Assalamualaikum all,
Masa berjalan.. hentak-hentak kaki..
Jika memandang.. hanya sipi-sipi
Sewaktu berbincang.. dinampakkan "keras hati"
Sewaktu berbincang.. dinampakkan "keras hati"
Bila tersenyum.. masih nampak sepi
Ketika bersalam.. hanya hujung jari
Andai menegur.. hanya dengan yang "di hati"
Semasa berkata.. tune pun tinggi
Just how irony..
The world we live in..
Too bad.. so sad..
Kali ni Ibu nak share tentang sifat-sifat sombong and perkara-perkara yang related to it. Semoga segala yang Ibu kongsikan di sini.. mampu memberi menafaat pada yang rasa berbaloi.. others.. its just my bad.
Bismillah..
Sombong atau takbur
(takabbur) adalah sifat hati yang terkeji (madzmumi) dan merupakan satu
daripada penyakit hati yang membawa akibat kebinasaan diri.
Pengertian tentang
takbur dapat difahami daripada maksud beberapa hadis yang berikut :
- Rasulullah bersabda :
"Dianggap sebagai takbur itu ialah menolak apa yang benar dan mengganggap hina kepada orang lain".
(HR. Muslim).
"Dianggap sebagai takbur itu ialah menolak apa yang benar dan mengganggap hina kepada orang lain".
(HR. Muslim).
- Bersabda Rasulullah
saw kepada sahabatnya, Abu Dzar :
"Takbur itu meninggalkan kebenaran dan engkau mengambil selain kebenaran. Engkau melihat orang lain dengan pandangan bahawa kehormatannya tidak sama dengan kehormatanmu, darahnya tidak sama dengan darahmu".
"Takbur itu meninggalkan kebenaran dan engkau mengambil selain kebenaran. Engkau melihat orang lain dengan pandangan bahawa kehormatannya tidak sama dengan kehormatanmu, darahnya tidak sama dengan darahmu".
- Rasulullah saw
bertanya kepada sekumpulan Sahabat, "Tahukah kamu, orang gila yang
sebenar-benarnya?" Para Sahabat menjawab, "Tidak tahu, ya
Rasulullah". Lalu Rasulullah menjelaskan, "Orang gila ialah orang
yang berjalan dengan takbur, memandang rendah kepada orang lain, membusungkan
dada, mengharapkan syurga sambil membuat maksiat dan kejahatannya membuat orang
tidak aman dan kebaikanya tidak pernah diharapkan. Itulah orang gila yang
sebenarnya".
Berdasarkan kisah di
dalam al-Qur’an, makhluk yang pertama yang diserang dan menjadi mangsa penyakit
takbur ialah iblis (la’natullah). Walaupun diperintah oleh Allah swt, iblis enggan menghormati Adam a.s (manusia dan nabi Allah yang pertama) kerana dia
menganggap dirinya lebih mulia daripada Adam. Katanya, "Aku lebih baik
daripadanya (Adam). Engkau ciptakan aku daripada api, sedangkan dia Engkau
ciptakan daripada tanah"
(QS 7:12).
(QS 7:12).
Iblis lalu dilaknati
oleh Allah swt kerana sifat degil dan takburnya itu. Sekurang-kurangnya dua
akibat kecelakaan yang menimpa Iblis kerana ketakburnya :
- Pertama, ia
dimasukkan ke dalam golongan kafir. Allah Taala berfirman, mafhumnya :
Ia (Iblis) enggan dan menyombong diri (takabbur) dan ia termasuk golongan yang kafir (QS 2:34).
Ia (Iblis) enggan dan menyombong diri (takabbur) dan ia termasuk golongan yang kafir (QS 2:34).
- Kedua, ia
dimasukkan ke dalam golongan orang yang terhina dan tidak layak tinggal di
syurga. Allah berfirman, mafhumnya :
Turunlah engkau dari syurga itu kerana tidak patut (tidak layak) bagimu menyombong diri di dalamnya, maka keluarlah. Sesungguhnya engkau termasuk orang-orang yang hina.
(QS 7:13).
Turunlah engkau dari syurga itu kerana tidak patut (tidak layak) bagimu menyombong diri di dalamnya, maka keluarlah. Sesungguhnya engkau termasuk orang-orang yang hina.
(QS 7:13).
TANDA-TANDA SIFAT SOMBONG
Apakah tanda-tanda
seseorang itu memiliki sifat sombong? Di antaranya:
1) Payah menerima
pandangan orang lain sekalipun hatinya merasakan pandangan orang itu lebih baik
daripadanya. Apatah lagi kalau pandangan itu datang daripada orang yang lebih
rendah daripadanya sama ada rendah umur, pangkat atau lain-lain lagi.
2) Mudah marah atau emosional. Bila berlaku perbincangan dua hala, cepat tersinggung atau cepat naik darah kalau ada orang tersilap atau tersalah.
3) Memilih-milih kawan. Suka berkawan hanya dengan orang yang satu ‘level’ atau sama taraf dengannya.
4) Memandang hina pada golongan bawahan.
5) Dalam perbahasan atau perbincangan, selalunya dia suka meninggikan suara atau menguatkan suara lebih daripada yang diperlukan.
6) Dalam pergaulan dia suka kata-katanya didengari, diambil perhatian dan diikuti. Sebaliknya di pihaknya sendiri, susah untuk mendengar cakap atau nasihat orang lain serta tidak prihatin dengan cakap orang. Apatah lagi untuk mengikut cakap orang lain.
7) Dalam pergaulannya, dia saja yang memborong untuk bercakap dan tidak suka memberi peluang kepada orang lain bercakap. Kalau ada orang lain bercakap, dia suka memotong percakapan orang itu.
8) Kalau dia jadi pemimpin, dia memimpin dengan kasar dan keras terhadap pengikut-pengikutnya atau orang bawahannya. Ia membuat arahan tanpa timbang rasa dan tidak ada perikemanusiaan. Kalau dia menjadi pengikut, susah pula untuk taat dan patuh pada pemimpinnya.
9) Susah hendak memberi kemaafan kepada orang yang tersilap dengannya. Di belakangnya diumpat-umpat.
10) Kalau dia yang bersalah, susah dan berat hendak minta maaf. Rasa jatuh wibawa bila merendah diri meminta maaf. Bahkan dia tidak mengaku bersalah.
11) Dia suka dihormati.
Tersinggung kalau tidak dihormati. Tetapi dia sendiri susah atau berat untuk
menghormati orang lain.
12) Mudah berdendam dengan orang lain terutamanya bila orang itu tersilap.
13) Suka menzalimi orang sama ada secara kasar atau secara halus.
14) Kurang bermesra dengan orang kecuali terpaksa kerana perlukan orang itu atau kerana takutkan orang itu.
15) Suka memperkatakan keburukan orang seperti mengumpat, memļ¬tnah serta membenci orang.
16) Kurang menghormati pemberian orang atau tidak menghargai pemberian orang lain.
17) Suka mengangkat-angkat diri atau menceritakan kelebihan diri.
18) Suka menghina dan menjatuhkan air muka orang di hadapan orang lain.
19) Kurang menghormati nikmat-nikmat Allah. Kalau ada makanan, berlaku pembaziran atau membuang makanan yang berlebihan. Kalau ada pakaian walaupun masih elok dipakai tetapi suka berganti dengan yang baru. Pakaian yang lama dibuang. Kalau ada duit lebih, suka beli barang yang tidak diperlukan. Semua itu lebih digemari daripada memberi nikmat yang berlebihan itu kepada orang lain.
20) Kalau berdiri, lebih suka bercekak pinggang (kerana membesarkan diri). Kalau bercakap, menepuk-nepuk meja dan suka mencemik. Kalau berjalan suka bergaya, menghentak-hentak kaki atau berjalan membusung dada.
21) Kurang memberi simpati atau kurang menolong orang lain melainkan ada tujuan-tujuan dunia atau kerana takut dengan orang itu.
22) Kurang minat menerima tetamu atau tidak suka jadi tetamu orang.
23) Tidak suka menyebut kelebihan-kelebihan orang lain kerana takut mencabar dirinya.
24) Kesalahan-kesalahan orang lain dibesar-besarkan sedangkan kesalahan sendiri didiamkan, disorokkan, buat-buat tidak tahu atau cuba mempertahankan diri supaya orang menganggap dia tidak bersalah.
25) Sangat tidak senang dengan kejayaan atau kebolehan orang lain.
26) Dia sangat tersinggung kalau ada orang memuji-muji atau menyebut kelebihan-kelebihan orang lain di hadapannya. Tetapi kalau dia dipuji, terserlah pada air mukanya rasa bangga dan senang hati.
SEBAB-SEBAB SOMBONG
Sebelum kita mampu mengikis
sifat sombong yang keji ini perlu kita tahu kenapa sifat ini boleh berlaku. Faktor-faktor
penyebab yang menjadikan seseorang itu memiliki sifat-sifat sombong, di
antaranya ialah:
1) Memiliki kuasa. Kuasa yang ada itu mendorongnya menjadi sombong.
2) Mempunyai ilmu pengetahuan sama ada pengetahuan tentang dunia atau pengetahuan tentang akhirat. Ini jadi pendorong seseorang itu menjadi sombong kerana dia rasa lebih pandai daripada orang lain.
3) Mempunyai harta kekayaan.
4) Mempunyai kegagahan iaitu orang yang mempunyai kekuatan ļ¬zikal atau mempunyai kepandaian dalam seni mempertahankan diri. Ini juga mendorongnya menjadi sombong.
5) Keturunan. Ada orang jadi sombong kerana berketurunan bangsawan, berketurunan ulama dan lain-lain lagi, lantas merasa diri mulia serta memandang orang lain hina berbanding dengan dirinya.
6) Sebab-sebab yang lain seperti berwajah tampan dan cantik, disayangi oleh orang besar, disayangi suami, disayangi oleh ibu ayah dan lain-lain lagi. Ini juga pendorong menjadi sombong.
7) Bukan sebab-sebab yang di atas tadi, tapi mungkin dia orang miskin atau orang jahil atau orang hodoh atau orang cacat atau orang lemah sedangkan dia tetap sombong. Ini dikatakan bodoh sombong. Orang ini walaupun tidak ada sebab khusus untuk dia berlaku sombong tetapi oleh kerana benih sifat sombong yang semula jadi ada dalam diri itu tidak terdidik dan tidak cuba untuk dikikisbuangkan atau tidak dicabut, bahkan disuburkan, maka tetaplah dia dengan sikap sombongnya.
Golongan yang sombong
di taraf ini bilamana tidak sedar atau tidak kenal dirinya yang sebenar, inilah
yang jadi pendorong dia bersifat sombong. Kalau begitu ada golongan manusia
yang sombongnya bersebab dan ada pula golongan manusia yang sombongnya tidak
bersebab. Tetapi kebanyakan manusia itu sombongnya bersebab, seperti yang
disebutkan di atas tadi.
Bersebab atau tidak, sifat sombong tetap mesti dicabut
dan dibuang. Jika tidak, ia akan memberi kesan yang buruk di tengah kehidupan
masyarakat.
KESAN SIFAT SOMBONG
Di antara kesan sifat
sombong ialah:
1) Orang benci
kepadanya. Fitrah semula jadi manusia tidak suka kepada orang yang bersifat
sombong ini. Hati yang benci-membenci tentulah tidak ada kasih sayang, akhirnya
tidak wujud perpaduan.
2) Mudah marah, di mana
kebiasaannya kemarahan akan berakhir dengan perbalahan dan pergaduhan.
3) Bilamana wujud sifat
sombong, lahirlah penyakit yang berikutnya iaitu mudah berdendam, hasad dengki
dengan manusia, mudah hendak bertindak balas di atas kesilapan orang lain.
Kadang-kadang belum tentu silapnya, dia telah gopoh-gapah bertindak. Mudah pula
sakit hati terhadap kejayaan dan kebolehan orang lain sehingga berusaha sedaya
upaya untuk merosakkan atau menjatuhkan orang itu.
4) Kesombongan sangat
membahayakan masyarakat manusia dan dunia seluruhnya. Lantaran ini Allah sangat
murka dan Allah tempatkan mereka ini di neraka bersama Firaun, Namrud, Hamman
dan lain-lain orang yang zalim dan angkuh itu.
Ingat azab Allah untuk orang yang sombong.
sabar laa kak syam.. ada org memang jenis yang tak bole ditegur, bodoh tak bole diajar pandai tak bole ditegur gitu laa lumrah hidup...
ReplyDeletesy cukup pantang org salam tangan hulur mata pandang ke lain.. nmpak sgt x ikhlas
ReplyDelete