Friday, April 3, 2015

Ikan goreng belado.. GST takdo tapi minyak pulak naik..

Bismillah..

Kawan-kawan di Tanah Malaya memang tengah meriah bercerita tentang GST. Macam-macam persepsi tapi rata-rata.. boleh agak macam mana la kan.

Dalam masa yang sama.. terkenang jugak Omak sey yang berjual nasik lemak tu. GST mungkin takda tapi barang-barang lain sure terkena jugak tempias.

Nasik lemak naik harga tak? Rendang ayam.. rendang daging.. ikan bilis.. telur.. apa cerita. Harga daun pisang tetap la sama.. tho' upah untuk melipat daun pisang pun khabarnya ada bibik mintak naik 'RM' sedikit..

Cerita kami pulak.. actually cerita Cik Asben..
Asyik-asyik makan shawarma.. kebab.. segala jenis nasik beriyani.. nasik talam.. nasik mandhy.. bosan jugak. Kut tak pun.. terpaksalah pi tapau segala fast food yang berdekatan dengan area opis. Dah bertahun kerja di kawasan yang sama.. pusing-pusing sure jumpa 'benda' yang sama jugak.

Dah jadi macam tu.. paling selamat.. kita bawak bekal dari rumah sajalah.

Walaupun masak yang cincai-cincai.. janji perut dah beralas.. dinner nanti kita fikir la pulak nak makan lain.

And macam tu la routine Ibu pagi-pagi di rumah ni. Masak bekal untuk Cik Asben.. kira sekali masak lunch untuk anak-anak la tu.

Sementara menunggu anak-anak balik sekolah.. kita tambah jer la apa-apa yang patut.


Mungkin sama jugak ceritanya dengan orang lain.. kita masak yang ringkas-ringkas sajalah dulu. And hari ni Ibu nak share pulak resepi Ibu kalau masak ikan goreng belado. Serious punya ringkas. Less than 30 minutes insya'Allah boleh siap.


Okey.. sedia maklum ikan nak kena goreng la dulu kan. Tos dan ketepikan.

Then we come to the second part. Resepi sambal belado tu. And sebenarnya itu jer yang Ibu nak share kat sini.

Bahan-bahan;
- Bawang besar sebiji (depend sikit/banyak ikan)
- Bawang putih 5-6 ulas
- Sedikit halia
- Lada merah & lada hijau (yang besar tu)
** cuma kalau nak power sikit.. boh jer cili api

Cara-caranya;
- Blend/chop jer semua bahan-bahan di atas tu.
- Kemudian gorengkan bahan-bahan tu sehingga naik bau.
- Then perisakan dengan garam. And since dah terbiasa ni.. Ibu boh la sikit gula (kawin ngan orang Bachok kan).
- Kalau suka.. masukkan sikit hirisan daun sup untuk aroma yang lebih wangi.
- Siap sudah.

And dah selesai tu.. siramkan sajalah pes belado tu atas ikan.

Dengan se-tuppeware nasik.
Sebijik telur masin.
And 3 ekor ikan goreng belado.. cukuplah jadik rezeki Cik Asben.

Jimat masa dari meredah jalan jem.. jimat masa sementara nak menunggu order siap.. and yang paling penting.. insya'Allah halalan toiyiba.

P/s;
Harga minyak di sini baru naik.. sikit ari lagi barang-barang lain pun sama 'mengikut' la tu..

Assalamualaikum.

9 comments:

  1. Mk aiii kak. Osah lazat eh tu...

    ReplyDelete
  2. kat sana pun harga minyak naik jugak ye Sham..kalau dah harga minyak naik..memang mengikut la barang2 yang lain tu..macam kembo

    ReplyDelete
  3. yumyum....dah lama x buat goreng berlado camni

    ReplyDelete
  4. Aziela,
    Buleh la kut ikut tokak family akak ni.

    ReplyDelete
  5. Acik,
    Minyak bukan stakat ke sanun jo.. sini pun naik jugak.

    Kut dulu 7 tahun lopeh 1 troli ponoh cumo dalam 20KD.. ari ni.. boli bondo yang samo mungkin dah lobih 40KD.

    ReplyDelete
  6. Mila,
    K.Sham pun bukan selalu sangat masak macam ni.. anak-anak suka lagi yang berkuah.

    ReplyDelete
  7. sedappp tu makan plak dgn nasi panas huihhhh...

    ReplyDelete
  8. kuwait negara pengeluar minyak kan . rasanya minyak naik x buat rakyat kuwait naik minyak mcm kat tanah malaya ni kot ...

    ReplyDelete
  9. Vee,
    Kat sini kalau 'naik minyak'.. senang sangat.. sila balik ke negara asal masing-masing.

    Dah tentu yg terasa cuma pendatang mcm kami ni.. as for the locals.. ada aku kisah??

    ReplyDelete