Wednesday, April 29, 2015

Roti canai in Medan Hawally..

Located in the heart of Hawally precinct, Khaled Restaurant has been serving our family even long before Arif was born. Thus while the boys were struggling adapting to the Arab's food.. kedai Khaled ni la yang jadi tempat kami mengadu untuk mengalas perut.. especially ketika tekak rindukan roti canai atau tosey.. kari atau kuah kacang dal.


Kalau dulu kedai Khaled ni kecik saja.. nak makan pun terpaksa bercampur dengan pelanggan-pelanggan lelaki yang lain.. la ni Khaled dah semakin maju. Siap dengan ruang untuk 'family' ya'ni to those yang bawak isteri.. ada anak-anak.. boleh la pilih kalau nak makan di bilik-bilik khas.

Deretan bilik khas untuk keluarga..

And hari ni selesai sahaja menghantar anak ke sekolah.. me and Cik Asben ambik peluang untuk ke Khaled. Alhamdulillah.. its still there. Maklum sahaja di Kuwait ni.. semalam ada.. hari ni tinggal tapak sahaja.


Ada la building baru yang naik nanti ni..

Dah adat orang kaya-kaya di sini. Suka-suki beli tapak building yang dia orang berkenan then pacak building baru. Then pi bagi sewa kat expatriate like us. Itu pun ada klasifikasi jugak. Ada building khas untuk family.. ada building khas untuk single tenant. And this ruling is very strict. Kalau ada orang bujang yang suka-suki menyewa kat building yang khas untuk family.. and if kantoi.. jawab jer la nanti.. silap-silap ada yang kena hantar balik kampung.

Okey the best past..

Bilik comel yang hanya boleh memuatkan the max of 4-5 people..
(depend on size badan jugak la)

Salad.. 
Walaupun setakat makan roti canai.. its a must..

Mutton masalla.. Cik Asben opted for this..

Chicken 65 tak dok.. yang ada chicken chili jer..
tapi tak pedas langsung..

Everything in my plate..

Teh kelat tak dok.. have to settle with teh Lipton jer..


Yang ni Ibu kena cerita sikit..
Pok Sheikh and Minah-minah Arab kat sini memang kurang berpedas.. kurang yang masin-masin tapi no problem with manis. Tu sebab segala 'meggi' even cop Sungai Besi mali.. tapi tawar hebeh.. sebab nak bagi suit dengan tekak and kebiasaan dia orang di sini. So.. to anybody yang rasa kurang pedas.. kurang masin.. adjust sendiri la ya.

Itu pun dia orang bagi serbuk pepper ngan garam jer. Mana nak sama dengan cili api kita kat Malaysia. And for the same reason.. kita orang tiap kali balik cuti.. the first week sure ada yang perging.. ada yang macam kena buasir. Sebab walaupun Ibu masak guna cili api import dari Thailand (kedai Bobby) tapi mana nak sama dengan cili api kita yang kat sana kan.

Okey settle bab makan.

And lepas tu.. pi hantar kereta servis pulak. Luckily ada kedai yang dah bukak dekat dengan area apartment kami. Matahari pun dah tegak atas kepala walhal baru jer jam 9.30 am. Ni semua tanda-tanda summer dah mula say 'hi baby'.



Medan Hawally..
Sesak dengan segala jenis building.. 24/7 jem sokmo..

And boleh la officially simpan segala jaket.. bubble and yang sewaktu dengannya. Insya'Allah next October or November.. kita bukak kotak baju winter semula.

Daaa..


8 comments:

  1. pak arab ni mkn garam cam rasulullah kot . calit kemudian ... dahsyat kaya tu bila blh runtuhkan bangunan org bina bangunan sendiri ...

    ReplyDelete
  2. Salam. Hee roti canai ditempat orang lagi sedap juga ;p

    ReplyDelete
  3. waa sham makan roti canai ngan lauk..bukan ngan kuah dal yo sham

    ReplyDelete
  4. Vee,
    Bangunan lama kesan perang dgn Iraq masih byk di sini & biasanya bangunan yg mcm tu la jadi tumpuan projek roboh & bina semula org2 kaya Kuwait di sini.

    ReplyDelete
  5. 3 lalat,
    Tak jugak.
    Roti canai kedai mamak kat sana lagiiiii sedap.
    Tapi boleh laa.. setakat lepas hajat.

    ReplyDelete
  6. Acik,
    Kut nak kuah dal.. buleh jo. Sham and abg jo yg sajo2 nak mkn ngan lauk.

    ReplyDelete
  7. Haaa...nasib baik ada tempat boleh lepaskan rindu roti canai mamak.

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah June.
    Sesak-sesak.. boleh la jugak. W'pun roti canai kat sini tak sesedap yang di sana.
    Keras sikit..

    ReplyDelete