Monday, September 15, 2014

Syafahullah anakanda..

Assalamualaikum all,

Sepanjang 8 tahun menumpang hidup di negara orang.. ini mungkin kali ke-3 kami diduga dengan ujian yang sebegini. Mungkin pada orang lain biasa-biasa sahaja. Tapi bagi kami.. Allah sahaja yang tahu..

Berat mata yang memandang..
Berat rasa yang membaca..
Berat telinga yang mendengar..
Berat lagi bagi kami yang menanggung..

5 hospital yang tak kurang gah..
4 kali x-ray
2 kali ultra sound
Tolak sana.. tolak sini
Ulang cerita yang kami dah hafal dari A-Z
Tapi cuma 1 sahaja hospital yang melakukan lab-test

Dan sepanjang 1 minggu Haazem menanggung kesakitan.. macam-macam ubat.. macam-macam krim.. macam-macam injection..

Itu belum lagi macam-macam spekulasi penyakit. Baik dari pihak doktor.. tak kurang jugak dari rakan-rakan.

Mau tidak..
Haazem.. walaupun dengan umur yang jauh muda.. ketinggian yang hampir sama dengan Ibu.. berat badan pun.. dah nak hampir sama dengan Ibu.

Kalau orang tua-tua kita dulu mungkin kata.. "alhamdulillah.. sihat tubuh badan". Tapi Ibu bapa hari ini (segelintir).. Haazem ni obes.. Haazem ni gaut.. Haazem ni itu ini..

Well, the last time we checked.. Haazem is totally in good health, good condition, tang melasak tu.. lebih hebat dari separuh kanak-kanak yang jauh lebih "cikeding" dari dia.

Cakap banyak pun tak guna.
Mak bapak sure akan defend anak masing-masing kan.

Kami redha.
Benda dah nak jadi. Kita terima.. kita ikhtiar.. kita doa.

Adeehhh..
Macam la kritikal sangat penyakit si Haazem ni.

Walhal..
Cuma ada jangkitan virus dalam badan saja.

Kisahnya.
Haazem demam mengejut.
Then kena virus.
Hence the virus dah attack protin.
Lepas tu jadi poison dalam badan.
Terus trigger saraf kaki sebelah kanan sampai dia tak boleh nak berjalan.

Tapi sebelum semua jawapan tu kami dapat.. as I said earlier.. macam-macam spekulasi. Macam-macam recommendation.

Psiko mak bapak pun jangan cerita.
Time ni sikit punya hal memang bisa berantakan kalau akal kurang waras.

Dan dalam keadaan sebegini jugak.. kita boleh tau.. siapa kawan and siapa dot dot dot..

Ikhlas..
Ibu bukan jenis suka canang cerita anak sakit. Siapa yang jadi "friend" di FB pun mungkin akan sedia maklum peil Ibu. Biasa Ibu cuma akan tayang-tayang gambar lauk-pauk atau gambar "happy faces" sana sini. Other than that.. Ibu lebih suka keep it to myself. Rasanya Ibu lebih banyak berkongsi cerita di sini.. 

Tapi waktu macam ni la Ibu kena "hentam"..
Some say.. "biar je la.. mungkin Kak Sham rasa its a bit personal".

Some say.. I got this attitude.. benda macam ni pun nak berahsia.. and the rest biar Ibu sajalah yang telan dalam hati.

Pada Ibu.. its very simple. Tuhan tak akan menduga kita dengan ujian yang DIA rasa kita tidak mampu untuk menanggungnya.

Terlebih "berkongsi" ni.. takut nanti jadi lain pulak.
Been there.. done that.

At that particular time.. we're still uncertain.. in grey line.. so dari jenuh nak menjawab soalan yang tak ada jawapan.. biarlah cuma mereka yang tertentu sahaja yang mengetahui keadaan kami di sini.

Even dengan keluarga pun.. cuma yang tertentu sahaja Ibu kongsikan berita ini.. dengan alasan tak mahu yang lain "risau" serta DAN LAIN-LAIN..

Alhamdulillah.. walaupun belum 100% recover.. gradually and insya'Allah.. Haazem akan kembali seperti biasa. Bila and berapa lama lagi.. itu Ibu serahkan pada DIA.

As I always believed.. itu semua kerja DIA..
"Kun fa ya kun"
Kita terima.. kita ikhtiar.. kita doa.

Ilal liqa'..

9 comments:

  1. Allahu Akbar. Ujian Allah. Bukan kehendak kita, tapi banyak rahmat yang tersirat. Syukurlah bukan SLE. Biar perlahan progressnya, janji dia akan pulih. In sha Allah.....

    ReplyDelete
  2. in syaa allah..Hazeem akan bertemu penawar dan akan pulih..doa ibu untuk anak akan dimakbulkan ye sham..

    ReplyDelete
  3. salam k.sham,
    ujian dr Allah nie k.sham..nak uji kesabaran k.sham sekeluarga..tetap tersabar & berdoa..don't give up..
    cam kami nie pun anak kecik belum sembuh2 paru2 berair berbulan2 dok merawat, masih belum pulih2 lagi...inshaallah kita doakan yg terbaek tuk hazaem...Allah nak bagi syifa tuh .cuma tunggu ms jer...

    ReplyDelete
  4. saya doakan Hazeem cepat sembuh ye kak Sham..biasalah hati ibu mana yang tak risau kan..

    ReplyDelete
  5. Allah menguji akak dan family sbb akak kuat..semoga anak akak cepat sembuh..let people say what they want, one day they will keep their mouth shut..

    ReplyDelete
  6. Semuga Hazeem cepat recover n back to normal as lasak as before... Insya Allah.

    ReplyDelete
  7. Ya Allah... Moga anak kak syam segera sembuh. Semoga kakak sekeluarga tabah menghadapi ujian.

    ReplyDelete
  8. InsyaAllah kak..Mudah2han..Smoga akak kuat semangat :)
    Dia ada..Moga Hazeem cepat pulih..

    ReplyDelete