Thursday, August 28, 2014

Cuti-cuti Kota Selatan

Ada orang tak sayang mulut tanya Ibu tu ari..

Mulut takda insuran - kita panggil MTI je la ya..

Senario..
MTI - Long.. ko dok sanun.. mesti duit ko dah banyak kan.. ko dah poei jalan-jalan kek mano?
ME - takdo mano pun.. ado la poei sanun.. poei sini..
MTI - Laaa.. dok sanun kan dah dokek ngan London.. Turki.. bla bla bla..
ME - Blom sampai joki laei.. insya'Allah..
MTI - rugi la kau.. den ni ha yang dok senia pun dah poei sanun.. poei sini.. kito time sihat.. time kuek ni la nak pi bejalan.. duit bebanyak bukan buleh bawak masuk kubo pun..
ME - alhamdulillah.. joki masing-masing kan..

Typical..
Kenapa Ibu kata TYPICAL.. asal dok obersee jer mesti dah kaya.. asal dah kaya jer mesti nak pi jalan-jalan pusing satu dunia. Walhal banyak jer lagi benda lain yang kita kena bagi priority.

Ello.. sapa takmo pi jalan-jalan macam tu.. tengok tempat orang.. tambah pengalaman kan.

Tapi..
Tapi takkan la Ibu nak kena explain kat semua yang Ibu kena fikir cuti sekolah anak-anak yang tak sama (sekolah Amsyar and sekolah Haazem/Arif - cuti lain-lain). Cik Asben pulak tiap bulan kena standby for oncall. Dah jadi macam tu.. tak ke pening nak adjust cuti.

Kut during holiday kat sini pulak.. time tu la tiket mahal.. time tu jugak la bebudak ni ada homework bertimbun. Maklum jer la.. in another 2 years to come.. Amsyar gonna sit for his IGCSE (insya'Allah).. so since la ni dia dah Class 8.. cikgu-cikgi dah start preparing most of the students. Not all.. tapi Amsyar is one of them.

So.. do I have to explain all of that to a stranger?? Don't think so..

Anyway.. dah ada kesempatan cuti last summer.. kita pi jer la jalan-jalan mana yang sempat. Yang dekat-dekat pun okey jer.

Apa??
Ingat Malaysia ni bangsat sangat ke dengan tempat-tempat yang KEBABOOM.. (opsss.. my language). Try je la tanya Tok Wi or Cik Gugel. Setakat nak weekend getaways or short vacation.. bersepah la babe.

Well.. dah puas meroyan.. kita kasi cool balik..

Jom layan gambar sambil kita cerita-ceriti..

Layanzzzz.

 




First thing first..
Kita check in hotel dulu.. nama hotel pun dah ada kat atas tu. Okey la. RM380.00 semalam untuk kami anak-beranak. Selesa.. yes indeed. Nak more info.. korang search la sendiri.

Then bab makan.
Complementary breakfast.. untuk kami yang tekak Melayu and skima Upin & Ipin (Haazem).. insya'Allah. Bolehlah setakat nak lapik perut. Tapi kami tu ari pi makan kat luar la. Makan kat hotel.. macam kureng jer la pulak.

But no worries. Dah nama pun area pantai.. banyak jer kedai makan. Sesak-sesak pun kami jumpa gak kedai yang satu ni. Apa nama ntah.. tapi kut tanya kat staff hotel tu.. gerenti dia orang akan rekomen tempat ni la.

Ni nak tunjuk sikit. Rezeki kami masa lunch tu hari..


Haa.. macam-macam ada. Kira.. bab makan memang tak ada isu la. Price wise pun.. okey la. Taste wise.. tu nasib masing-masing la kan.. selera Ibu might not be the same as yours.

Then.. facility pulak. Ada macam-macam jugak tapi yang paling penting mesti ada kolam la kan. Biasa la budak. Asal pi hotel.. mesti ada kolam.. nak pi kolam mesti kat hotel..

Ini bukan skima aksi tepi kolam untuk Majalah Mangga ya..




Then the best part..
Its Legoland babe.. eiii.. very the.. sila sambung ayat dalam hati saja. Since kami pi during weekdays.. tak la ramai sangat manusia time tu. So.. kira selesa yang teramat la. Nak naik ride 2-3 kali pun.. kurang la sikit rasa malu or merungut sebab kena beratur lama.

Mohon diberi peringatan..
Johor pun ikut skima Terengganu and Kelantan. Cuti hujung minggu is on Friday and Saturday ya. Well.. I'm sure most of you pun tau kan kan..

Macam satu kemestian pulak.. mesti nak posing depan pintu masuk.. saja nak bagi tau..
"aku dah sampai Legoland ni ha.."


Memandangkan Arif masih tak cukup ketinggian.. so wajib ada adult accompanying him in almost every game or ride..

Wajib ambik gambar posisi "mengereng"..
Skima nak cover "ke-lebar-an"

Ni perkara biasa.. Ibu ngan anak mesti kena ada sedikit confrontation..

Turn Ayah pulak temankan Arif..


Sila abaikan apa-apa saja pemandangan yang kurang menyenangkan..

Kita declare "Purple Day" je la ya..


Kita tunjuk gambar yang "separa ayu" jer la ya..
Mana-mana yang mulut senget.. mata terbeliak tu.. kita simpan je la..
Karang ada pulak yang pre-taubat nak naik ride kat sini..


Sila abaikan perlakuan seperti ini..
Peil orang dok Tanah Arab memang macam ni.. lagi HARAM.. lagi dia suka buat..

Sebenarnya banyak jer pics yang kami snap masa kat sini. Tapi biasa la kan. Takkan suma nak share kan. Mau muntah pelangi korang nanti. Tambah pulak.. alahai.. pi Legoland jer.. bukan nyer pi London ke.. Turkey ke.. Great Wall of China ke.. yang tu mau ber-part-part Ibu kena tunjuk gambar..

Nak kira.. budak umur macam Haazem and Arif syok la layan Legoland ni. Tapi macam Amsyar.. ada sedikit keboringan terpancar pada riak wajahnya. Aduhai.. sengal nyer ayat.

Ye la.. budak dah 14 tahun.. mungkin pada dia dah kurang adventure.. entah la. Susah Ibu nak faham anak bujang yang sorang ni.

Tak ingat pulak berapa jam kami dah meronda kat dalam tu. Tapi kira melepek jugak la layan bebudak ni nak mengkhatamkan Legoland tu. Siap ada certain places tu.. kena 2 round babe.

Conclusion.
Kami - okey jer.
Tambah pulak cuaca tu ari yang secukup rasa. By the time kami nak balik barulah hujan rintik-rintik. Sejuk sikit badan.

Pada sesiapa yang takut kulit jadi "kurang cerah".. tak yah la mai sini sebab seperti mana-mana theme park.. rugi la kalau asyik nak dok apply sun-tan-lotion saja. Setiap ceruk.. ada saja benda yang boleh dijenguk.. yang boleh diintai.. boleh dicuba.. not to mention.. you can also try the games too.. rugi la kut asyik nak jaga skima ayu jer.

Dah nak cerita tu jer..

Yours Truly..

The End..
(saja nak tunjuk - sambil kata HALAL)


8 comments:

  1. bestnya legoland, tak pernah pergi lagi.uhhu..

    gambar last tu sweeeeet sangat!

    ReplyDelete
  2. Sayapun suka cuti2 malaysia n jalan jalan carik makan especially kat kelantan...
    Lagi seronok...

    ReplyDelete
  3. Dik Sal Bee Yah.
    Insya'Allah.. sampai gak nnt tu.

    P/s;
    Gambar last tu.. anak2 nyer keja..

    ReplyDelete
  4. Sue,
    Kelebihan melancong di negara sendiri.. mcm2..
    Rezeki masing2 la kan.

    ReplyDelete
  5. Assalam Kak Sham
    wahhh bestnya cuti-cuti legoland, kalau ada peluang saya nak p jelajah jugalah.

    cakap pasal MTI ni saya setuju dgn Kak Sham, asal dok oversea je depa ingat banyak duit..haishh kalau depa dok dalam kasut kita sure depa tau macam mana kan..sabar naa hiii:)

    ReplyDelete
  6. Alaikumsalam wbt LW,

    Can't blame them actually. Mungkin dia org berfikiran sedemian disebabkan "rentak cara hidup" segelintir expat yg lain.

    Tambah pulak ada yg bernasib baik blh pi bercuti.. beli itu ini.. balik beraya di kg hampir setiap tahun.. dll..

    If only they knew the actual facts..

    ReplyDelete
  7. sweet sngt kak gmbr last n sblm tu.

    ReplyDelete
  8. sweet sngt kak gmbr last n sblm tu.

    ReplyDelete