Monday, April 21, 2014

Gelang kaki.. Seksi ke?

Once a zion time ago.. ada sorang kawan Ibu ni suka sangat pakai gelang kaki. Dah tu siap ada loceng lagi. Why is that so? Sebab the husband suka la. Eventually.. bila rasa diri dan umur dah tak "trending" lagi dengan the so called "gelang kaki".. maka harta yang sedikit tu pun dileburkan ke bentuk yang lain.

Well.. in the first place.. kisahnya.. bila ditanya.. kenapa pakai gelang kaki. Maka jawab kawan Ibu dengan tune yang sangat ikhlas "sebab suami saya suka". And memang rasa si suami ikhlas dengan pemberiannya sebab tahun demi tahun.. mungkin dengan rezeki yang bertambah.. harta yang melingkar di buku lali kawan Ibu itu jugak semakin $$$$.

Rezeki masing-masing la kan.

Cuma.. bila recently kami berjumpa lagi.. tipulah kalau Ibu tak jeling-jeling pandang ke tempat yang biasa.. suprisingly.. its no more there. Thus terus Ibu tanyakan.. "mana??". terus dia tunjuk Ibu ayat di bawah ni..

Ayat 31 surah an-Nur:

وقوله تعالى {ولا يضربن بأرجلهن} الاَية, كانت المرأة في الجاهلية إذا كانت تمشي في الطريق وفي رجلها خلخال صامت لا يعلم صوته, ضربت برجلها الأرض, فيعلم الرجال طنينه, فنهى الله المؤمنات عن مثل ذلك, وكذلك إذا كان شيء من زينتها مستوراً فتحركت بحركة لتظهر ما هو خفي دخل في هذا النهي لقوله تعالى: {ولا يضربن بأرجلهن} إلى آخره ومن ذلك أنها تنهى عن التعطر والتطيب عند خروجها من بيتها ليشتم الرجال طيبها, فقد قال أبو عيسى الترمذي: حدثنا محمد بن بشار, حدثنا يحيى بن سعيد القطان عن ثابت بن عمارة الحنفي, عن غنيم بن قيس, عن أبي موسى رضي الله عنه, عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال «كل عين زانية والمرأة إذا استعطرت فمرت بالمجلس فهي كذا وكذا» يعني زانية, قال وفي الباب عن أبي هريرة: وهذا حسن صحيح, رواه أبو داود والنسائي من حديث ثابت بن عمارة به.

Berkata Allah swt : “Dan janganlah mereka menghentak kami mereka….”. Pada zaman jahilliah, ketika wanita-wanita itu melalui jalan-jalan atau lorong-lorong, di kaki mereka mempunyai gelang dan tiada sesiapa yang dapat mengetahui (mendengar) bunyinya, maka mereka menghentakkan kaki mereka ke bumi supaya orang-orang lelaki dapat mendengar bunyi gelag itu. Allah swt melarang wanita beriman daripada hal seperti itu. Begitu juga jika ada sesuatu hiasan yang tersembunyi, dan perempuan itu menggerak-gerakkannya untuk menzahirkan apa yang tersembunyi padanya, maka ia termasuk di dalam larangan ini: “ Dan janganlah menghentak-hentakkan kaki mereka…hingga akhir ayat. [Tafsir Ibn Kathir]

And.. terus dia menerangkan pada Ibu bahawa sebenarnya memakai gelang kaki ini bukan satu kesalahan. Yang menjadi kesalahan cuma bila mana ditambah loceng thus loceng tersebut menjadi tarikan dan perhatian pada orang lelaki yang lain. Sama saja kisahnya untuk gelang tangan.

As I always said.. ilmu dihujung jari.. memang banyak ayat Al-Quran, hadis and kitab yang menerangkan dengan lebih lanjut tentang hal ini.

Again.. sedikit diversion.. minum petang kami yang terlajak and pagi ni pulak rezeki dari Uncle Bob and Uncle Chef..



And introducing the new kid in the block.. Baby.. dia jer yang sempat Ibu snap pic malam tadi. Si "Shadow" sibuk dok main dengan my boys sampaikan tak sempat nak posing.



19 comments:

  1. once upon the time saya pun pakai
    tp lama dah tak pakai, barang pun dah xde, hihi

    ReplyDelete
  2. Begitu juga dengan yang memakai kasut tumit tinggi yang bila berjalan berbunyi keletak keletuk tu. Tapi kan kak, saya nie berat extra, tambah getah kat tapak, kejap jer dah haus. Uishh, jenuh. Hehehehehe

    ReplyDelete
  3. dulu pernah merajuk sebab mak tak benarkan pakai gelang kaki, masa itu tak tahu ape lagi kan...mak pesan kalau sekaya mana kamu, belilah gelang dan rantai...pakailah gelang hingga ke siku atau pakai rantai hingga tengkuk tertunduk,....(makai, perumpamaan mak saya ni) tapi jgn sesekali berangan nak pakai gelang kaki...

    ReplyDelete
  4. Irfa,
    Rasa ramai antara kita yg pernah pakai.
    Pakai gelang kaki pun tak salah tapi ada caranya.

    ReplyDelete
  5. Aziela,
    Kalau nak dikiaskan gelang kaki berloceng dengan kisah tapak kasut yang keletak-keletuk tu.. lebih kurang jer.
    Ya'ni segala yg menarik perhatian pandangan hingga menimbulkan "fitnah" sebaiknya dielakkan.
    Mcm yg bekerja.. tak kan la nak pakai sandal or slipper jer kan.
    Again.. pandai-pandai la kan.

    P/s;
    K.Sham lama dah tak pakai kasut macam tu. Guna flat je sekarang ni.

    ReplyDelete
  6. Nasa,
    Mak aiiii.. mmg super power tu.. pakai rantai sampai berat leher. Mmg ada kut. Pandai mak Nasa bg contoh.


    P/s;
    Nak pakai sekarang pun boleh jer.. tak menjadi kesalahan as long as kita tahu batas kita.

    ReplyDelete
  7. Ishh comel betul anak kucing tu, boleh jadi model cat food!

    ReplyDelete
  8. Kalau budak kecik kan kadang tu dipakaikan kasut yang berbunyi-bunyi each time dia menapak. Awal-awal memang okay la, tapi lama kelamaan jadi annoying la pulak. Huhu.

    ReplyDelete
  9. pada zaman dahulu kala……nenek kebayan ros juga memakainya tetapi bila nenek kebayan terbaca info ttg larangannya maka bertindak la nenek kebayan itu mencapaknye ke longkang (hahaha exaggerate le tu klau campak ke longkang)…..itule kita ni kak…klu ada ilmu inshaallah sempurna hidup. btw nenek kebayan tadi masih tercari2 ilmu memenuhi di dadanya yg telah lama kosong, kosong, kosong…..sekian TAMAT

    ReplyDelete
  10. teringin gak nak pakai tapi yg takde loceng la..tapi bila survey harga nya ya ampun! mahai gak ;p terus tak jadiii...

    ReplyDelete
  11. TATA,
    Get use to it.
    Nnt dah ada baby.. common la tu.
    P/s;
    Fungsi loceng tu utk keep-on track on the baby.

    ReplyDelete
  12. Ros,
    Itu nenek kebayan very the vogue one.
    Pandai pulak dia pakai gelang kaki berloceng.

    Insya'Allah.. semoga Allah sentiasa memberikan hidayahNya kepada kita semua.
    One of the adik student kat sini selalu pesan.. "K.Sham actually Islam is very simple.. semua yg kita tanya.. semua ada jawapan".

    The end.

    ReplyDelete
  13. Adik manis Kopiolimauice,
    Pelan-pelan kayuh.. dah jadi macam tu.. mulalah menabung or.. banyak saja option selain dari gelang kaki emas.

    P/s;
    "Satisfaction" yg sebegitu is only lust.
    Bersyukur dgn kemampuan kita.

    ReplyDelete
  14. saya sampai sekarang adore pakai gelang kaki@ rantai kaki emas. Tapi dh lama tinggalkan kesukaan itu sbb hubby x suka pakai emas kat kaki.

    ReplyDelete
  15. Aina ada juga rantai kaki pemberian suami, berloceng tapi dah tekan kepekkan supaya loceng tu tak berbunyi.

    ReplyDelete
  16. comelnya anak kucing tu k.sham!!

    su pun suka gelang kaki.. hehe.. but of cos tanpa loceng2 tu sumer la kan. kalu ada loceng, rasa cam anak kucing lak. hahaha...

    ReplyDelete
  17. Tifa,
    Kita ikut la apa yg dia suka & tinggalkan apa yg dia x suka.
    Ada la hikmahnya tu.

    ReplyDelete
  18. Jun,
    K.Sham pun ada cousin yg buat mcm tu.

    ReplyDelete
  19. Su,
    Anak kucing pakai rantai loceng la.

    ReplyDelete