapi yang bikin orang Pinoy.. so Ibu.. errrrr.. faham-faham sendiri je la ya..


So setelah berjaya memaksa diri (beserta dengan campur tangan Arif the Cinonet).. maka dapatlah mi kuning sebekas besar. Berapa lama boleh bertahan.. tak la pulak Ibu ketahui. Depend berapa kali pulak Ibu masak. Biasanya.. bila dah ada tu.. asyik nak masakkkkk jer la pulak.

Anyway kut ada yang nak resepi nak buat sendiri mi kuning.. boleh la skodeng kat sini.

Btw.. meh Ibu nak tayang-tayang hasil menggelek mi semalam. Yang ini portion Ibu.. ada taugeh, ada nasik impit, ada so'on goreng, ada carik ayam.. tapi bergedil tak sempat nak buat pulak. Aci jer kan.


And if ada sesiapa nak try resepi mi soto (express) boleh try tengok kat sini.

Anyway, tahniah dari Ibu pada ibu bapa, kakak abang and siapa saja yang ada family ambik result SPM hari ni. Pada yang berjaya.. alhamdulillah and tahniah. As well as jangan lupa buat sujud syukur. Whereas pada yang kurang sikit tu.. cheer up dik. Its not the end of the world.. banyak lagi peluang..

Wednesday, March 19, 2014

Life begin at 40?

Biasa sebut dan dengar.
Mungkin jugak ada yang mengatakan this phrase dimulakan oleh orang barat. Tettttt.. silap tu.. dalam Al-Quran dah terang-terang ada sebut tentang "life begin at 40" ni.

Allah swt. berfirman,

حَتَّى إَذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِى أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِى أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِى فِى ذُرِّيَّتِى إِنِّى تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّى مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ

"Apabila dia telah dewasa dan usianya sampai empat puluh tahun, ia berdoa, “Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim.” (al-Ahqaf: 15)


Usia 40 tahun disebut dengan jelas dalam ayat ini. Pada usia inilah manusia mencapai puncak kehidupannya baik dari segi fizikal, intelektual, emosi, mahupun spiritualnya. Benar-benar telah meninggalkan usia mudanya dan melangkah ke usia dewasa yang sebenar.

Doa yang terdapat dalam ayat tersebut dianjurkan untuk dibaca oleh mereka yang berusia 40 tahun dan ke atas. Di dalamnya terkandung penghuraian yang jelas bahawa mereka; telah menerima nikmat yang sempurna, kecenderungan untuk beramal yang positif, telah mempunyai keluarga yang harmoni, kecenderungan untuk bertaubat dan kembali kepada Allah.

Pada ayat yang lain, firman Allah;


أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُمْ مَا يَتَذَكَّرُ فِيْهِ مَنْ تَذَكَّرَ وَجَاءَكُمُ النَّذِيْرُ

Apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam tempoh yang cukup untuk berfikir bagi orang-orang yang mahu berfikir, dan (apakah tidak) datang kepadamu pemberi peringatan? (al-Fathir: 37)


Menurut Ibnu Abbas, Hasan al-Bashri, al-Kalbi, Wahab bin Munabbih, dan Masruq, yang dimaksud dengan “umur panjang dalam tempoh yang cukup untuk berfikir” dalam ayat tersebut tidak lain adalah ketika berusia 40 tahun.

Menurut Ibn Kathir, ayat ini memberikan petunjuk bahawa manusia apabila menjelang usia 40 tahun hendaklah memperbaharui taubat dan kembali kepada Allah dengan bersungguh-sungguh.

Apabila itu berlaku menjelang usia 40 tahun, maka Allah memberikan janjiNya dalam ayat selepas itu: (maksudnya) Kematangan.

Usia 40 tahun adalah usia matang untuk kita bersungguh-sungguh dalam hidup. Mengumpulkan pengalaman, menajamkan hikmah dan kebijaksanaan, membuang kejahilan ketika usia muda, lebih berhati-hati, melihat sesuatu dengan hikmah dan penuh penelitian. Maka tidak hairan tokoh-tokoh pemimpin muncul secara matang pada usia ini. Bahkan Nabi s.a.w, seperti yang disebut oleh Ibn ‘Abbas:

Dibangkitkan Rasulullah s.a.w pada usia 40 tahun” (riwayat al-Bukhari).

Nabi Muhammad s.a.w. diutus menjadi nabi tepat pada usia 40 tahun. Begitu juga dengan nabi-nabi yang lain, kecuali Nabi Isa as. dan Nabi Yahya as.

Banyak negara menetapkan untuk menduduki jabatan-jabatan elit seperti ketua negara, disyaratkan bakal calon harus telah berusia 40 tahun. Masyarakat sendiri mengakui prestasi seseorang lebih mantap ketika orang itu telah berusia 40 tahun.


Mengapa umur 40 tahun begitu penting.

Menurut Ibnu Qayyim Al-Jauziyah usia manusia diklasifikasikan mengikut peringkat, iaitu;


1) Kanak-kanak (sejak lahir hingga akil baligh)
2) Muda atau syabab (sejak akil baligh hingga 40 tahun)
3) Dewasa (40 tahun hingga 60 tahun)
4) Tua atau syakhukhah (60 tahun hingga mati)

Usia 40 tahun adalah usia ketika manusia benar-benar meninggalkan masa mudanya dan beralih kepada masa dewasa penuh. Kenyataan yang paling menarik pada usia 40 tahun ini adalah meningkatnya minat seseorang terhadap agama sedangkan semasa mudanya jauh sekali dengan agama. Seolah-olah macam satu fitrah di usia ini ramai yang mula menutup aurat dan mendekati kuliah-kuliah agama.


Salah satu keistimewaan usia 40 tahun tercermin dari sabda Rasulullah s.a.s.,


لعَبْدُ الْمُسْلِمُ إِذَا بَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً خَفَّفَ اللهُ تَعَالَى حِسَابَهُ ، وَإِذَا بَلَغَ سِتِّيْنَ سَنَةً رَزَقَهُ اللهُ تَعَالَى الْإِنَابَةَ إِلَيْهِ ، وَإِذَا بَلَغَ سَبْعِيْنَ سَنَةً أَحَبَّهُ أَهْلُ السَّمَاءِ ، وَإِذَا بَلَغَ ثَمَانِيْنَ سَنَةً ثَبَّتَ اللهُ تَعَالَى حَسَنَاتِهِ وَمَحَا سَيِّئَاتِهِ ، وَإِذَا بَلَغَ تِسْعِيْنَ سَنَةً غَفَرَ اللهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ وَمَا تَأَخَّرَ وَشَفَّعَهُ اللهُ تَعَالَى فِى أَهْلِ بَيْتِهِ ، وَكَتَبَ فِى السَّمَاءِ أَسِيْرَ اللهِ فِى أَرْضِهِ – رواه الإمام أحمد


"Seorang hamba muslim bila usianya mencapai 40 tahun, Allah akan meringankan hisabnya (perhitungan amalnya). Jika usianya mencapai 60 tahun, Allah akan memberikan anugerah berupa kemampuan kembali (bertaubat) kepadaNya. Bila usianya mencapai 70 tahun, para penduduk langit (malaikat) akan mencintainya. Jika usianya mencapai 80 tahun, Allah akan menetapkan amal kebaikannya dan menghapus amal keburukannya. Dan bila usianya mencapai 90 puluh tahun, Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan dosa-dosanya yang dahulu, Allah juga akan memberikan pertolongan kepada anggota keluarganya, serta Allah akan mencatatnya sebagai tawanan Allah di bumi. (riwayat Ahmad) 

Hadis ini menyebut usia 40 tahun paling awal memiliki komitmen terhadap penghambaan kepada Allah swt. sekaligus konsisten terhadap Islam, maka Allah swt. akan meringankan hisabnya. Orang yang usianya mencapai 40 tahun mendapatkan keistimewaan berupa hisabnya diringankan. Tetapi umur 40 tahun merupakan saat harus berhati-hati juga. Ibarat waktu, orang yang berumur 40 tahun mungkin sudah masuk senja. Abdullah bin Abbas ra. dalam suatu riwayat berkata, “Barangsiapa mencapai usia 40 tahun dan amal kebajikannya tidak mantap dan tidak dapat mengalahkan amal keburukannya, maka hendaklah ia bersiap-siap ke neraka.”

Imam asy-Syafi’i ketika mencapai usia 40 tahun, beliau berjalan sambil memakai tongkat. Jika ditanya, jawab beliau, “Agar aku ingat bahwa aku adalah musafir. Demi Allah, aku melihat diriku sekarang ini seperti seekor burung yang dipenjara di dalam sangkar. Lalu burung itu lepas di udara, kecuali telapak kakinya saja yang masih tertambat dalam sangkar. Komitmenku sekarang seperti itu juga. Aku tidak memiliki sisa-sisa syahwat untuk menetap tinggal di dunia. Aku tidak berkenan sahabat-sahabatku memberiku sedikit pun sedekah dari dunia. Aku juga tidak berkenan mereka mengingatkanku sedikit pun tentang hiruk pikuk dunia, kecuali hal yang menurut syara’ lazim bagiku. Di antara aku dan dia ada Allah.”

Lantas, apa yang harus kita lakukan menginjak usia 40 tahun?


1. Meneguhkan tujuan hidup
 
2. Meningkatkan daya spiritual
3. Menjadikan uban sebagai peringatan
4. Memperbanyak bersyukur
5. Menjaga makan dan tidur
6. Menjaga istiqamah dalam ibadah

Oleh itu the term "life began at forty", hanya satu pendapat yang cenderung mengatakan kehidupan yang dimaksudkan ialah kehidupan terarah kepada mendekatkan diri kepada penciptaNya dengan sebenar-benarnya. Tetapi satu perkara yang kita harus sentiasa sedar bahawa kematian memanggil kita bila-bila masa tanpa tanda, tanpa alamat dan tanpa mengira usia. Jika kita beranggapan harus menunggu usia 40 tahun untuk baru memulakan kehidupan yang dimaksudkan di atas, maka rugi dan sia-sia lah hidup kita jika umur kita tidak panjang. 

Maksud sabda Nabi Muhammad S.A.W ," Orang yang bijak adalah orang yang selalu mengingati mati".

Ramai manusia tertipu dengan keindahan dunia dan isinya yang bersifat sementara. Sejak Nabi Adam as. sehingga kini, kesemuanya telah kembali kepada Allah swt. tidak kira kaya atau miskin, berpangkat atau tidak. Mengingati mati bukan bermakna kita akan gagal di dunia tetapi dengan mengingati mati kita akan menjadi insan yang berjaya di dunia dan di akhirat. Janganlah menunggu sehingga esok untuk membuat persediaan menghadapi kematian, kerana mati boleh datang pada bila-bila masa.



Wallahu'alam..

Rujukan;
Facebook

Tuesday, March 18, 2014

Secawan tongkat ali.. sepinggan nasi ayam..

Semalam pi la jalan-jalan kat rumah jiran. Then singgah kejap kat rumah adik yang sorang ni. Dah la mata dah terpandang nasi ayam versi "bogel" ni. Arrrrr.. jangan speculate macam-macam. Baca dulu.. baru tahu..

Tapi aduhai.. hati sudah tak keruan pulak jadinya. Bersungguh-sungguh.. tahap kerajinan pun jadi luar biasa. Dengan kadar segera mula godek-godek fridge kut la ada ayam frozen yang boleh jadi mangsa. Tapi.. tak pulak ada.

So nak tak nak.. terpaksa sarung abaya (tu yang paling cepat) and turun pi bakala. Terus ambik satu tray hat peha and satu tray hat kepak. Selesai.

Then mulalah berkira apa nak buat. Masak nasi ayam ni sebenarnya senang.. tapi kali ni mungkin jadi "slow" sikit kut sebab dapur Ibu demam. Entah.. overload kut terus wayar ada yang short.

Dah jadi macam tu.. terpaksa la guna dapur hat yang cinonet ni. Biasa guna nak pi picnic jer. Merangkap dapur emergency jugaklah ni.


Alhamdulillah. Selesai jugak semua proses. Dari buat sup, buat sos cili, masak nasi sampailah ke merebus ayam which later Ibu goreng. Janganlah dikira versi nasi ayam mana pun. Janji.. hajat dah sampai.


And pagi ni tadi.. sempat jugak Ibu buat second round untuk santapan Cik Asben before dia pi office. Bukan susah apa pun.. cuma masak nasik and tambah sup ayam. Khalass..

Monday, March 17, 2014

Memanjangkan rezekinya orang..

Musim and demam memancing datang lagi. Dah 2-3 kali jugak Ibu cerita kan kan.. And baru-baru ni ada kawan hantar sebakul besar ikan duri ke rumah Ibu. Mujur saja dah siap bersiang. Ibu "ngeri" sikit kalau nak proses ikan duri ni. Entahlah.. rupa macam ikan sembilang saja. Tapi.. tang kepala tu macam.. takmo fikir lagi la..


Anyway.. si kawan ni berhajat mintak Ibu masak untuk adik-adik students kita di sini. Ikut catuan mau 2-3 dishes jugak Ibu kena masak ni. So untuk dish pertama.. kita masak asam pedas. Kebetulan pulak stok bunga kantan and daun kesum tengah banyak ni.

And hasilnya..


Seperiuk untuk students di Qurtuba (sekolah menengah) and seperiuk untuk students Kuwait U.

Tapi yang buat Ibu sayu tu..


- Antara gambar yang dikirimkan kepada Ibu -
Masih tak lupa adap makan beramai-ramai macam ni.
Alhamdulillah.

Then untuk dish yang kedua.. Ibu masak pulak sambal tumis petai. But instead guna udang, sotong or ikan bilis.. Ibu ganti dengan ikan duri. Dah itu yang dia orang request.. itulah yang Ibu masakkan.

- tunggu masa nak delivery saja -
 



Sampai saja lauk tu ke asrama rupanya dia orang dah siap masak nasik. Dewan makan dah tutup rasanya. Tu yang kena masak nasi sendiri.

Memang sayulah bila tengok keadaan students ni. Bukannya dia orang tak cukup makan pakai malahan pihak United Nation siap bagi elaun tiap bulan. Tapi dah sebab merantau ke negara orang, dah tentu susah jugak nak merasa lauk-pauk/makanan ikut skima tekak Melayu.

Dan dengan sebab itu jugak, Ibu selalu pesan ke dia orang ni.. kalau ada apa-apa yang berhajat nak makan tu.. bagi tau.. insya'Allah.. ada rezeki akan cuba Ibu tunaikan.

- Pesanan dari pihak Tuan Rumah -
Ini bukan edisi meriak.. tapi cuma nak bagi contoh.. kut kita ada rezeki lebih tu.. panjang-panjangkanlah bersedekah terutamanya pada mereka yang dalam usaha menuntut ilmu. Insya'Allah.. besar ganjaran pahalanya.

Dulu ketara jugak "jurang" antara adik-adik student and kelompok masyarakat Melayu di sini. Banyak jugak faktor yang jadi penghalang. Tapi.. alhamdulillah.. off-late ni jurang tu dah longgar sikit. Mungkin sebab ada "this persatuan" yang ambik berat dan prihatin dengan "kewujudan" dia orang ni.

And.. Ibu secara ikhlasnya.. memang sokong sangat dengan usaha yang dia orang buat tu. Macam kita jugak.. kut kawan-kawan yang jadi ganti keluarga di sini.. dia orang pun macam tu jugak. Kita ni la ganti emak.. kakak.. ayah.. abang.. Sayu weiii..

So janganlah buat peil AKU saja.. cubalah belajar bermasyarakat especially dengan adik-adik students ni. Tak rugi and tak tercuit pun rezeki yang ada tu kalau kita panjang-panjangkan pada adik-adik ni.

Akhir qalam.. assalamualaikum..

Sunday, March 16, 2014

Ibu.. is feeling so freaking annoyed..

Assalamualaikum all,

Semalam Kuwait hujan. Dari cuaca yang mula nak terik tiba-tiba jadi sejuk. Sejuk yang Ibu terpaksa pakai stokin dalam rumah. Siap pasang heater dalam bilik. Tapi Ibu sorang je la. Yang lain steady jer..



Yang kat atas tu gambar yang Ibu ambik masa kami pi lunch while yang kat bawah tu pulak gambar dari wall sorang reporter kat sini. Anyway.. semua tu rahmat Allah.

Tapi dalam kita sejuk siap dok ketar satu badan.. boleh pulak jadi panas bila baca komen sorang budak kecik ni. Bukan sekali.. bukan dua kali tapi dah TIGA KALI.

Kali pertama Ibu delete tapi Ibu pi jugak jenguk dia cuma tak FOLLOW.
Kali kedua Ibu ikut kan jer la kehendak hati dia.
Tapi kali ketiga ni Ibu delete semula.

Mula tu rasa macam nak pi tegur dah tapi rasa dia tak kan baca pun. So lebih baik Ibu lepas geram kat sini. Sure ada yang kata buat apa membebel sorang-sorang. Well.. rumah kita.. kita sendiri adjust la kan.

Meh Ibu nak cerita sikit.

Kenapa Ibu ada header kat atas tu.. sebab Ibu appreciate rakan-rakan yang pernah tinggal jejak kat sini. Ada masa.. sesekali Ibu pi jugak ziarah. Maklum jer la.. bukannya Ibu ni boleh setiap masa pi berjalan ke rumah orang pun.

Kenapa Ibu ada sidebar kat tepi belah kanan tu.. sebab itu antara rumah-rumah yang Ibu suka and kerap ziarah.

But both and most of the time.. Ibu cuma setakat jadi SR (silent reader). Kut dah berderetttttt komen orang tu.. Ibu setakat tumpang lalu jer la. Reason : dah tu semua orang dah kata.. semua orang dah tanya. Tambah pulak bukan bermakna bila Ibu senyap tu.. Ibu tak nak kawan.. haisshhhhh. Anyway.. terpulanglah pada tuan rumah nak mentafsir yang macam mana pun.

Tapi budak kecik ni.. ketuk-ketuk jer rumah kita.. suruh kita follow dia.. datang jer rumah kita.. suruh kita follow dia. Ibu dah follow pun.. siap terpampang muka Ibu kat senarai follower dia.

Apa motif dia nak tambah follower.. Ibu pun tak pasti. Sebab Ibu ni jenis nak kuantiti bukan kualiti.. ehhhh.. terbalik lak.. (saja jer tu - kut la ada yang faham).

Kita ni orang tua.. sikit tahun lagi dah masuk 5 series. End story.. pangkat EMAK pun pada dia dah. So jangan la buat peil budak-budak kat rumah ni.

Yang terpampang kat atas tu pun muka ORANG TUA. So.. walaupun komen tu setakat "cut and paste".. silalah panjangkan sikit akal tu. Be rational.. be logical.. be sensible.. dengan orang tua macam tu ke ko nak bertegur sapa?

Ibu bukan sombong.. Ibu pun bukan setiap masa asyik nak tunjuk negative energy kat setiap entry. Tapi bila dah tak berkenan tu.. Ibu kena cerita la sikit. Nak tegur.. rasanya dah ada pun yang pi tegur dia. And rasa.. macam tak melekat jer.

Sebenarnya.. ada jugak rakan-rakan blogger (even pangkat anak) yang cut and paste komen (with almost similar tune). Singgah sini and mintak kita buat kunjung balas. Insya'Allah.. biasanya Ibu akan DIRECTLY response and act on it. Orang dah sudi ziarah kita kan.. tapi yang sorang ni.. DAH TIGA KALI TU BABE. And how he react on it.. dia tak sedar pun kita dah follow dia. So macam mana la Ibu tak membebel kat sini.

Anyway.. macam biasa..lepas settle lepas geram.. Ibu nak share la gambar lauk cincai-cincai yang Ibu masak malam tadi. Memang serious nyer cincai. Mujur jer tak ada yang komplen. Sebab kata cincai.. entah.. tapi pada Ibu memang dah cincai la.



Partner - ikan kerisi goreng. Sayur pun Ibu tak masak. Betul.. serious nyer cincai tadi. Lepas makan.. rehat lebih kurang terus masuk tidur. Ingat bolehlah extend tidur tapi at last kul 3 pagi celik pulak dah mata.

And kenapa Ibu kata Ibu nak extend tidur.. nanti-nantilah Ibu cerita.


Selamat berhari minggu friends. Kami di sini dah Sunday blues..

Saturday, March 15, 2014

Joran MAK.. happy hours..

Assalamualaikum all,

Semalam sehari suntuk kami berjimba di Pantai Az-Zour. Apa lagi kalau bukan pi mancing. Unfortunately hajat Ibu nak mancing tak kesampaian sebab terpaksa jadi jurufoto terjah untuk hari tu.

Jom kita layan gambar. Sambil-sambil tu nanti Ibu cerita la sikit-sikit.




Penempatan sementara kami. Siap ada yang bawak generator and lampu besar. Lepak sampai ke malam. Plus.. siap bawak dapur kecik. Lepas la kut nak menggoreng ke.. masak-masak yang ringkas-ringkas. Tapi kali ni takda yang bermalam sampai ke pagi.



Tangkapan pertama. 3.5 kg. Cik Abang sorang ni memang "bersungguh" nak menang and at last dia menang kategori ikan terbanyak.

Memang tuah pengantin baru..



Then dapat pulak ikan duri yang beratnya 4 kg. Member lain dah mula cuak. Sebab selain dari kategori ikan terbanyak, pihak penganjur ada jugak sediakan hadiah untuk ikan terberat.
 


Hasil tangkapan anak bujang Puan Munaliza. 2 ekor sotong katak and seekor ikan todak. Masa nak menaikkan sotong tu, ramai la jugak anak-anak kecik yang kena pancut dakwat hitam sotong tu. Tu semua alasan nak mandi laut la lepas tu.

Kan dah kata.. mula-mula celup kaki.. at last.. lencun..





Seperti yang diramalkan.. memang Cik Abang sorang ni conquer both categories. Cuma a bit unfortunate.. lepas tamat masa pertandingan.. baru semua ikan naik. Memang rezeki nak bersedekah la tu. Even asam pedas ikan yang Ibu masak previously tu pun hasil tangkapan kawan yang sorang ni.



Lagi sorang peserta favorite. Cuma yang kami tak sangka tu.. dapat pulak naik seekor anak ikan yu. Berat hampir 8 kg. So kategori ikan terberat, memang dia punya la.


Cuma kami "secara berjemaah" takda sorang pun yang sanggup nak makan ikan tu. So at last, sepakat suara kami setuju lepaskan semula ikan yu tu. And alhamdulillah.. ikan tu masih hidup at the time kami lepaskan ke laut. Cuma, at that time ikan tu macam "pening-pening" la sikit.

Alhamdulillah.. panjang lagi umur ikan yu tu.

Dalam sibuk-sibuk terkejar sana-sini ambik gambar.. gambar family sendiri tak sempat nak snap. Gambar Cik Asben pun sipi-sipi jer. Nevertheless, semua enjoy. And dalam kereta masa nak balik rumah (sejam lebih jugak perjalanan) semua lentok sebab kepenatan.

Maybe ni kali terakhir kami ke Port Az-Zour. Satu.. sebab dah nak masuk musim panas ni. Kedua.. jauh tu babe. Rasanya kami lebih sanggup lepak kat Pantai Shuwaih jer. Tapi tak jugak kut.. sebab sana banyak sangat batu.. asyik sangkut jer mata pancing kami.

Tapi siapa tau kan kan.. kut la ada yang nak buat camp-fire sampai ke subuh..

Ilal liqa'..