Friday, April 18, 2014

Macam bagus jer..

Wohoooooo..

Ada orang tetiba kata Ibu ni sejak dua menjak balik dari umrah ni macam sedikit esktrim la pulak. Especially yang kenal luar and dalam alam ber-blog-ing ni. Iyeeeee ke??

Rasa macam sama jer.

Kut la ada yang rasa Ibu macam nak tunjuk alim.. alhamdulillah. Benda baik tu. Tapi Ibu masih jauhhhhhh sangat lagi dari kategori tu. As I always said "masih banyak hu-ha-hu-ha".

Di luar.. Ibu masih pakai jeans. Masih pakai blause.. masih pakai tudung yang macam langsir tu. Tak ada la pakai jubah/abaya setiap masa. Macam bab tudung tu ada masa kaler pun masih yang terang-benderang.

Dalam Islam sebenarnya tidak berapa digalakkan ya'ni makruh memakai pakaian yang mudah menarik perhatian "mata" especially mata kaumnya Adam. Silap-silap boleh timbul fitnah mata (zina mata). Tapi bab jubah/abaya.. Ibu akui.. pilihan Ibu sememangnya very dull. Takda la the blink blink macam separuh orang tu. Dah taste Ibu macam tu.

Then.. kalau kenal Ibu personally.. silap-silap kalau dengar Ibu gelak.. ada yang boleh sakit jantung. Serious.. bak kata kawan-kawan "yang tertentu".. Ibu gelak macam Encik Seh Tan. Masa bila dia dengar itu Encik Seh Tan gelak sampai boleh disamakan dengan Ibu.. Ibu pun tak tahu... scary tu babe..

Anyhow.. most of the entries yang Ibu post.. Ibu rasa.. very mild sebenarnya. Contoh - hukum berinai.. hukum membela kuku panjang and yang recent.. memotong rambut dengan non-muslim.. itu semua benda-benda harian yang kita biasa jumpa.

Nak discuss bab macam hukum mengambil wudu' cara Mazhab Hambali (walhal kita all the while ikut Mazhab Shafe'i) itu bukan bidang Ibu nak membincangkan. Yang hat tu.. kena yang "arif" la. Silap-silap bagi fatwa.. huissshhhh.. sendiri jawab la kat akhirat nanti. Bab berwudu' cara Mazhab Hambali ni biasa timbul to those yang takut batal air sembahyang semasa berada di tempat orang yang terlalu ramai. Misalnya.. semasa mengerjakan tawaf. Ibu pun tak khatam lagi sebenarnya..

Yang Ibu meroyan pasal "life" kat sini tu.. itu biasa la. Mana yang elok.. Ibu sokong.. mana yang kurang baik tu.. arrrrr.. yang tu jangan ikut la. Still.. its all from my perspective. My own and personal opinion. Ada orang boleh terima.. ada orang kata.. eiii.. apa la kolot sangat.

Yet.. tak jadi kudis pun pada Makcik. Tell me.. korang nyer blog pun bukan setiap masa skima baik melampau kan. Ada masa.. ada jugak hati yang tercuit.. ada hati yang terguris. And that makes you HUMAN.

But being HUMAN.. tak boleh la kata "aku boleh buat silap then boleh taubat". Sebab fungsi taubat ni is only applied when you tak tahu.. you buat salah.. then bila you tahu.. you bertaubat.

Tapi kalau you tahu benda tu salah and still you buat.. itu between you and Allah la babe. Still Makcik is in no position "at all" nak kata you salah or betul. Or nak jatuh hukum kata taubat you Allah terima or not. Sedangkan ada orang kafir yang dah nak mati.. tapi during his/her last breath dia mengucap and bertaubat Allah terima taubatnya and terus masuk syurga (ada la benda baik yang dia buat tu).. inikan pulak kita yang Muslim ni.

Ingatlah.. as long as ada sebesar zarah kepercayaan terhadap Allah and you beriman dengannya.. lambat punya lambat punya lambat pun tetap akan masuk syurga. Itu janji Allah babe.. untung jadi umat Nabi Muhammad s.a.w ni.

But again.. kalau ada yang dengan tune "semacam" keluar statement kata.. "saya rasa perempuan yang tak pakai tudung tak patut masuk neraka".. or "andai kemban membawaku ke neraka, aku redha".. There is something very wrong there. Sebab dah berlambak dalil mengatakan rambut tu jatuh dalam kategori aurat.. or spesifikasi "aurat" wanita di mata lekaki. Jangan main lepas cakap.. for its very closely related with your akidah..

Ishhhh.. jauhnya menyimpang.

Sebenarnya.. the rational of this entry.. cuma nak kata.. Ibu ni pun manusia biasa. Ada perasaan.. ada angin.. tahu gelak.. tahu marah.. tahu nak have fun.

So nanti.. kut la terserempak dengan Ibu masa Ibu balik cuti summer ni and "tertengok" Ibu pakai jeans dengan long sleeve tee.. tudung langsir and sport shoes tu.. janganlah terkejut pulak.

Or kalau terserempak tengok Ibu tengah lepak minum sambil makan kek kat Secret Recipe (most of the time dengan Omak sey).. or melepak kat Pizza Hut dengan SIL.. or berjimba kat mana-mana dengan those and whom I call "friends" sambil gelak-gelak.. common la tu.

Tiket dah beli ni.. tu dengan "yakin" kata Makcik ada kat Tanah Malaya summer ni. Insya'Allah.. semoga ada lagi hayat Ibu time tu..

Ibu pun bukan sempurna. Masih dalam kategori belajar. Dah banyak sangat buat tuttttt.. dah tetua ni.. sementara Allah nak bagi pinjam nyawa.. try la buat apa yang patut.

Sementara tu kut ada yang terasa.. terpedih.. tersinggung or segala yang ter ter terrrrr tu.. hanya yang mampu Ibu buat.. pohon maaf.. yettttt.. ada yet tu.. mana yang betul tu tetap betul la kan.. cuma mungkin cara Ibu korang tak boleh terima. Sebab sejujurnya.. in reality.. Makcik ni garang babe..

Itu jer nak story..

Ilal liqa'..

13 comments:

  1. Salam ukhwah..salam perkenalan.. 1st Blogwalking time sampai sini.. salam dari MyCherita

    ReplyDelete
  2. Ada aku kesah orang nak cakap aper?hehehe, manusia tidak pernah puas ibu...apa pn yg kita buat pasti jadi bahan gosip, benda baik ker, banda jahat lagi lah...tapi apa pun sentiasalah belajar untuk menjadi baik..

    ReplyDelete
  3. Saya tahu Kak Sham garang. Tapi pada saya, itu tegas, bukannya garang. Honest. Jujur...itu yang penting. I am comfortable being here in your blog, kak. Eeerrr,,,nak balik yer? Sampai raya yer kak? Weeeiiiii...sonotnyaaa.

    ReplyDelete
  4. Alaikumsalam MyCherita,
    Salam ukhwah jua dari K.Sham.
    T.kasih sudi singgah & insya'Allah akan berbalas ziarah.. soon.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah Nasa,
    Manusia bukan perfect tapi mencuba utk menjadi sempurna atau mencari kesempurnaan ada suatu tugas.
    Malah ia juga satu ibadah bagi kita.

    Insya'allah.. semoga Allah terus merahmati kita.

    ReplyDelete
  6. Aziela,
    Insya'Allah.. sampai rezeki mid-June and sampai raya kami akan berkampung di Tanah Malaya.

    Kut terserempak kat mana-mana.. tegur-tegurlah ya.

    ReplyDelete
  7. Kak, tudung langsir tu beli di sana atau di Malaysia?

    ReplyDelete
  8. Semua import tang sana la TATA.
    Ada masa.. ada yg balik kejap2 tu.. ada la yg bawak sini utk berjual pulak.
    Ada masa K.Sham order online. Then bila ada yg balik sana K.Sham tumpang dia bawak ke sini.

    ReplyDelete
  9. Kakak, kita manusia. Tak sempurna. Biarlah apa yg dikata org kan? Huhuhuhu. Balik mesia eh? Mesti hati banyak gumbira nie. Hehehe

    ReplyDelete
  10. alahai terlewat sehari nak dengar ksham membebel….btw personally i love big sister yg membebel straight forwards ni rather than pretend baik tapi hati masyaallah ada bau…bestnye ksham balik malaya, bila date? kami nak blk gak ni (heheh!!!!xnak kalah gak dgn ksham)….xde laaaaaa, untung2 terserempak @airport blh bertentang mata, ahaks!!!!

    ReplyDelete
  11. Laura,
    Hati manyak gumbira.. ada manyak munga-munga..
    Dok pangkah kalender ni dikkk..

    ReplyDelete
  12. Ros,
    Mid of June.
    Akak kena ambik tugas jadi bibik jaga anak SIL.
    Wohoooo.. ada yg menjerit jadi tarzan muslimah nnt ni.

    P/s;
    Jumpa kt epot.. kita ber-selfie la.
    Kan tgh trending skarang ni.
    Very derrrr..

    ReplyDelete
  13. Nak dating dengan saya jugak tak?

    Kita manusia biasa, pelan2 berubah tak salah berubah ke arah kebaikan tak guna berubah secara drastik dan pada akhirnya kembali kepada asal.

    ReplyDelete