Saturday, October 25, 2014

Diary 25th October..

Pagi Sabtu..
Seawal 8am kami dah terpacak kat kelas karate. Ada jemputan dari Sensei Yahya untuk sarapan pagi. Menu.. definitely la menu orang Arab. Sedap.. semua pun sedap. Ibu pun sebenarnya baru pandai nak appreciate makanan orang di sini.. makan tahun jugak la baru nak dapat "feel".

Jom sat kita layan gambar.





Nama.. jangan ditanya.. big FAIL. Sebab biasa kalau pi order.. ada la kawan yang akan tolong order-kan. And for the drinks.. ari ni Ibu bawak teh susu. Abih Achik beniago aghi ni dik. Siap sampai kena tonggeng-tonggeng termos tu. Kira best la tu kut..

Para peserta untuk Sensei's treat kali ni.. ada la 3 keluarga. Again.. jom layan gambar.



Tunjuk gambar the dads cukup la ya. Sebab anak-anak kalau pagi-pagi ni semua mahal senyum sikit. Especially bila kena bangun "terlebih" awal dari biasa. Faham je la. Dia orang pun nak jugak lepak-lepak on Saturday. Tapi apakan daya.. mak bapak dah heret pi club terlajak awal pulak minggu ni. So takda peluang nak qada' tidur.. hurmmm..

Next..
Sambung pi pasar ikan. Yang ini Ibu and Cik Asben je la. Kali ni Ibu ikut sekali sebab Ibu nak cari "benda" sikit. Mujur jumpa.. and barang tu..


Mujur sempat jumpa lagi. Dah nak abis musim dah ni. Tapi yang hat merah dah takda. Nanti-nanti la kut terlajak ke Souk Mubarakiyah.. kut la ada kat sana pulak.

Sebelah pasar sayur ni.. ada pasar ikan. Banyak kali dah Ibu share cerita pasar ikan di sini. Pasar ikan di sini yang syok nyer.. kering. Maybe sebab Minah Arab yang pakai abaya berjela tu ada masa akan datang jugak beli ikan and segala isi perut laut di sini.. so the workers must ensure the floor kering. Kan dia orang tu jenis pakai abaya meleret-leret..


Lepas semua selesai.. perut pula perlu diisi. Dah tentu la malas nak masak dah bila sampai ke rumah. So dari banyak dakwa dakwi.. kita makan dulu. And for sure.. tempat yang biasa kami ziarah jugak. Senang.. tak yah nak mikir banyak hal. Dalam otak pun dah mind set apa nak makan. Sampai jer.. terus order.. khalas..

So..


Simple lunch will do. Memadai setakat nasi putih, ayam masak kicap and telur dadar. Tapi dah lidah anak negeri kan.. tak pedas.. macam kureng la pulak. So untuk pelengkap.. cili potong with fish-soya souce jadi penyelamat. Cukup la tu. Setakat melapik perut before makan malam. Sarapan tadi pun belum 100% hadam lagi.


Haaa.. ini sebenarnya tak masuk itinerary untuk hari ni. Nak mintak Cik Asben divert ke sini pun.. segan + takut sebenarnya. Ye la.. setakat nak cari butang baju. Nak jadi kisah.. tu ari cuci baju ada pulak butang yang tercabut. Dah tu dah tak jumpa pulak semula. Sooooo.. Souk Safat la tempat yang diziarah.

Actually.. masa pi lunch tadi sempat jugak Ibu pi divert cari 1 lagi benda. Benda ni tengah hot sangat kat Malaysia khabarnya. Orang sibuk buat.. kita pun nak buat jugak. Doa-doakan la Ibu berjaya melaksanakan projek ni.. Kut jadi nanti.. Ibu share la kat sini..

Okey.. dah abis cerita.

Selamat berhari minggu friends.. ilal liqa'

5 comments:

  1. benda popular kat malaysia?loom band ka kak

    ReplyDelete
  2. Bukan la Anon..
    Loom band tu cute.. tp anak jantan kat rumah ni tak minat.

    ReplyDelete
  3. salam alaik..

    ibu nak buat cheesekut kot :)

    ReplyDelete
  4. Alaikumusalam Anon,
    Mcm menarik.. tapi K.Sham x reti membaking..

    ReplyDelete
  5. kat malaysia ni dok popular jeruk pelam..hehe

    bestnya pasar ikan kering.

    ReplyDelete