Sunday, April 20, 2014

10 kesilapan besar yang dilakukan oleh isteri.


Happy weekend friends..

Artikel ni kawan sekolah yang kirim pada Ibu.. untuk bacaan masa senggang katanya.  Ibu tak sempat lagi nak tanya Tok Wi or Cik Gugel tentang kesahihan hadis yang diselitkan. Tapi.. cukuplah untuk menjadi satu "guideline" pada kita especially yang telah memegang status ISTERI.


Antara 10 kesilapan awal yang dilakukan oleh si isteri..

1- Menuntut keluarga yang ideal dan sempurna

Hidup ni bukan selamanya indah. Bukan yang macam dalam novel tu. So berpijaklah di bumi nyata. Menginginkan yang indah itu.. perkara biasa as long as be logical.

2- Nusyus (tidak taat kepada suami)

Nusyus adalah sikap membangkang, tidak patuh dan tidak taat kepada suami. Wanita yang melakukan nusyus adalah wanita yang melawan suami, melanggar perintahnya, tidak taat kepadanya, dan tidak redha pada kedudukan yang Allah s.w.t telah tetapkan untuknya.

Nusyus terdapat dalam beberapa bentuk, di antaranya adalah :

- Menolak ajakan suami ketika mengajaknya ke tempat tidur secara terang-terangan mahu pun secara samar.

- Mengkhianati suami, misalnya dengan menjalin hubungan gelap dengan lelaki lain.

- Mengizinkan seseorang yang tidak disenangi suami ke dalam rumah.

- Lalai dalam melayani suami.

- Membazir dan menggunakan wang secara tidak sepatutnya.

- Menyakiti suami dengan tutur kata yang buruk, mencela dan mengejeknya.

- Keluar rumah tanpa izin suami.

- Menyebarkan rahsia-rahsia suami.

So, dah tahu ni.. berpada-padalah. Jangan disebabkan kepentingan diri sampai kita jatuh dalam sifat-sifat nusyus pulak.

3- Tidak menyukai keluarga suami

Kita kena akur yang sebagai anak lelaki adalah menjadi tanggungjawabnya melebihkan ibunya (3 kali) lebih dari si isteri. Ada masa berkahwin dengan si suami bererti kita jugak berkahwin dengan keluarganya. Pahit.. kelat.. whatever it is.. redha-lah dengan keadaan dan status kita sebagai isteri.

4- Tidak menjaga penampilan

Wohoooo..
Clause yang paling best nak cerita. Banyak masa and ramai di antara kita cuma berhias semasa di luar dan ini “jatuh” untuk pandangan orang luar. Ayat cliché.. “kalau saya cantik.. abang jugak yang tumpang dapat nama”.

Walhal sepatutnya kita ni berhias untuk “suami sahaja” sebab dia yang berhak.

Tapi bila di rumah.. dengan rambut ikat satu, baju kelawar, bau ikan goreng. Kejam kan ayat Ibu.. tapi Ibu pun tak nafikan ada masa pun Ibu macam tu jugak.

But if can.. bila si suami dah nak balik tu.. pandai-pandailah bawak diri. Siapa tak suka tengok isteri cantik babe..

5- Kurang berterima kasih/bersyukur

As simple as.. janganlah mintak benda-benda yang di luar kemampuan si suami. Jangan pulak sampai ke tahap si suami kena berhutang sebab nak menyampaikan hajat isteri. Dengan bersyukur, insya’Allah, nikmat Allah akan bertambah.

“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.”

6- Mengingkari kebaikan suami

“Wanita merupakan majoriti penduduk neraka.” Demikian disampaikan Rasulullah s.a.w.
 
Ajaib.. wanita sangat dimuliakan di mata Islam, bahkan seorang ibu memperoleh hak untuk dihormati tiga kali lebih besar dari si ayah. Makhluk yang dimuliakan, namun malah menjadi penghuni majoriti neraka.

How is that so?

“Kerana kekufuran mereka,” jawab Rasulullah s.a.w ketika para sabahat bertanya mengapa hal itu terjadi. Apakah mereka mengingkari Allah?

Bukan, mereka tidak mengingkari Allah, tapi mereka mengingkari suami dan kebaikan-kebaikan yang telah dilakukan oleh suaminya. Andaikata seorang suami berbuat kebaikan sepanjang masa, kemudian seorang isteri melihat sesuatu yang tidak disenanginya dari seorang suami, maka si isteri akan mengatakan bahawa ia tidak melihat kebaikan sedikitpun dari suaminya. Demikian penjelasan Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan Bukhari (5197).

“Maka lihatlah kedudukanmu di sisinya. Sesungguhnya suamimu adalah syurga dan nerakamu.” (HR. Ahmad)

7- Mengungkit-ungkit kebaikan

Setiap orang tentunya memiliki kebaikan, tak terkecuali seorang isteri. Yang jadi masalah adalah jika seorang isteri menyebut kebaikan-kebaikannya di depan suami dalam rangka mengungkit-ungkit kebaikannya semata.

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima).” [Al Baqarah : 264]

Abu Dzar r.a meriwayatkan, bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w bersabda ada tiga kelompok manusia di mana Allah tidak akan berbicara dan tak akan memandang mereka pada hari kiamat. Dia tidak mensucikan mereka dan untuk mereka adzab yang pedih.”

Abu Dzar r.a berkata, “Rasulullah s.a.w mengatakannya sebanyak tiga kali.” Lalu Abu Dzar bertanya, “Siapakah mereka yang rugi itu, wahai Rasulullah?” Beliau menjawab, “Orang yang menjulurkan kain sarungnya ke bawah mata kaki (isbal), orang yang suka mengungkit-ungkit kebaikannya dan orang yang suka bersumpah palsu ketika menjual.” [HR. Muslim]

8- Sentiasa sibuk di luar rumah

Seorang isteri ada masanya memiliki banyak kesibukan di luar rumah. Kesibukan ini tidak ada salahnya, asalkan mendapat izin suami dan tidak sampai mengabaikan tugas dan tanggung jawabnya.

Jangan sampai aktiviti tersebut melalaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Jangan sampai amanah yang sudah dipikulnya terabai.

Being career women and a wife as well as a mother.. when you’re juggling between time.. Ibu angkat tangan. Tapi semua kena ada batasnya. Bukan mudah but..

9- Cemburu buta

Cemburu itu lumrah hidup. Makanan si isteri tapi perlu ada batasnya. Cemburu yang disyariatkan adalah cemburunya isteri terhadap suami kerana maksiat yang dilakukannya, misalnya berzina, mengurangi hak-hak si isteri serta menzalimi si isteri. Jika terdapat tanda-tanda yang membenarkan hal ini, maka ini adalah cemburu yang terpuji. Jika hanya dugaan belaka tanpa fakta dan bukti, maka ini adalah cemburu yang tercela.

10- Kurang menjaga perasaan suami

Kepekaan suami mahu pun isteri terhadap perasaan pasangannya sangat diperlukan untuk menghindari terjadinya konflik, salah faham dan rasa tersinggung.

Seorang isteri hendaknya sentiasa berhati-hati dalam setiap ucapan dan perbuatannya agar tidak menyakiti perasaan si suami, ia mampu menjaga lisannya dari mencaci dan mengkritik. Isteri selalu berusaha untuk menampakkan wajah yang ramah, menyenangkan, tidak bermuka masam, dan menyejukkan ketika dipandang suaminya.


Well.. there you have it. 10 perkara yang biasa kita dengar.. ada masa jugak mungkin kita anggap remeh. Namun impaknya hanya yang mengalami tahu akan kesudahannya.

Aside from this long reading, Ibu nak share pics.. as usual gambar benda-benda yang Ibu dah masak la kan.



Gambar atas;
- Ayam goreng
- Gulai daging salai dengan pucuk ubi
- Ulam pucuk pegaga
- Telur dadar goreng pedas

Gambar bawah
- Mee suah goreng black pepper

Hari ni.. tak tahu nak masak apa lagi..

19 comments:

  1. salam ibu, nak tanya...mee suah tu mee sanggul ker...yg keras tu..

    ReplyDelete
  2. Alaikumsalam Nani,
    Dah betul la tu.
    Ada panggil mi sanggul. Ada panggil mee suah.
    Cuma sebab di sini supplier dari keturuan Siam, so kami pun terbiasa panggil mee suah.

    ReplyDelete
  3. assalam...semoga kita semua mendapat redha suami selalu..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum wbt Kak Sham.

    Dalam banyak² tu yang no. 1 si dia dah remind saya dulu. Itu yang paling awal. Kemudian yang no. 4 dia dah pesan jangan berhias or bermakeup di luar rumah. Dan no. 6 dia memang pantang kalau tak dengar cakap dia.

    Semua tu dia cakap awal² sebab dia tak nak saya tertipu kemudian hari dan dia nak saya readykan diri untuk jadi isteri dia.

    InsyaAllah saya harap agar saya dapat jadi isteri yang baik untuk dia.

    ReplyDelete
  5. Alaikumsalam wbt Nasa,
    Insya'Allah.. redha suami itu syurga kita.

    ReplyDelete
  6. Alaikumsalam wbt Iera,
    Salam ukhwah dr K.Sham juga.

    ReplyDelete
  7. Alaikumsalam wbt TATA,
    Awal2 lagi dia dah bagi "speks" si isteri yg dimahukannya.
    Pandai-pandailah bawak diri dik.

    ReplyDelete
  8. no 1 tu dah melambangkan kesemuanya.. apa2 pun smga si isteri berusaha utk menjadi yg terbaik sbgai suri di hati suami ;)

    ReplyDelete
  9. Saya akan berusaha sebaik mungkin untuk menjadi isterinya yang terbaik, Insya Allah.

    ReplyDelete
  10. Kopiolimauice & Aziela,
    Insya'Allah..

    ReplyDelete
  11. lama x makan ulam pegaga
    masa pantang mmg ulam tu jelah ari2 makan, siap mak buat jus pegaga lagi

    ReplyDelete
  12. Subhanallah..

    Irfa,
    Setakat mkn ulam tu.. K.Sham sanggup lagi. Tapi kalau minum jus.. errrr..

    ReplyDelete
  13. K Sham, I thought that was supposedly have characters in wife, isn't it?

    ReplyDelete
  14. TATA,
    Character is what make you strong and firm.
    As long as jangan sampai ke tahap "menderhakai" si suami.

    Ingatlah.. dijadikan kaum Hawa ini dari tulang rusuk yang paling pendek dan sedikit terbengkok. Dgn sebab itu secara spiritual-nya, perempuan ini byk angin.
    (sifat kita yg banyak songeh.. blh cari dlm Al-Quran)

    Jika kita tidak mampu mengawal "angin" kita.. itulah sebenarnya yg byk menjadi masalah pd sebuah institusi perkahwinan.

    ReplyDelete
  15. Thanks Kak Sham for the clarification. Really need it and really appreciate it.

    ReplyDelete
  16. insyaAllah kita berubah utk yg terbaik

    ReplyDelete
  17. Cermin2 diri banyak jugak nak kena perbetulkan diri...

    ReplyDelete
  18. Do you have a list for the husband version of this please?

    ReplyDelete