Saturday, June 21, 2014

Sogo.. demi mu popia basah..

Assalamualaikum all,

Bersiaran dari rumah adik Ibu pulak. Adat la kan.. baru sampai ni.. kena la lapor diri mana-mana yang patut..

Syok ehh..
Layan angin petang dengan yang hijau-hijau macam ni bila pencen nanti..

Jom.. sambung lagi cerita makan-makan kami.

Sampai kat K.L anak-anak sibuk dengan wishlist dia orang pulak. Tapi.. a bit unfortunate semua mata masih in zombie land. Gegar macam kena tsunami pun still tak terbukak mata yang sepasang tu. At last.. redha sahajalah apa yang ada.. ye la.. mana orang sarapan lepas tegak matahari.

As usual.. kedai buku jadi tumpuan. Cuti 2.5 bulan ni babe. Takkan nak layan diri jer. At least selak-selak la buku Bahasa Malaysia apa-apa yang patut.

As for Ibu pulak.. segala buku masak-masak jadi tumpuan. Saja suka.. Suka tengok gambar sebenarnya.. selak punya selak.. aduhai..

Alhamdulillah..
Spicis ni selamat dah jadi darah daging..

Dok dalam area alat tulis tu jer dah berjam-jam. Pegang tu letak balik.. pegang ni letak balik.. semua nak.. Ibu la tu..

Lepas selesai study kat kedai buku.. sambung pulak kerenah anak lelaki. Ada orang menuntut janji. Pandai berjanji.. pandai la tunaikan.

Wahai popia basah..
2 tahun ku merindui mu..

At last sampai ke Sogo kami mencari. Sekali.. mak aiiii.. ramainya manusia. Tak tau la musim sale ke apa.. tapi.. aduhaiiii..

Btw.. korang biasa tak makan benda yang bergulung ni.. popia basah yang jual kat food-court tu.. lupa pulak apa nama..

Last year balik.. Ibu tak sempat nak makan popia ni. Bukan tak pi Sogo tapi tak sempat. So tahun ni.. dayakan jugak.. Sekali.. mak aiiiiii.. panjangnya manusia beratur.. Tapi.. redha je la.. dapat rasa sikit pun syukur sangat dah. Ada rezeki kita repeat lagi.

Okey.. setel cerita sampai takat ni dulu..

Nak sambung balik kampung pulak.. ada jemputan kenduri kawin. Harap-harap ada rezeki kami makan nasi minyak pengantin pulak. Maklum saja.. kenduri anak-anak beranak jer ni.. Majlis setakat 4-5 dulang jer..

Until then friends..

Jaga hati.. jaga diri..

5 comments:

  1. Crispy popiah kt Food Sogo tu memang sedap...saya pun x lepas peluang mkn bila ke sana..

    ReplyDelete
  2. x th plak wujud popiah basah Sogo. Maybe sbb x pernah makn dsitu. Sll shopping je n mkn di luar

    ReplyDelete
  3. Sisters crispy popiah
    Saya pun suka♥

    ReplyDelete
  4. kat food court tu mmg sentiasa kena baris panjang...cer cuba yg kat basement pulak, ok sket.

    ReplyDelete
  5. Nasa & Kengkawan.
    Mmg balik kali ni.. alhamdulillah.. setel hajat.

    Kak Rose.
    T.kasih.. next time Sham try cari kat basement.
    Tak tahu pun situ ada jugak popia ni.

    ReplyDelete