Tuesday, April 28, 2015

Fast and Furious MOM..

Its Monday..
The weather was a bit gloomy if I may say yesterday.. cuaca pun dah mula berbahang jugak semalam. Nevertheless.. still berangin.. maybe sebab kita orang pi dok lepak tepi pantai. Angin pantai kut.. otherwise. Still.. alhamdulillah.. tak la sampai ke tahap basah ketiak.

Cik Asben still lagi kena buat kerja remotely from home. Then boleh pulak dia bagi tau kena pi meeting kat Marina. Apa lagi.. kita orang yang tak terlibat ni pun sama la kepoci nak ngikut sama.

Sebab nyer kita orang kepoci lebih.. its Monday.. tiket wayang murah babe !!!

Okey.. sebelum tu.. jom tengok serba sikit view kat Marina ni.


Sesampai jer ke Marina.. dari celah-celah pokok tamar dah nampak deretan bot-bot laju Pok Sheikh and Minah-minah Arab ni parking.




Tak tau la kisah sama ada bot-bot laju ni ada yang boleh disewa. Tapi kut la ada yang fefiling nak pi ronda-ronda keliling Marina dengan bot ala-ala cerita 'The Love Boat'.. boleh la sewa yang hat macam dalam gambar kat bawah ni.


Sementara tu..
Knowing that ini kawasan Marina.. so sure ada facilities lain selain dari setakat untuk bot-bot berlaboh kan.

Unlike Sultan Cetre.. pilihan untuk melepak di sini lebih banyak.. not to mention.. lagi happening sebenarnya. Kebiasaannya.. hujung minggu kawasan ni akan meriah dengan segala aktiviti keluarga. Riadah.. picnic.. anak-anak main itu ini.. etc.

Nak makan.. nak minum.. just name it. Insya'Allah.. it won't let you down. Tepuk poket.. pilihlah mana nak lepak.

Tapi adatlah.. nak menembak.. segan la jugak sebab tho' Kuwait ni bukanlah 'seketat' macam Saudi.. still its a bit taboo untuk suka-suki ambik gambar. Silap-silap ada pulak yang perasan kita ambik gambar Minah-minah Arab yang lepak-lepak minum kopi kat tepi-tepi Marina tu.



(Selingan)



Akhirnya..
Tapi ini bukanlah jenis pokok tamar yang ditanam khas untuk buahnya. So as you can see.. the hasil pun tak berapa padat/rapat sangat. Lebih pada tamar pacak jer ni. Dah nama pun Tanah Arab kan. Sama jugak macam kita.. ada pokok rambutan hutan.. ada pokok rambutan tut etc.

My guess would be.. they won't jaga pokok ni for its hasil sebab kalau pokok tamar lain.. dah mula 'bersarong' ni. Yang ini pulak.. dengan burung-burung pi patuk putik tamar.. confirm nyer la.. jenis tamar liar. Setakat hiasan.

And beginilah rupa putik tamar..

As I said.. its Monday.. so tiket wayang di seluruh panggung wayang seluruh Kuwait adalah lebih murah jika dibandingkan dengan hari-hari lain. Murah pun.. 2KD jugak la per person.

Sebenarnya guilty jugak nak keluar semalam tu sebab Bujang Sulong ada banyak homework and revision to do. La ni dia dah year 9.. dah mula kena prepare untuk IGCSE or International General Certificate of Secondary Education. Kalau kat Malaysia.. macam SPM la ni. And since kami enroll for Pakistan International School.. corak pembelajaran biasanya lebih extreme jika dibandingkan dengan sekolah-sekolah antarabangsa yang lain.

Tapi itu terpulang la pada family masing-masing kan. Lain orang.. mungkin lain pulak cara penilaian nyer.

Laluan untuk ke Marina Mall..
Jambatan/laluan.. ntah la..

Okey sambung cerita..

Untuk pi tengok wayang ni.. kami kena pi ke area Marina Mall.. which means kami kena pi menyeberang kawasan Marina ni la. And untuk pi Marina Mall ni.. ada la jambatan yang menghubungkan antara Marina and Marina Mall. Tak la jauh mana pun.. say maybe dalam 10-15 minutes walk. Depend on how fast you walk la kan. Kut ala-ala santai.. sendiri mau budget masa la kan.

Pemandangan dari dalam jambatan..

 Saja tengok-tengok sementara tunggu show..

Ada la yang berkenan tu..

Pemandangan yang terlalu biasa di sini..
Pok Sheikh and minyak wangi..

Show yang anak-anak pilih..

Actually.. lama dah show ni main kat sini. Mula-mula tu ingat nak tunggu cd hok pirate clear jer la. Lagi murah.. boleh tengok ulang kali kan kan.

Tapi.. peer pressure.. ramai sangat yang rekomen pi tengok sendiri kat panggung. Kononnya lebih best.. dengan popcorn.. nachos.. segala jenis jajan.. sound system yang kebabommm.. yang jadi tukang hasut.. adik-adik students laa..

Tapi kan.. nak cerita bab jajan ni.. tak tau la camana ruling kat Malaysia.. tapi kut kat sini.. okey jer kalau nak bawak masuk jajan selain yang ada dijual kat cinema. So setakat Mc Donald.. Burger King.. suka ati korang la..

Show..
Setakat kami anak-beranak.. best. Dari mula sampai akhir.. tak sempat nak boring pun. Pada yang dah tengok.. tau la camana jalan cerita kan.

Tapi kan kan..
Ada sedikit gangguan la.

Knowing that ini cerita action.. tak yah la bawak anak pompuan kecik yang tahap layan Cinderella ke.. Frozen ke.. or anything yang sewaktu dengannya.

Kisahnya..
Seating area family.. (paling best sebab separa screen and kat tengah) tapi dengan the girls kicking my seat (from behind) sebab nak pi toilet.. yang menjerit sebab bergadoh berebut gadget.. yang merengek sebab bosan.. yang mintak balik sebab its too violent..

Adeihhhh..
Banyak sangat la pulak suara-suara backup. Even my boys pun kata benda yang sama. Banyak sangat distraction.

Tapi nak cakap banyak pun tak boleh.. tempat public kan.. redho jer la. Tho' dalam hati.. geram jugak sebenarnya.

Show.. rasa macam lama jugak dari biasa.. mungkin plus tribute untuk mendiang si Paul tu kut. Ini pun mungkin satu faktor yang contribute pada anak-anak pompuan yang dah pakat layan bosan tu.

Anyways..
Semua happy.. Cik Asben pun dah selesai meeting.. kami pun gerak balik rumah.

Abis cerita dah.. until later friends..

10 comments:

  1. Salam. Hee sonok jalan-jalan dgn family kanns ;p

    ReplyDelete
  2. Alaikumussalam 3 lalat,
    Opkos la very da'best one.

    ReplyDelete
  3. Oo.. ada juga pokok kurma liar ye sham..
    Tu yg tak best tengok wayang byk gangguan..
    Baik tunggu CD yg cheep sale tu kan :)

    ReplyDelete
  4. Lia,
    Kalau waktu malam lagi cantik dgn segala lampu lip-lap. Tapi dah K.Sham ni rabun.. prefer lagi mai sini waktu siang.

    ReplyDelete
  5. Nur Hayati,
    Memang ada. Especially area tepi jalan. Jenis yg tanam setakat sebab dah Tanah Arab kan.

    Tapi kalau nak tengok yang cantik.. kena pi area perumahan atau nun kat ladang la. Yg jenis renek pun ada. Tu yg paling best. Bulan posa kut nak iftar tu.. boleh terus pi petik.

    ReplyDelete
  6. mana mana ada orang jual minyak wangi ye sham..

    ReplyDelete
  7. kemana lah agaknya pak sheikh n minah arab melenjan botnya . ada pulau ke sekitar kuwait ?

    ReplyDelete
  8. Insya'Allah..
    Kek sini.. mano-mano jo buleh jumpo kodai jual minyak wangi Acik.

    ReplyDelete
  9. Vee,
    Pulau cantik takda.. pulau bekas kena bom kesan perang Kuwait-Iraq tu ada la.

    ReplyDelete