Sunday, May 18, 2014

Suatu hari nanti..

Assalamualaikum all,










Simply and randomly pick these beautiful pictures. Asal-usul tidak diketahui tapi kalau Tuan Punya terserempak dengan entry ni.. Ibu mintak halalkan dunia akhirat. Jugak mintak maaf sebab tak mintak izin in advance before sharing them here..

Best kan life macam ni. Dok rumah kampung.. err.. sebenarnya tak ada la pulak gambar rumah kampung yang berkenan di hati.. so kita pilih la mana-mana yang "hampir-hampir".. takda isu nak beli perabot itu perabot ini.. tak ada isu nak beli touch tv 50 inci.. nak guna karpet gebu gebas.. Pakai je la apa yang ada..

Sungai belakang rumah.. bila rasa panas.. boleh pi cecah-cecah kaki..

Bela ayam itik or kucing sekor dua buat kawan. Sesak-sesak ayam tu boleh buat lauk. Telur itik pun boleh gulai dengan belimbing buloh.. telur ayam pulak buat goreng telur mata or telur dadar sekali boh ngan cili, bawang and ikan bilis tumbuk. Perghhhhh..

Tanam sayur apa yang patut.. kut rajin buat kebun kecik. Kut malas.. tanam tepi pagar jer la.. cukup haul boleh petik buat celur kosong or cicah dengan apa-apa yang patut..

Masya'Allah.. best nyer berangan.

Tapi sementara tu.. dok la sini dulu dendiam. Buat saving apa yang patut sebab anak-anak kami tak qualified untuk bantuan kerajaan bila (insya'Allah) masuk universiti nanti..

Bila fikir-fikir balik tetiba Ibu sebak.. tetiba Ibu rasa nak nangis.. beruntung nyer la to those yang boleh layan "life" macam ni..

Life sometimes can be very suffocating.. sesak.. rimas..

Semoga yang baik-baik sahaja Allah kurniakan bagi kita dan kerana kepada Dia sahaja sebaik-baik tempat untuk kita mengadu..

Ilal' liqa friends..

7 comments:

  1. seronok kan kalau hajat dihati boleh ditepati...tinggal kat kampung yang malam dengar cengkerik dari deruan kereta tak berpenghujung.

    ReplyDelete
  2. begitulah bestnya life mereke yang hidup di kampung, tapi mereka pula nak life yang macam kita pulak...

    ReplyDelete
  3. Bestnya kalau dapat stay kat kg mcm tu..back to nature...tenang..jauh dari hiruk pikuk bandar...yg sentiasa mengejar masa..Allahuakbar..apa pun kembali padaNya..rezeki itu dia yg tetapkan..

    ReplyDelete
  4. saya pun verangan bila dah pencen boss nanti nak cari rumah kat kampung….ada pokok doyan & tanam sayur mayur sendiri. huk huk petang2 amik angin kat beranda je xyah aircond2…..sementara tu verangan & berdoa jelaaaa dulu

    ReplyDelete
  5. gambar kucen dlm pasu tu cmel sgt

    ReplyDelete
  6. Yang terung tu memang buat saya geram. Saya punya seketul je yang keluar. Huhu.

    ReplyDelete
  7. memang seronok pun akak kalau dapat rumah kat kampung, lagi-lagi kalau ada sungai.rileks je kan..moga-moga suatu hari nanti tercapai impian akak. :p

    ReplyDelete