Tuesday, April 8, 2014

Rawdah - Taman Syurga

Assalamualaikum all,


Cerita dalam kawasan Rawdah..

Ini bukan edisi meriak.. tapi ikhlas "cakap" dari orang tua yang entah sampai bila Allah bagi menumpang hidup atas dunia ni. Ikhlas menegur untuk yang sudi ditegur as well as teguran untuk diri sendiri jugak.

Entri ni Ibu "up" sebab cuping telinga Ibu ada dengar orang sembang kat belakang masa dalam Rawdah tu hari. Memang Ibu takmo toleh ke belakang la.. cukup la apa yang Ibu dengar tu saja.

Meh Ibu nak share plus cerita sikit ni.
Pada yang dah pernah sampai ke Rawdah.. sure tahu macam mana "susahnya" nak sampai ke sini plus solat dalam kawasan "karpet hijau". And pada yang belum sampai lagi tu.. ini nasihat Ibu..

1- Janganlah ambik jalan singkat dengan tips yang kononnya pakai jubah ala-ala minah Arab dengan beg MAHAL.. boleh senang dapat masuk and solat dengan selesa. Ini rumah Allah.. bersihkan hati tu. Janganlah dibawak segala "gerak hati" yang tak baik tu. Allah kenal kita luar dalam. Dan dengan sebab tu.. tak perlulah nak "berdrama" macam-macam. Pakai je telekung macam biasa. Kalau rezeki kita ada.. adalah tu. If not.. pakai jubah berjela pun.. belum tentu dapat solat kat depan sekali.

2- Tok sah laa bersembang tentang hal-hal dunia sementara menunggu giliran masuk ke Rawdah. Ini peluang kita nak buat amal. Bulan depan.. tahun depan.. entah dapat entah tidak kita ke sana lagi. So.. sendiri mau ingat laa.

Contoh - aku ni SM kat bank ni.. aku ni HR boss yang jaga unit itu ini.

Ada baiknya masa kita menunggu tu baca doa banyak-banyak.. mintak dilapangkan peluang untuk kita solat dalam kawasan Rawdah tu nanti.. or since masing-masing ada gadget canggih-manggih yang boleh instal macam-macam dalam phone.. baca Quran (biar pun dapat setakat 1-2 ayat). Itu lebih afdhal.

Nak sembang.. lain kali pun boleh kan..

3- Being selfish nak solat sampai berpuluh kali. Fikirkan jugak keadaan jemaah yang lain. Bukan 2 rakaat.. bukan 20 rakaat yang Allah mintak. Tapi "keikhlasan" kita. Semua orang yang masuk ke sana.. semua dengan hajat yang sama. Bila kita permudahkan urusan orang lain. Ingatlah.. insya'Allah.. Allah jugak akan berbuat yang sama untuk kita.

4- Kut laa kita tiba-tiba ada orang tua mintak tolong "bawakkan" dia ke dalam Rawdah.. maybe sebab dia memang solo.. maybe sebab dia terpisah dari group. Macam-macam sebab laa kan.

Mungkin itu dugaan kita. Kita tak tahu "siapa" yang kita tolong tu. So jangan fikir.. "nak lepas diri sendiri saja". Ada masa.. yang kita bawak tu.. mungkin "rezeki" kita yang sebenarnya.

Mungkin ada yang terasa.. tapi as I said.. Ibu ikhlas menegur.

Percaya tak??
Inilah sahaja peluang kita nak sepenuh hati beramal sebenarnya. Sebab - bila kita dah balik ke tempat asal.. masing-masing dah sibuk semula dengan hal dunia. Sibuk dengan anak-anak.. sibuk dengan hal-hal dunia yang lain.. sibuk yang macam-macam..

So.. kenapa mesti kita bazirkan or lepaskan peluang ni dengan bersembang yang nadanya "aku lebih bagus". Buat kerja yang biasa kita buat dalam masa senggang.

Kan lebih bagus kalau kita perbanyakkan kenal diri sendiri. Kut dulu susah nak cari masa nak baca Quran.. ini takda siapa nak larang kita. Kut dulu kita liat nak solat awal waktu.. waktu ni kita boleh senang-senang berebut nak duduk saf depan sambil berjemaah.

In short.. ini peluang untuk kita beramal.. so kenapa kita lepaskan??

Kut laa ada yang "terguris.. terhiris".. Ibu mintak maaf. Ibu bercerita ni atas dasar pengalaman. Bukan nak tunjuk baik.. tapi dalam masa yang sama.. paling tepat.. menegur diri sendiri. Cuma Ibu panjangkan "leteran" tu ke sini semoga ada yang dapat tumpang menafaat.

Tak salah kita saling tegur-menegur kan.. saling ingat-mengingat..

P/s;
Tau tak makna "tanah haram" tu?
Itu maknanya.. haram berbuat maksiat.. so.. tak faham lagi ke?


Akhir qalam.. assalamualaikum..

15 comments:

  1. Perkongsiaan yang bagus...nak minta tolong doa2kan saya dan hubby dapat rezeki jejakkan kaki ke sini suatu hari.

    ReplyDelete
  2. k.sham….tak pernah terfikir yg no 1 tu org blh fikir nak buat…geng2 pasir berdengung camtu ekk? hahaha!!!!sabor jelah. kami yg asean taste ni mmg low profile je k.sham rasanya……. btw mmg agree point2 k.sham tu….yg bersembang tu mmg terasa satu kerugian yg amat especially @area raudhah (saya anak tanya nape nangis pun diam jeeeeee). pepepun semoga kita ikhlas la dlm semua segi pun, inshaallah

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Kak Sham..

    Pertama kali saya komen di sini, selama ni jadi silent reader sahaja :D

    Menarik entry kakak ni. memang sesuai sebagai peringatan. Insya Allah jika ada rezeki ke sana akan di amalkan mana yang baik dan tinggalkan mana yang tidak baik.

    Doakan semoga kami dapat menjejakkan kaki ke Tanah Suci.

    ReplyDelete
  4. kak sham.. sebak baca entri ni
    YaAllah rindunya nak solat kat taman raudhah lagi,

    ReplyDelete
  5. Nasa Mulia,
    Masa entri ni K.Sham post, kami dah pun selamat sampai ke Kuwait. Tapi insya'Allah.. setakat nak doa utk adik2 tu.. akan K.Sham usahakan A.S.A.P.

    Mcm kata KAKAK K.Sham, nak berdoa.. insya'Allah.. mana2 pun boleh (tp jgn lah dlm toilet).. makbul atau tidak.. itu bukan urusan kita. Hanya DIA yg maha mengetahui.

    ReplyDelete
  6. Ros,
    Point bab pakai jubah berjela tu.. K.Sham dengar dr org "di belakang" masa kat luar pintu Raudah. Jemaah dari Malaysia rasanya.

    Biasa kami Malaysian yg dtg dari Kuwait ni simple jer.. setakat beg galas nak isi civil i.d & slipar jer (at least K.Sham la).

    ReplyDelete
  7. Ms Figure,
    Insya'Allah.. mana yg dirasa elok tu.. elok lah..
    Yg tak elok tu.. pandai2 la kita fikir & scan sendiri kan kan..

    ReplyDelete
  8. Irfa,
    Takda seorang pun Hamba Allah yg waras yg takkan sedih.. takkan sebak kalau mengingat semula betapa indah dan beruntungnya jika dapat menghadirkan diri ke Tanah Haram.. ke rumah Allah.

    Bi'iznillah.. semoga akan sampai lagi peluang itu utk Irfa & keluarga.

    ReplyDelete
  9. kak Sham, siapa aweks yang dalam gambar tu? comel nya! ter jatuh chenta la pulak gue.


    hahaha

    ReplyDelete
  10. kak Sham, siapa aweks yang dalam gambar tu? comel nya! ter jatuh chenta la pulak gue.


    hahaha

    ReplyDelete
  11. Yang itu Zana.. anak Pak Yusran.
    Budak sangat lagi tu.
    Ngaji pun tak abis lagi.

    ReplyDelete
  12. Betul kak...betulll sangat2. Untuk orang2 yang tak pernah berpeluang macam saya, saya rasa semua itu adalah masa dan peluang yang sangat berharga...

    ReplyDelete
  13. Aziela,
    Kalau pun ada yg dh sampai sana berpuluh kali.. tempat beribadat spt itu tak sepatutnya kita ambik mudah. Setiap peluang yg ada.. "rezeki" nya lain-lain.

    ReplyDelete
  14. Bilah saya dpat nak solat kat situ kak...

    ReplyDelete
  15. Insya'Allah.. semoga hajat & doa June Allah tunaikan..

    ReplyDelete