Friday, August 29, 2014

Playing tourist kampung sendiri..

Assalamualaikum all,

Tahun ni turn kampung Ibu on first raya then followed by Bachok. Next year.. ada rezeki kita kat Bachok pulak dulu. Then later.. K.Pilah.

Come on la frenzz.. be fair la.. kita ada mak bapak.. dia pun nak raya jugak dengan mak bapak dia. So.. plan elok-elok.. pakat baik-baik. Don't take me the wrong way.. bukan nak mengajar tapi ramai jer yang buat macam ni kan.

Cerita kami.
Dikhabarkan tahun ni saja.. 2 juta penduduk asal negeri Cik Siti Wan Kembang pulang beraya ke kampung masing-masing di Kelantan. Mana Ibu dapat figure tu.. ntah.. dengar dari mulut-ke-mulut jer. Errkkk..

Dah jadi macam tu.. seriau la kami nak keluar beraya. Jalan jem weii.. heavy traffic-jam almost every day. Nak pi raya pun.. macam kena fikir banyak kali.

At last.. kami layan pi kenduri kawin je la. Itu pun drive ikut jalan kampung. My boys.. makin tambah boring la. Mana tahan dok memerap kat rumah jer kan. Tambah pulak during cuti raya.

So..
Solution.. kita pi mandi laut je la ya.

Mula-mula kami pi terjah Pantai Irama. About 15 minutes drive dari rumah Cik Asben (kalau jalan tak jem la). Pantai wise.. sorry to say la. Kurang bersih sikit la. Sayang bila bab kebersihan masih kurang dipraktikkan di sini. I can even see diapers suka-suki dibuang di tepi pantai. Yang lain-lain tu.. macam-macam jugak yang Ibu jumpa. Dah.. takmo cerita lagi bab tu. Yang mustahak.. my boys had a good time mandi-manda kat Pantai Irama.

Got to share this pic. Introducing Fatin and his dad (Farhan - my BIL).
Totally anak papa kan..
 




Selang few days lepas tu.. kami pi layan mandi-manda kat Pantai Perkasa pulak. Sambil-sambil tu sempat la jugak kami ber-bbq. Bawak apa yang patut. Me.. as usual kena main api la.

While Cik Asben layan anak-anak mandi pantai. Pantai kat sini lebih bersih dibandingkan dengan Pantai Irama. Mungkin sebab kurang orang berkunjung ke sini.

Cuma Ibu nak ingatkan.. by any chance jika ada antara kawan-kawan yang ke sini.. make sure bekalan makan minum adalah secukupnya.. sebab.. tak ada lagi orang berjual makanan or minuman di sini. Except.. for the pokcik yang jual ais-kerim tu la.


Cousins
Happy jer dia orang ni..


Gambar ni.. sure ramai tahu kan. What else.. kalau bukan the famous nasi ulam. Kami seboleh-bolehnya akan cari masa untuk makan di sini. For me yang memang ulamss lover.. memang suka sangat la.

While for those yang non-vegetarian.. lauk-lauk lain pun banyak. Ikan. ayam.. budu.. tempoyak.. alahai.. macam terasa je kat tekak ni..



Haaa.. ini cerita orang silap plan sebenarnya.

Hari raya.. dah tentulah banyak kedai belum beroperasi sepenuhnya. Kisahnya.. kami asalnya nak mencari kedai yang berjual "meggi ketam". Ada la satu kedai tu my BIL dok rekomen. Katanya.. teramatlah sedap.

Tapi.. as I said.. banyak kedai cuti lagi kan thus kedai tu tak pulak bukak lagi. Dah jadi macam tu.. kita orang terjah je la apa yang ada. And hasilnya - as shown in the picture.

Harga.. mak aii. Maybe sebab semua stok tu memang segar. Ikan and seafood tu semua baru naik dari Port Tok Bali.

Taste wise.. dia orang bakar kering jer. Takda marinate dengan apa-apa pun. Original la kiranya. Cuma.. if I might add.. kut la ada kuah asam ke.. sup-kosong to partner with the nasi putih ke.. if would be much better. Ni kering jer..

But the ketam nipah bakar which I had that night was soooo damn sweet. Walaupun Ibu terpaksa telan ubat (sakit kepala) lepas tu.. berbaloi.. memang berbaloi babe.



Rewind!!!!

Nak cerita sikit jer lagi. Kisahnya..
Ada budak tu suka sangat main lopak air. Pantang nampak lopak air semua dia nak pijak.. semua dia nak pi sepak. Sekali.. sudah salah balance la pulak. Terus itu budak ter-golek-dok. Baju seluar semua dah habis lencun.

Well.. lucky for him.. kedai yang berjual segala barang-barang kesenian.. souvenir and t-shirt is only tepi kedai nasi ulam tu.

Without further delay.. terus la mak bapak budak tu terjah ke kedai yang berdekatan. And hasilnya.. dapatlah seluar and tee as shown in the picture.

Okey.. cerita dah habis..

Ada rezeki kita sambung lain hari lain masa lain story pulak.

P/s;
Hari ni hari Jumaat.. kut sempat try la baca Surah Al-Khafi ya (Sunnah Nabi).

Daa..

6 comments:

  1. betul sham..anak sedara acik balik kelantan..lebih dari 12 jam baru sampai..biasanya 6..7 jam je sampai

    ReplyDelete
  2. Kak Sham...sedapnya nasi ulam. Saya dah rindu dgn Kelantan semula.

    ReplyDelete
  3. Asyik dok komen kat fb je sampaikan lupa nak melawat blog...:)

    ReplyDelete
  4. Sham pernah travel for 14hours. Lepas sahur.. then dah iftar pulak baru sampai ke kampung Cik Asben.

    Anak dalam kereta dah menjerit sebab tak sanggup layan bosan.

    Sampai ke hari ni.. sebolehnya kami cuba elakkan balik 1-2 hari sebelum hari raya. Kesian ke anak-anak.

    ReplyDelete
  5. Aziela,
    Apa lagi.. over the weekend pun sempat lagi tu.

    ReplyDelete
  6. June,
    Cerita di sana or di sini.. sama saja.

    ReplyDelete