Friday, July 4, 2014

Masak lemak gulai labu & partner in crime..

Assalamualaikum all,
Bak kata Cik Puan Irfa.. kalau kita lihat dengan mata lalat.. memang busuk la.. dan jika kita lihat dengan mata lebah.. maka madulah yang kita dapat. So tepuk dada.. tanya apa yang kita nak sebenarnya.

Sama la kes nyer bila ramai yang dok tayang-tayang masak itu and masak ini.. especially referring to FOODbook a.k.a Facebook. In my case.. my intention is simple.. sekadar memberi idea pada yang memerlukan. Yang rasa.. ini post skima "meriak".. hentikan pembacaan anda dengan serta-merta. I'm not in any obligation to tanggung (sila sambung dalam hati).

Balik kampung.
Masih cerita yang sama. Berguru "masak-masak" dengan Omak sey. Well.. this was kelmarin punya cerita.

Kisahnya..
Omak pesan..
"Nak masak ni.. ado maso.. lauk pun kono "geng" jugak.
Ei.. lauk tu kena ada "partner" la jugak.

Example ;
Kelmarin kami masak lauk gulai lemak labu. Sedia maklum dengan rasa lemak.. manis dan tak podeh tu.. untuk bagi naik selera kena la cari something yang boleh kasi "umphh" la kan.

So.. presenting..


Gulai lemak labu
Goreng ikan pekasam
Sambal gesek kundang muda - extra podeh
Goreng ayam - untuk anak-anak skima Upin Ipin
&& last but not least celur bayam (vege is a must for me)

Main dish - sudah tentu gulai lemak labu. So nak bagi balance rasa lemak manis.. Omak sey advised tambah goreng ikan pekasam yang dihiriskan bawang dan cili api serta perahan air limau nipis.

Nak rasa pedas - solution.. Ibu buat ulang siaran sambal gesek kundang muda (sementara masih ada stok). Alhamdulillah. 3 item ni pun sebenarnya dah cukup.

Cuma untuk anak-anak Ibu sediakan goreng ayam plain. And akhir sekali macam ada yang kurang.. so celur bayam jadi pelengkap juadah berbuka puasa kami.

Alhamdulillah.. dengan belanja yang tidak begitu "kebaboom".. tapi satisfaction tetap to the max.

As my Pak Uda selalu kata.. makan biar sikit tapi PUEH (puas).

Hari ni nak masak apa pulak ya?

15 comments:

  1. Bilo makan .. berjumpo rogu lauk nyo .. buek bertambah nasi di pinggan eh Sham..

    ReplyDelete
  2. As salam..saya setuju dgn akak sbb sya pun suka upload gambar makanan dan tempat makan..Niat bukan untuk riak atau menunjuk TETAPI sebagai perkongsian..contoh kalau makanan sesiapa yg tyakan resepi saya akn beritahu @ share link resepi tu..mcm tu juga dgn restoran..if saya mkn & rasa sedap sya rekomen pd kengkawan..biar org2 berkata2..nawaitu itu hanya Dia sja yg tahu..

    http://rencahkehidupan-maamieiqi.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. Nur Hayati,
    Iyo.. botul dah tu..
    Nak makan ni lauk eh nak kono "judo" eh jugak..

    ReplyDelete
  4. Kak...selain dari niat kita, blog kita pun sebenarnya mereka boleh baca atas pilihan mereka. Kalau ada yang rasa tak sesuai, they can simply skip our blog kan kak... I give them freedom to choose. Hehehehe

    Kak, kenkadang masak lauk simple kek rumah, lobih daripado sodap dah nikmat eh kan. Sey pun samo, kono ado sayur kok nak makan...

    ReplyDelete
  5. Lemak2 manis labu tu kena dah dengan masam2 dan masin2 ikan pekasam. Tiba2 rasa nak balik cari pekasam.

    ReplyDelete
  6. tengah cari idea untuk naikkan selera makan nih...
    so kak, ada org yg boleh ambik manfaat dari apa yg kita share sebenarnya

    sayur labu tuh kalau kat rumah saya selalu letak kerisik.. aiyooo teringin ler plak, tp angin huhu..

    ReplyDelete
  7. Aziela,
    Agree.
    Suko.. baco.. tak suko.. kito pun tak pakso.
    Sayur.. dah biaso ado sayur. Kok takdo.. ghaso lain macam la kan.

    ReplyDelete
  8. Jun,
    Ikan pekasam - makan ngan lauk apa pun suma ngam.
    Kalau akak.. time sahur.. itu la yg dicari dulu.

    ReplyDelete
  9. Mila,
    K.Sham sebenarnya tak boleh sangat mkn lauk2 sejuk mcm labu ni. Tapi dah nak sangat.. buat jugak.
    Lepas tu.. ingat2 la kan. Carik la apa2 yang patut nak bagi panas badan.

    ReplyDelete
  10. omak akak sama cam mak mertua saya
    kalau masak gulai ini, kena masak itu sbg teman bla bla bla
    saya pulak mmg derhaka, masak main taram je ikut suka, gagagagaa

    # terharu melihat namaku di link
    tq kakak

    ReplyDelete
  11. Irfa,
    K.Sham pun masak main suka-suki je.
    Ikut rajin & ikut apa ada dlm fridge.
    Tp dah dok tgh berguru ni.. kena ikut sifu la kan.

    P/s;
    Benda yg baik/betul.. kita kena terima jugak.

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum wbt Sham,

    MasyaAllah ... humang aiii ... gulai labu and sambal gesek kundang ... cukup sangat dah ... ikan pekasam goreng some more ... toruih sehat oghang domam cam ni :) MasyaAllah

    Thank you for coming by.

    BarakAllah atas Sham sekeluarga :)

    ReplyDelete
  13. Alaikumsalam wbt sahabat.
    Hajah apa khabar.. semoga semakin sihat.

    Sham ni oghang kampung.. lauk moden2 ni slow sikit la..

    Likewise pd Hajah jugak.
    Semoga sentiasa di bawah lindungan serta kurnia-Nya.

    ReplyDelete
  14. saya rasa tak salah post pasal resepi.ada ilmu memasak apa salahnya dikongsi.takkan la lemah sangat iman tengok gambar makan puasa dah goyah. cmane nak berjihad kat Palestin macam tu.

    ReplyDelete