Thursday, October 23, 2014

Its all in your mind..

- Lokasi : dalam daerah Hawally
- Pokok lavender yang sama
- Cuma bukan orang  yang sama


Kisah kali ni..
Ibu nak pi photostat nota Haazem and Arif (dah sebulan ponteng sekolah kan) then Ibu nampak sorang Pak Arab ni siram serumpun pokok lavender (betul ke bahasa Ibu ni?) dengan sebotol air mineral. La ni cuaca dah mula nak sejuk. Maka makin ramai la yang pacak-pacak segala jenis bunga dalam pasu depan kedai masing-masing.

Then..
Dia cuci muka.. cuci tangan kanan.. cuci tangan kiri.. basahkan rambut dari anak rambut bawak ke belakang and last sekali cuci kaki kanan and kiri. Semuanya sekali cuci sahaja. By mean.. bukan diulang 3 kali..

Blur kejap..

Rupa-rupanya dia nak solat. Dalam kedai yang saiz kecik macam tu pun.. boleh jer solat. Tak yah pun nak cari bilik khas ke.. masjid ke.. musolla ke.. etc..

Selesai 3 raka'at.. khalas.. alhamdulillah.. hutang fardhu maghrib selesai sudah.

There you have it.. bukan susah mana pun. Especially yang lelaki. Kut perempuan maybe la terbatas sedikit dengan kisah "aurat" nyer kan.

So.. the iktibar yang Ibu nak cerita kat sini.. jangan la dipersusahkan benda yang mudah. As long as ada effort.. mesti ada jalan untuk kita "bayar hutang".

Same as.. kalau kita dah mind set susah.. susah la jadinya.. kalau kita kata senang.. senang la jadinya..

Semoga Allah permudahkan segala urusan dunia kita hari ini. Insya'Allah.

6 comments:

  1. hendak seribu daya, kan kak Sham..

    ReplyDelete
  2. True...macam entry K. Sham yang pasal telekung tu. Tak boleh solat dengan alasan tak ada telekung. Pfffttt. Oh, one more, saya beberapa kali dengar alasan orang lelaki yang tak solat sebab katanya seluarnya kotor. Berapa kotor yang menghalang beliau untuk solat agaknya yer...

    ReplyDelete
  3. Betul tuh kak sham.. kat qatar nih pun.. azan jekk.. bersepah sepah solat kat taman.. tepi jalan.. driver lori pun.. stop kan lori.. 4,5 org siap jemaah tepi jln tgh padang pasir.. benda yg jarang nampak kat Msia.. tuh yg syok dok kat sini..

    ReplyDelete
  4. Betul Salbiah.
    Tapi kut takmo.. seribu dalih la pulak kan.

    ReplyDelete
  5. Aziela,
    Seluar kotor..
    Hanya empunya diri yang lebih mengetahui.

    ReplyDelete
  6. Kep,
    Kut tengah berkelah kat tepi pantai.. selamber je diaorg pi berwudhu dgn air laut.. itu dah kes terdesak sgt.
    Otherwise.. air mineral tu mmg adat sgt la.

    ReplyDelete