Tuesday, June 24, 2014

Waghih dah balik kampong..

Assalamualaikum all..

Cerita pasal makan dulu la ya.
Remember.. last post Ibu ada cerita pasal “siput sedut”. Well.. last week masa kami baru sampai ke sini.. dapat dah merasa. Tapi macam tak puas makan la pulak. So.. last Friday night.. Omak sey suruh Bibik tolong masakkan lauk yang sama since Ibu kata tak puas makan.


Tapi tu la kan.. air tangan “mak kita” jugak yang secukup rasa. Kali ni Bibik tu masak macam tercurah cili api. Umang aiii.. podeh ehhh.. nasib baik tak kena buasir. Tapi.. habis jugak. Actually pada Ibu.. okey jer.. cuma kasihan ke budak-budak kecik la ie. anak-anak adik Ibu.. seteguk air.. sesuap nasi. Tapi makan tetap makan.. at last kenyang air.

Itu kisah lauk siput sedut.


The following day.. lunch.. Bibik masak pulak lauk gulai peria ngan udang. Mana yang dah biasa baca cerita Ibu.. sure tau betapa cerewet nyer la Ibu ni. Ibu ni susah sikit nak enjoy makan kalau yang masak di rumah tu lain dari Omak sey. I rather tak makan or kut dah kebulur sangat.. makan la seciput. Entah.. bukan memilih.. tapi memang tekak ni tak buleh nak masuk. And maybe for that reason.. tiap kali balik ke sini.. Ibu hilang kilo. Orang lain “tambah kilo”. But if yang masak tu Omak sey.. insya’Allah.. laju jer menyuap..

Reason Omak sey tak sempat nak masak was.. kami sibuk dengan preparation kenduri for my niece. Anak adik Ibu yang nombor 5.. Aduhaiii.. mau bernanah telinga ni sebab orang dok tanya..

“adik kau dah LIMO Long.. kau apo tak menambah laei?”

Aduhaiii.. soalan “berhantu” macam ni la yang Ibu paling tak tahan and tak sanggup nak jawab. Especially bila ada makcik-makcik kat kampong tu yang so the kepochi akan bagi komen..

“kok kau takdo anak pompuan.. ghumah ni esok kono bagi ko waghih la..”

Alahai.. benda tu sebenarnya yang jadi isu. Harta dunia jer.. ada rezeki.. ada la.. tak ada.. redha je la..

Anyway.. me.. selaku KAKAK sulong (well.. kami ni sepasang jer pun sebenarnya) sure nak yang terbaik untuk adinda nyer yang tercinta kan kan. Walhal dulu time kecik-kecik.. itulah makhluk Allah yang Ibu paling kurang bertegur-sapa.. asyik nak gadohhhhhh jer.. Anyway..


Haa.. itulah rupa pelamin (buaian untuk berandoi) my niece. Common pun dah kan. Tapi demi menyampaikan hajat my SIL.. ikutkan sahajalah. Dah nama pun dok kampong.. itu jer pun yang ada.. lebih dari syukur pun sebenarnya.. Sengeh sampai ke telinga my SIL. Tapi bukan Ibu yang buat.. Pencen dah dari benda-benda macam ni. Ibu suruh dia survey jer.. then kita sambung la urusan apa yang patut.

Lauk kenduri.. entah.. ada la 6-7 jenis. Tak ambik tahu pun sebab semua bibik yang handle. Omak import 4 orang pekerja dia balik kampong. So.. bab masak-masak.. Ibu boleh skip la.

Tugas Ibu.. paling best.. tunggu orang datang jer.. best kan.. and of course.. ambik gambar.. Baik.. saya yang menurut perintah..

Alhamdulillah.. all went well..

Baby Annur Sofiya pun tak banyak ragam masa majlis bercukur tu. Actually the majlis started with berzanji.. then marhaban and lastly.. kami buat tahlil arwah sekali.

Anyway.. nak cakap sikit ni.

Dulu my Ustaz ada pesan.. dalam “satu majlis” sebenarnya tak digalakkan buat dua maksud serentak.

Example : 
Doa selamat for any good reason then followed by baca Yasin untuk orang sakit ke.. or tahlil arwah. Sebaiknya biar majlis tu seiring maksudnya..

But in my case ni.. dah elok-elok buat doa selamat untuk Baby Annur Sofiya then tahlil pulak.. 

Cousins..

Tapi ini kata my ustaz la.. ustaz orang lain maybe ada pendapat yang lain.

Cousins.. and autie (yang pakai selendang hitam)

Anyway.. on the same day too.. Ibu dapat tahu banyak sekolah ada buat hari sukan la.. itu la.. and ini la. Ini kes nak ganti sekolah untuk raya la ni. Hence.. ramai la kawan-kawan Ibu yang tak dapat datang. Frust la jugak.. tapi nak buek camano kan.. redho jo la.


At last.. sampai la jugak.. sorang.. kami dah berkawan for the past 17 years. And her reason for coming late.. “saja datang lepas majlis.. otherwise nanti tak dapat sembang dengan you”. Bagus jugak.. Logik jugak..

In short.. Ibu pun tak ambik hati pada yang tak dapat hadir tu.. (tho’ at first dah janji macam-macam kan). Dah tak ada rezeki kan. Cuma Ibu harap.. sihat tubuh badan.. panjang umur.. Allah makbulkan hajat kami untuk ber-geder-geder semula before Ibu pulang semula ke Tanah Pasir Berdengung tu.. Insya’Allah..

Okey friends.. panjang dah story ni. Ado joki kito sambung laei yo.

Ilal liqa’..

4 comments:

  1. cantik la buaian berendoi tu kak Sham..simple je.

    p/s: tak pernah dengar la pulak pasal 2 majlis lain maksud tu.tengok ramai je orang buat..huhu

    ReplyDelete
  2. Kak...lauk siput tu osah mengancam eh kakk....

    ReplyDelete
  3. Sal Bee Yah,
    Ada sebenarnya orang buat cuma mungkin kita tak perasan.
    Contoh Tuan Rumah mintak Ustaz memula buat doa selamat tapi selepas tu Ustaz buat pulak bacaan tahlil.
    Mungkin di sini sebab kebiasaannya kaum lelaki yang lebih biasa dengan majlis ni.
    Where as kami di sana.. memang biasa lelaki dan perempuan baca sama-sama.

    Wallahu'alam.

    ReplyDelete
  4. Aziela..
    Ngancam kan.. akak tu ari sampai bersusun kulit siput keliling pinggan.

    ReplyDelete