Friday, October 24, 2014

Berpijaklah di bumi yang nyata..

"You won't stay here forever.. you should learn your mother tongue too. English is only your medium..".

There you have it.
Pada Ibu.. itulah nasihat paling terkesan dari seorang cikgu kepada anak muridnya yang Ibu pernah dengar selama 8 tahun Ibu menumpang hidup di sini.

Masih ada jugak makhluk Allah yang masih punya jati diri yang kuat rupanya. Otherwise yang biasa Ibu dengar.. please itu.. please ini.. tapi cikgu yang sorang ni.. masih tahu asal usul.  

Pada Ibu.. setuju sangat-sangatlah dengan nasihat cikgu yang sorang ni. Rata-rata yang Ibu tengok (maaf la kut ada yang terasa).. seperti sedikit taksub mengajar anak-anak masing-masing speking sana.. speking sini.

Makan pun dah pakai sudu.. menu pun dah switch.. Kesian pulak Ibu memikirkan kalau-kalau anak-cucu nanti langsung tak tahu nak cakap Bahasa Melayu dengan atok.. dengan nenek..

Sorry.. mind me..
Pada Ibu yang skima orang kampung ni.. tak salah pun kalau nak ngajar anak-anak itu ini tapi kalau dah in public tu.. berpijak la di bumi yang nyata. Kita ni orang Melayu yang "seciput" je kat sini. Pusing 360 darjah.. semua orang asing. Kut tak speking English.. anta ente la kita di sini.

Nak malu apa cakap bahasa Melayu.. dah kita pun memang asal usul MELAYU.

Budak-budak tu kat sekolah kiri kanan dah kena tala dengan Bahasa Inggeris.. believe me.. pandai la dia orang bawak diri tu. Cukup la setakat latihan berkomunikasi di rumah sahaja.

But.. ini cara Ibu. Cuma bila dah resmi dok merantau.. sesekali tu terselit jugak "omputih" tu.

Tapi..
Ibu sendiri segan dengan diri sendiri sebenarnya. Punya la lama dok sini.. Arabic mafi jugak. Walhal kut dikaji.. Bahasa Arab tu jauh lagi afdhal.. lagi mulia.. bahasa Al-Quran tu.

Bahasa yang 1 ni.. memang Ibu tabik lantun-lantun la.. kagum plus cemburu bila dengar adik-adik kita boleh berkomunikasi dengan Tok Sheikh and Minah Arab dengan fasih. Boleh pulak menghayati setiap bacaan dalam solat. Antara faktor untuk kusyuk dalam solat tu babe.


Sementara Ibu dah abis membebel ni.. Ibu jamu dulu sarapan kami pagi ni. Lapar nasik weeiiii.. makan nasik goreng ngan kepok lekor.. aci kan kan..

5 comments:

  1. huhu, sy pun malu
    sekolah aliran arab(agama) 6 tahun
    jumpa kawan sekolah ramai boleh berbahasa arab, tp saya? failed

    ReplyDelete
  2. Irfa,
    K.Sham dulu sekolah agama jugak. Tp sanggup tukar ke sekolah biasa sbb rasa tak terbawak subjek B.Arab utk STPM..

    Rugi sgt rasanya..

    ReplyDelete
  3. yerlah k.sham buat apa nak malu cakap bhs bonda sendiri..sy kalau dpt cakap melayu kat sini rsnya cam sehari gumbira...heheh..

    ReplyDelete
  4. heheh!!!!bebelan k.sham sangatla sedap didengar….btw mmg envy gak bila org pandai ckp arab, tapi cam mustahil je nak belajar. susah bebenor.

    ReplyDelete
  5. Ummu dan Rostina,
    Pernah sekali jumpa seorang pelajar U.M berbangsa Iran di sini. Dia dengan bangga menegur K.Sham "apa khabar.. puan nak beli apa"..

    Dia siap komen.. saya sangat bangga saya boleh bercakap dalam bahasa Melayu.

    Adeiihhhh.. tepuk dahi.. padan muka sendiri..

    ReplyDelete