Tuesday, April 8, 2014

Rezeki Allah bagi..

Assalamualaikum all, 

Kali ni kita cerita bab makan-makan pulak. Ringan sikit. Asyikkkk membebel jer.. orang pun bosan nak baca.. kut laa ada yang nak baca.

Kita selalu dengar and sebut "nawaitu lil'lahi taala".
Bi'makna.. (in layman term).. "niat" kita demi Allah sahaja. Sebut senang tapi kuasa makna perkataan tu atau impak nyer memang cukup kuat. At least pada Ibu laa.

Bercakap dari pengalaman..
First time masa nak pergi Tanah Haram.. Ibu mintak dilapangkan dan dipermudahkan urusan "kerja" sebab masa tu Arif masih kecik sangat lagi. Baru tiga tahun. Kalut tak menentu. Takut anak nangis masa solat laa.. risau dia pi merayau laa. Rupanya.. biasa jer budak menangis dalam masjid. Orang takda laa nak suruh diam ke.. tunjuk jari suruh senyap ke.. marah anak nangis ke..

Shopping wise.. langsung tak terdetik time tu. At last Allah makbulkan.. sebijik kurma and sebotol air zam-zam pun Ibu tak ingat nak beli. Mujur saja Ustaz Mizi sempat pesan beli serba sikit untuk buah tangan kawan-kawan di Kuwait. If not memang kami balik tangan kosong laa.

Second time..
Antara hajat Ibu.. minta disampaikan segala yang Omak sey and Ayah nak makan.. nak beli or nak buat.. sebab time tu Ibu pergi dengan dia orang sahaja. Memang betul.. duit memang laju macam air.. pantang terdetik nak makan itu ini.. lepas sahaja solat terawikh Ibu akan cuba dapatkan. Alhamdulillah.. sampaikan ke mesin gelek mee pun Ibu beli time tu.

Third time..
Unlike orang lain.. mungkin doanya nak hotel selesa.. nak itu selesa.. nak ini selesa.. tapi Ibu mintak.. Ibu nak makan itu and makan ini or at least permudahkan bab "makan" Ibu semasa di sana. Hasilnya.. Ibu balik ke Kuwait dengan KILO bertambah. Sedap saja selera Ibu masa di sana. Macam yang Ibu selalu kata.. Ibu "kurang" suka makan sambal bilis. Tapi kali ni.. sedap jer Ibu makan. Tak ada loya.. tak ada muntah. Alhamdulillah.

Okey.. meh Ibu tayang-tayang sikit pics makanan yang sempat Ibu jamah masa di sana.






Siapa yang tak tahu dengan Restoran D'Saji (betul kan ejaan tu..). Senang cerita restoran Melayu. Kat Kuwait mana nak jumpa roti telur.. tapi dengan izin Allah.. sampai jugak hajat Ibu. Nak makan nasik lemak.. dapat. Nak makan gulai ayam.. dapat. Mihun goreng pun dapat jugak. Kut kalau orang lain kata.. very plain.. tapi pada Ibu.. sedapppp jer Ibu layan.


Mungkin ada yang tahu pasal Al-Baik or KFC Saudi ni. The previous 2 visits.. Ibu sempat lalu depan kedai jer. Tapi kali ni mungkin sebab Jalil tu sanggup jer melayan kerenah kami.. alhamdulillah.. sampai sudah hajat Ibu.

Pengalaman kami.. memang beratus nombor yang masih tunggu turn. Tapi servis pun bagus. Kaunter banyak and laju pulak tu. Ibu jarang nak puji kata "ayam goreng" sedap. Alahhh.. ayam goreng jer kan. Tapi ayam goreng Al-Baik memang sedap babe.




Sampai di Madinah..
Kami memang tak ada pengalaman bab makan kalau di sini. Biasa tapau dari kedai yang kat tepi-tepi tu saja. Pilihan - kut tak fast food.. nasi beriyani jer la kan.

Tapi family yang kami pi sekali ni .. ajak/ajar kami makan kat restoran Indon. Bukanlah sebab tokey nyer orang Indonesia.. tapi pekerjanya ramai bangsa tu. Senang kami nak order makanan. Alahhh.. setakat di Mekkah and Madinah.. rata-rata ramai jer bangsa lain yang boleh spekang in Bahasa Melayu kan.

Boleh kata tiap hari jugak lunch and dinner Ibu melayan nasi beriyani and ayam panggang. Sampaikan masa balik dari Rawdah jam 1.30 pagi pun.. sanggup Ibu buat muka tebal pi tapau kat sana.

Aside from nasi beriyani.. mee goreng.. bakso.. goreng terung.. alahhhh.. sesak-sesak kut nak pedas-pedas sikit tu.. boleh laa..



Yang kat atas ni.. jamuan kami yang terakhir masa nak balik ke Kuwait. Entah area mana Jalil tu berhenti. Dapat laa merasa nasi talam dengan ayam golek. Tapi dah Ibu ni jenis nak pedas jugak.. well.. masa ni laa sambal bilis tu come in handy. Pelik.. entah.. biasa jer pada kami..

Mungkin ada yang tanya.. apa kaitan nawaitu lil'lahi taala dengan post ni. Very simple.. masa di Tanah Haram (actually kat mana-mata atas dunia ni pun). Jaga niat kita.

Mungkin kita pernah dengar.. ada orang yang balik dari sana kurus cekeding sebab susah sangat nak makan. Bila dibuat post-mortem rupanya Tuan Badan suka sangat sebut.. aku tak makan ini.. aku tak suka itu.. at last Allah makbulkan.

So.. sebab tu.. jaga segala benda yang nak keluar dari mulut kita ni. Yang terdetik dalam hati pun kalau boleh kena jaga. Sebab di Tanah Haram.. semuanya cepat makbul.

At least pada Ibu laa..

Ada rezeki kita sambung lagi.. insya'Allah Ibu nak cerita "lain dari yang lain" sikit.

Bi'iznillah..

6 comments:

  1. Bestnya Kak boleh ke Mekah... seronok tengok pengalaman orang kat sana...

    ReplyDelete
  2. Insya'Allah.. nanti Kina sendiri pun akan ada pengalaman sendiri masa di sana.

    ReplyDelete
  3. Saya selalu dengar kisah2 iktibar begini kak. Ada yang kata pergi sana nak shopping itu begini, dan memang shopping yang menjadi keutamaan dia. Takutnya saya.... Takut saya lupa pasang niat yang baik. Takut saya lupa diri. Takut saya tak ambil iktibar.

    Saya ingin menunaikan haji dulu sebab saya takut saya tak mampu nak berumrah sebelum haji.... Tapi, sekiranya ada panggilan Allah, pasti ada jalannya kan kak...

    ReplyDelete
  4. Seronok saya baca pengalaman fmly k. Sham mngrjkan umrah.

    ReplyDelete
  5. Tifa,
    Alhamdulillah.
    Kalau ada yg baik tu bolehlah diambik sebagai iktibar.
    Yg lain tu.. pandai2 la scan sendiri.

    ReplyDelete
  6. Betul kak. Nak pergi sana kena bersedia mental dan fizikal tersilap cakap sikit cepat2 buat sunat taubat.

    ReplyDelete