Thursday, September 11, 2014

Harta dari Tanah Malaya..

Antara barang-barang seludupan yang wajib..

1- Bunga kantan
2- Kicap kipas udang
3- Gula melaka
4- Daging salai
5- Segala jenis daun puding, ulam-ulam yang boleh di-frozen
6- Durian
7- Tempoyak
8- Petai
9- Ikan bilis
10- Cili kering
11- Budu
12- Ikan sardin
(banyak la lagi.. tak ingat dah..)

 
2 minggu before nak balik ke sini pun Ibu dah mula sesi bungkus-membungkus..

Tengok senarai barang pun dah main banyak kilo tu. Tu belum lagi rempah-rempah dan barang-barang kering yang lain. Dah jadi macam tu.. baju-baju yang rasa tak perlu dibawak semula.. kita kira halal je la.

Petai - Tempoyak - Durian

Rugi kalau barang-barang seludupan tak dapat bawak balik ke sini. Itu lagi penting.

Tapi memang nak jadi kisah.. boleh pulak bunga kantan (no. 1 tu) tertinggal. Walhal siap buat check-list dah tu. Itu pun Ibu perasan tertinggal 2 hari selepas sampai ke sini. Aduhaiii..

Dah jadi macam tu.. mula la berkira-kira nak tumpang kirim ke adik-adik Kuwait Uni yang masih bercuti. Mujur.. Ikhwan sudi pulak nak menumpangkan sikit bunga kantan.

Tapi tu la kan.. kalau dah bukan rezeki tu.. akhirnya Ikhwan pun tertinggal jugak hat bunga kantan yang dia beli untuk Ibu dalam fridge. Itu pun dia teringat masa dah nak naik flight dari Kota Bharu ke KLIA. Redha je la kan..

Well..
Sebenarnya Ibu dah tak kisah pun. Kita pakai je la hat apa yang ada. Tu ari sempat jugak simpan stok bunga kantan (memang BUNGA kantan) sikit. Beli dari kedai Bobby. Boleh la buat bau.. buat rasa sikit. Tapi cara nak guna tu kena blend la. Kut tak.. lambat sikit nak mesra dalam kuah.

Tapi.. alahai.. ada pulak Hamba Allah yang sudi memanjangkan rezeki Ibu. Rupa-rupanya Ikhwan mintak adik-adik dari sekolah menengah di Qortubah tolong bawakkan sikit stok bunga kantan untuk Ibu.

Punca kisah..
Semalam masa Ikhwan datang nak mengajar anak-anak mengaji.. sempat pulak dia hulur buah tangan. Sekali bila bukak bungkusan..


Rasa macam nak nangis.. tak tahu nak kata apa.. cuma alhamdulillah.

Suka.. sangattttt suka.
Begitulah adat hidup merantau ni.
Bukan emas jongkong yang dicari.. bukan beg Prada or LV yang masuk list (it might be just ME). Tapi barang-barang yang macam tu la. Pakai la dengan berhemah.. masak la tanpa membazir. Ada rezeki.. bolehlah tampung sampai balik cuti next summer pulak (insya'Allah) atau kalau muka kurang malu.. selit-selit la berkirim dengan kawan-kawan yang balik cuti luar musim.

Nak buat macam mana kan. Dah kami ni anak-beranak selera orang kampung.

Abis cerita dah.. nak masuk dapur nak masak lunch pulak. Ada rezeki kita tayang-tayang gambar lauk-pauk pulak.

P/s;
Pada yang berpuasa.. selamat berbuka puasa.
- elok kalau bayar hutang awal-awal ni..

Until later.. daaa..

10 comments:

  1. Banyak tu stok bunga kantan shamsiah... Memang berbaloi rezeki tu.. mau smpi tahun depan boleh simpan.. itu lah hidup. perantauan... selera kampung hendak juga kan.. akak pun puasa hari ni shamsiah.. ada tiga hari hendak diganti lagi ;)

    ReplyDelete
  2. Bulan puasa disini pun ada kesah tak dapat beli bunga kantan sham

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah..
    Kerja beransur.. lelama siap jugak.
    Kerja bertangguh.. faham2 je la kan.

    Saya insya'Allah esok boleh declare raya la.

    ReplyDelete
  4. Betul tu Acik.
    Dengar khabar tu ari, di Kelantan siap bagi nama baru..
    Bunga kantan punya susah nak dapat siap panggil Mas 10.
    Sham tu ari sampai pi ke pasar borong Selayang mencari.. at last.. tertinggal la pulak..

    ReplyDelete
  5. Hujan emas dinegeri org... Huhuhu

    ReplyDelete
  6. Kak, macam mana teknika membalut bahan seludupan agar tidak berbau dan tidak di tahan di airport yer....

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah. Cuma bokeh share cemana Sham simpan kantan tahan lama? Frozen ja yer? (Mohon jawab di blog saya please takut saya lupa nak semak kat sini). Tq

    ReplyDelete
  8. hah, saya pn nak tanya jgk 'cemana k. Sham bungks tempoyak n derian tu?'

    ReplyDelete
  9. senang pulak lepas ke sana ye kak..ada negara strict tak boleh bawak makanan-makanan macam ni

    ReplyDelete